BAB 15

3.9K 203 3
                                    

6 bulan kemudian.....

BUNYI  bayi menangis bergema satu rumah. Rash pandang katil bayi. Pandangannya kosong. Tiada rasa. Dia langsung tidak rasa apa-apa setiap kali dia dengar si kecil menangis.

Selepas Esha meninggal, begitulah kehidupan Rash. Rambutnya berserabai. Kumis sudah memenuhi muka. Gayanya persis orang gila di tepi jalan. Jasadnya ada, tapi rohnya seolah-olah dibawa pergi bersama pada hari kematian Esha.

Luqman baru balik dari sekolah. Beg sekolah dia letak atas sofa. Cepat-cepat dia berlari ke arah katil bayi apabila si kecil masih tidak berhenti menangis. Si kecil, Luqman ambil lalu dia dodoikan bersama alunan selawat.

"Adik... jangan menangis. Abang dah balik." Luqman cium adiknya.  "Abang akan jaga adik, sama macam abang jaga ibu. Adik jangan menangis lagi, ok?" pujuk Luqman.

Si kecil diam dalam kendongan Luqman

"Fatimah lapar?" Luqman tanya adiknya. "Abang buat susu." Fatimah, Luqman letak semula atas katil.

Fatimah Az Zahra. Itu nama yang Esha berikan saat dia masih hidup.

Luqman menapak ke dapur untuk buat susu.

Dia termenung bila tengok susu sudah habis. Luqman masuk semula ke ruang tamu. Wajah Rash dia pandang dari jauh. Dia sedih melihat keadaan abahnya yang sudah macam mayat hidup.

"Abah.... susu Fatimah dah habis," beritahu Luqman.

Fatimah kembali menangis

Luqman tak tahu nak buat apa lagi. Puas dia pujuk, Fatimah tetap menangis.

Luqman berlari ke arah dapur semula. Peti sejuk dia buka. Luqman nampak ada susu pekat dalam peti. Dia ambil dan keluarkan. Luqman cedok satu sudu susu pekat, lalu dia masukkan ke dalam botol susu Fatimah. Air Coway dia tekan, kemudian dia goncang biar sebati.

"Adik.... abang bawa susu." Fatimah, Luqman ambil. Susu disumbatkan dalam mulut Fatimah. Fatimah minum sampai habis. "Dah kenyang? Kesian adik lapar. Nanti abang suruh uncle Noel beli susu adik." Luqman cium Fatimah. Fatimah dalam kendongan dia tepuk perlahan sampai tertidur.

Luqman panjat almari buku. Dia nak ambil telefon, tapi dia tak sampai. Tangannya menguis-guis telefon. Tapi, kakinya tersilap langkah. Luqman jatuh. Kepalanya terhantuk meja. Darah pekat mengalir dari kepala.

Luqman menangis. "Abahh.... sakit." Tangannya naik menyentuh kepala. Ada darah. "Abah... kepala Luqman berdarah," beritahu Luqman lagi.

Rash. Sama seperti tadi. Dia duduk bersandar di dinding. Kaki menjulur ke depan. Pandangan matanya kosong.

"Abah..." panggil Luqman lagi.

Luqman menangis lagi dan lagi

"Assalamualaikum," muncul satu suara.

"Ya Allah, Luqman. Kenapa ni?" Bergegas Noel mendapatkan Luqman. Dari luar rumah lagi dia dengar suara Luqman menangis.

"Luqman jatuh. Luqman nak telefon uncle. Nak suruh beli susu Fatimah. Susu Fatimah dah habis," cerita Luqman.

"Ya Allah, berdarah kepala Luqman ni. Mehh uncle tengok." Noel belek kepala Luqman. Nasib baik luka kecil saja. Dia bangun dari duduk mencangkung.  first aid kit dia ambil. "Mehh... uncle cuci luka Luqman."

Siap cuci dan balut luka Luqman, Noel simpan semula first aid kit.

"Luqman...." panggil Noel. Tubuh ditunduk sedikit, menyamai paras kepala Luqman. "Pergi mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama."

"Ok, uncle."

Fatimah dalam katil bayi, Noel pandang dengan pandangan sayu. Pipi si kecil dia usap perlahan. Comel. Fatimah, sama macam Luqman masa kecil. Pipi tembam kemerah-merahan. Alis mata lentik, dan mata besar macam Luqman. Rasa sebak mula bertandang. Kesian. Bayi sekecil ini diabaikan. Noel mengeluh. Bebola matanya bergerak dari katil bayi, ke arah Rash.

