HATI Esha hancur. Rasa hancur sehancurnya. Rasa kosong. Tak berguna. Sudahlah buta. Mungkin betullah apa yang mereka semua cakap yang dirinya hanyalah pembawa malang.
Rash yang baru muncul di sebalik pintu tersenyum melihat Esha yang tengah termenung ke luar tingkap bilik. Langkah kaki diatur ke arah Esha. Tiga kuntum bunga rose yang baru dibeli tadi dipegang erat ke dada. Sengaja Rash beli tiga kuntum bunga rose sahaja, padahal boleh saja dia beli sejambak bunga rose.
Tiga kuntum bunga rose membawa maksud i love you. Dan, ye ... Rash memang cintakan Esha. Rash tak sempat untuk buat apa - apa persiapan untuk bakal isterinya hari ni. Rash hanya sempat beli bunga rose sebagai hadiah untuk raikan perkahwinan mereka hari ini.
" Rash dah sampai ? "
Pertanyaan Esha buat Rash kembali di dunia nyata. Dia tersenyum melihat Esha sambil berjalan ke arah katil Esha.
" Dah lama ke Rash sampai ? "
" Ermm ..... lama tak lama sempatlah jugak tengok Esha termenung dekat luar tu. "
" Fikir apa sayang ? "
" Berdebar eh ? "
Esha diam. Rash panggil dia sayang ? Sekarang ni dia bukan rasa berdebar sebab nak kahwin, tapi hatinya tiba - tiba berdebar bila Rash panggil dia sayang.
Esha .... dia dapat rasa keikhlasan bila Rash panggil dirinya sayang. Tiba - tiba rasa sebak. Tubir mata mula terasa panas. Cepat - cepat Esha kalih pandangan ke tepi, tapi Rash tetap nampak juga.
" Kenapa Esha ? Rash ada salah cakap ke ? " muka Rash cuak tengok mata Esha tiba - tiba berair. " Rash minta maaf . " Rash tetap minta maaf walaupun dia tak tahu apa salah yang dia sudah buat.
Esha diam. Dia tarik nafas dalam - dalam. Tiba - tiba rasa macam lemas seolah - olah oksigen dalam bilik sudah habis.
" Esha .... cakaplah kenapa ni ? Janganlah diam je. Rash minta maaf kalau Rash ada salah cakap. Sekejap lagi kita dah nak nikah ni. Janganlah macam ni, sayang. "
Eee ... Rash ni ! Tengok dia panggil Esha sayang lagi. Dia tak tahu yang Esha dah rasa berbunga - bunga bercampur dengan sebak. Jantung dia dup dap dup dap sejak dari tadi.
Rasa berbunga cuma seketika sebelum rasa sedih kembali bertandang.
" Rash duduk dekat mana ? "
" Rash ada dekat kiri Esha. "
Perlahan - lahan Esha berpaling ke kiri.
" Rash ..... "
" Rash yakin ke dengan keputusan Rash ? Tak menyesal ? Tok kadi belum sampai lagi kan ? Sempat lagi kalau Rash nak tukar fikiran. " Esha tayang muka setenang yang mungkin. Riak wajah dikawal sebaik mungkin.Terus berubah muka Rash bila dengan soalan Esha.
" Heyy" Rash sentuh lembut bahu Esha yang berlapik dengan baju hospital.
" Kenapa Esha tanya macam tu ? "
" Rash dah janji dengan Esha kan ? Lelaki sejati takkan mungkiri janji yang dia dah buat. Esha kenal Rash, kan ? " ujar Rash lembut.
" Tapi Esha tak sempurna. Esha buta. Rash layak dapat yang lebih baik dan sempurna. Yang boleh jaga makan pakai Rash. Esha ..... Esha tak mampu untuk sediakan semua tu lagi, " luah Esha. Kepala dia tunduk ke bawah. Air mata dibiar mengalir.
" Dengar sini, Esha. Datanglah sejuta wanita cantik sekalipun dalam dunia ni, Rash tetap akan pilih Esha, walaupun jika Rash mati dan dihidupkan semula pun, Rash tetap akan pilih Esha. "" Janji ? "
" Rash janji. Selagi jasad Rash masih bernyawa, Rash akan lindungi Esha. Rash akan bahagiakan Esha dan anak - anak kita nanti. Itu janji Rash. "
Akhirnya Esha tersenyum. Dia yakin dengan Rash. Hanya keikhlasan yang dia rasakan dari semua kata - kata dan janji Rash." Apa yang perlu Esha bayar untuk semua tu ? "
Rash senyum sebelum jawab. " Be a good mother for our kids. Dan cukup Esha setia dan selalu di sisi Rash. "
Esha rasa pipinya terasa hangat. Malu. Mesti pipi dia merah sekarang ni kalau dia masih boleh nampak.
Tok ! Tok !
" Assalamualaikum, " ucap lelaki tua yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.
" Tok kadi dah sampai, Esha. "
" Berdebar lagi ? " tanya Rash lembut.
Esha angguk. Tangan diramas beberapa kali." Rash ada dekat sini. Apa - apa yang jadi kita harungi bersama. Perasaan kita pun, kita kongsi rasa yang sama. Jadi, jangan berdebar lagi ok. Rash tak boleh nak peluk, cium Esha lagi sekarang. " seloroh Rash buat Esha tersenyum.
" Haa .... senyum pun. "
" Thank you, " ucap Esha.
" Thank me later, Esha "
" Ok, dah sedia ? " tanya tok kadi.
Esha dan Rash angguk serentak.
" Baiklah kita mulakan sekarang. Benda baik tak elok lambat - lambat. Lagi pun saya ada majlis dekat lain lagi ni. "" Saudari Syarifah Nadratul Daniesha, " panggil tok kadi. " Betul kamu terima Arash Zuhairi jadi suami kamu ni ? Tiada paksaan dari siapa - siapa dan ikhlas dari hati kamu ? "
" Iya, ustaz! " jawab Esha yakin.
" Kamu, saudara Arash Zuhairi, kamu dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami ? "
" Iya ! Saya bersedia! "
" Baiklah, saya mulakan. "
" Arash Zuhairi bin Zainuddin. " Tok kadi memulakan akad nikah.
" Aku nikahkan dikau dengan saudari, Syarifah Nadratul Danesha binti Syed Amri berwalikan bapa saudaranya dengan mas kahwin satu ribu ringgit tunai. "
" Aku terima nikahnya, Syarifah Nadratul Danesha binti Syed Amri, dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit tunai. "
" Saksi, sah ? "
" Sah ! "
" Alhamdulillah. "Doa mula dibaca.
Sebaik menutur lafaz nikah, air mata laju menitis di pipi Rash. Ada satu rasa yang dia tak dapat gambarkan. Rasa tenang seolah - olah satu bebanan mula terlepas, dan satu perasaan lagi tanggungjawab yang dipikul selepas ini makin berat.
Rash minta izin untuk solat sunat sebentar. Esha turut solat bersama Rash yang sudah selamat menjadi suaminya sebentar tadi.
Seusai solat mereka berjumpa dengan tok kadi dan beberapa orang keluarga mereka yang sudi hadir untuk ucap terima kasih.
" Rash .... Pak long dengan atuk balik dulu. "
" Terima kasih sebab sudi datang atuk, pak long dan semua. Tolong ucapkan terima kasih Rash dekat semua. Rash tak sempat nak ucap terima kasih, dia orang dah balik. " Rash tayang senyum walaupun hakikatnya perit.
" Untuk kali terakhir Rash. "
Rash cuma senyum
" Rash .... jangan balik rumah atuk lagi. " Tanpa berpaling lagi ke belakang, pak long dan atuk terus keluar dari situ.
Rash genggam jemari Esha. Kini mereka telah selamat menjadi suami dan isteri. Tiada majlis mewah. Tiada makan - makan. Tiada baju mewah. Esha dengan pakaian hospital. Rash pula cuma pakai t-shirt putih berkolar dipadankan dengan seluar jeans bewarna dark blue. Tiada kawan - kawan dan tiada saudara yang kekal di sini. Yang kekal ada di sini cumalah lampu, katil, dan meja hospital yang setia menyaksikan ikatan cinta Rash dan Esha sejak dari awal. Siapa pun yang hadir hari ini, Rash cukup bersyukur.