“Pelajar cemerlang kita yang seterusnya.......”
Dup dap..dup dap
Jantung Esha berdegup kencang. Hujung baju kurung moden diramas kasar. Mulutnya tak henti-henti mengucapkan zikrullah. Esha sangat berharap yang dirinya juga dapat naik ke pentas dan tercalon sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM.
“Syarifah Nadratul Daniesha Binti Syed Saifullah.”
Esha kelu. Ya Allah, betul ke apa yang dia dengar? Dia tak salah dengar, bukan? Tubir mata mula bergenang. Sebak dan gembira bercampur menjadi satu.
“Syarifah Nadratul Daniesha, ada tak?” ulang pengacara majlis.
“ Kau bercegat buat apa lagi, Esha?!” Alia yang duduk di sebelah Esha tampar bahu Esha bila dia nampak Esha masih tercegat dekat situ.
Esha kalih pandangan ke tepi. "Aku tak salah dengar kan, Alia? Memang betul Cikgu Haslina sebut nama aku?”
Alia juling mata ke atas
"Iya, Syarifah Nadratul Daniesha. Kau pelajar cemerlang hari ini. Cepatlah pergi. Semua orang dah tunggu tu.” Alia tolak Esha keluar dari barisan kerusi.
Esha mula menapak ke arah pentas. Debar di dada makin terasa.
"Syarifah Nadratul Daniesha Binti Syed Saifullah merupakan pelajar dari kelas 5 Atlantik. Syarifah Nadratul Daniesha mendapat 6A 3B. Selain itu, Syarifah Nadratul Daniesha juga sangat aktif dalam sukan bola jaring, dan pernah mewakili kebangsaan dalam sukan bola jaring. Tahniah buat Syarifah Nadratul Daniesha.”
Alhamdulillah, setelah dua tahun Esha struggle untuk naikkan balik keputusan peperiksaan, setelah dia gagal berkali-kali semasa berada di tahun empat. Cuma dirinya sendiri sahaja yang tahu betapa strugglenya dia belajar siang dan malam untuk catch up balik semua yang cikgu ajar.
Esha tak ada ramai kawan. Kawan rapatnya di sekolah cuma Alia seorang. Yang lain semuanya cuma kawan biasa-biasa. Entahlah, Esha lebih suka menyendiri dan dia lagi sukakan circle yang kecil. Kawan-kawan perempuannya ramai yang toxic, jadi dia tak bergaul sangat dengan mereka.
Bukannya Esha tak tahu, kalau mereka bergaduh mulalah salah seorang dari mereka buruk-burukkan diri masing-masing.“ Woii...Esha!” tegur satu suara dari belakang.
Esha mengeluh berat. Apa lagi perempuan ni nak?! Lambat-lambat Esha pusing kepala ke belakang.
“ Kau dapat 6A je kan?” tangan disilang ke dada. Acah gengster la tu. “ Kau tak layak pun naik pentas terima anugerah kecemerlangan. Kau cuma bernasib baik. Kau bukannya dapat straight A macam aku.” Ina senyum sinis. Dia saja nak sakitkan hati Esha.
Esha masih diam, mengumpul kesabaran. Dia malas nak layan minah gila dekat depan dia sekarang ni.
“ Apa guna kau dapat naik pentas kalau tak ada orang pun yang sudi pandang kau?” Ina masih curah minyak ke dalam api.
“ Tak ada sesiapa pun yang sayang kau, Esha. Mak ayah kau dah lama mampus. Atuk, Pak long, Mak Long, Pak ngah. Mak ngah, Maksu, Paksu, mereka pun tak pernah sayangkan kau. Tak perlu aku ingatkan pun kau dah tahu, kan?”
Ok, Ina dah melampau. Esha tak kisah kalau Ina nak hina dia, tapi jangan pernah sebut pasal ibu dengan ayah. Totebag di atas bangku Esha campak depan Ina. Ina senyum kemenangan. Memang itu pun yang dia nak. Dia nak Esha mengamuk.
“ Apa masalah kau, Ina? Apa yang kau dengki sangat dengan aku? Kau dapat semua benda yang kau nak. Kau dapat kasih sayang dari semua orang. Result kau pun bagus dari aku. Tapi.... aku tak faham, kenapa dari dulu sampai sekarang kau selalu cari gaduh dengan aku? Kenapa?!" Esha mara setapak demi setapak ke arah Ina.