"Sampai bila kau nak hidup macam ni, Rash?" Bisik hati Noel. Pandangan matanya menerawang di sekeliling ruang tamu. Siling sudah bersawang. Noel bergerak ke dapur. Penyapu dia ambil untuk sapu sawang.

Pintu gelangsar Noel tolak. Sekali lagi dia mengeluh. Kolam renang berlumut. Lantai berkerak hitam. Rumah ini berpenghuni, tapi gayanya macam rumah yang dibiarkan tidak bertuan. Noel masuk ke dalam rumah semula. Baju dia tukar. Laman rumah dia bersih. Dia sental segala jenis mak nenek lumut. Peluh merinik di dahi. Penat, tapi kalau dia tak cuci semua ini, siapa yang nak cuci? Rash? memang tidaklah. Sahabatnya yang seorang itu sudah seperti mayat hidup.

Bunyi bayi menangis bergema. Fatimah sudah terjaga. Noel masih lagi menyental kolam renang. Fatimah masih menangis.

Berus lantai Noel campak ke tepi. Tangga kolam dia panjat. Tangan dia cuci sebelum dia angkat Fatimah. Fatimah dalam kendongan dia tepuk perlahan. Perlahan-lahan Fatimah kembali diulit mimpi. Noel letak Fatimah kembali.

Rash dia pandang. Bengang dengan Rash yang masih seperti mayat hidup sejak 6 bulan lalu, Noel berjalan laju mendapatkan Rash. Rash, dia tarik untuk berdiri. Satu tumbukan hinggap di pipi Rash.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni, Arash Zuhairi?! Jangan jadi bodoh. Bini kau dah mati. Dah M.A.T.I!" sengaja Noel tekankan perkataan mati. Naik turun, naik turn nafasnya menahan marah. Tangan menggeletar hebat.

Rash langsung tak nampak tanda-tanda nak bangun selepas ditumbuk Noel. "Bangunlah bangang!" Noel tarik Rash supaya berdiri.

"Kau ingat Esha suka ke tengok kau macam ni? Kau ingat dia suka ke tengok kau abaikan anak kau orang?!" tengking Noel.

Rash diam

"Jawablah aku tanya!"

"Dah enam bulan Esha meninggal. Dan, dah enam bulan jugak kau jadi mayat hidup macam ni. Sedarlah Rash, kau cuma hilang satu nyawa. Tapi.. kau ada lagi dua nyawa yang kau perlu jaga." suara Noel mengendur. Cengkaman di kolar baju Rash perlahan-lahan dia lepaskan.

"Kau tak kesiankan Luqman ke? Anak kau tu baru 5 tahun. Kau biarkan dia urus semua benda. Dia budak lagi, Rash. Tapi dia galas tanggungjawab yang sepatutnya kau galas. Kau nak menjawab apa depan Tuhan kalau kau mati nanti?!"

"Kau tak nak sangat anak kau, kan?" tanya Noel, sinis. "Ok, baik. Aku akan jaga Fatimah dan Luqman. Mulai hari ini, aku akan bawak anak-anak kau tinggal dengan aku. Satu nasihat aku untuk kau, Rash. Hargai yang masih ada sebelum kau menyesal untuk selamanya. Hidup mesti diteruskan. Yang dah tak ada kita sedekahkan Al-Fatihah." Noel tinggal Rash seorang diri.

"Luqman... pergi kemas baju," arah Noel.

Luqman menangis. "Abah?"

"Abah dah tak nak kau orang. Uncle akan jaga Luqman dengan Fatimah. Cepat kemas baju. Kita pindah rumah uncle."

Luqman tersedu-sedan.

"Abah.... "

"Abah..."

Panggil Luqman lagi dan lagi. Tapi hampa. Rash tetap seperti itu.

"Jom, Luqman." Fatimah Noel angkat. Si kecil masih lena diulit mimpi. Si kecil, dia cium dengan penuh kasih. Air mata jantannya gugur.

Noel dekatkan bibir ke telinga si kecil. "Ibu dengan abah Fatimah tak ada. Tapi.... uncle ada. Uncle akan jaga Fatimah."

Untuk kali yang terakhir, Noel pandang Rash. Dia berharap Rash akan sedar bila mereka pergi dari sini. Pintu ditutup. Enjin kereta dihidupkan. Fatimah dia letak atas car seat. Luqman duduk di bahagian belakang. Matanya tak lepas pandang ke arah pintu rumah. Bibir dikemam. Luqman tahan dirinya dari menangis, tapi tangannya berkali-kali mengesat sisa air mata.

"Maafkan uncle Luqman. Ini cara yang terbaik untuk sedarkan abah Luqman." Noel berbisik sendiri.

Pedal minyak ditekan. Kereta mula membelah jalan raya.

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang