BAB 5

4.2K 189 1
                                    

Unit rawatan rapi ( Icu )

      " YA ALLAH, anak aku, Rash! " Badan Rash digoncang kuat. Tapi Rash tetap kaku terbaring atas katil dengan wayar yang berselirat di badannya.

      "  Abang !" Maksu goncang tangan suaminya.

   " Anak kita bang. Tengoklah apa yang dah jadi dengan Rash. " Maksu menangis dan menjerit macam orang gila.

   " Ni semua sebab anak saudara abang yang tak guna tu. " Dada paksu dipukul berkali-kali " Budak tu memang pembawa nasib malang dekat keluarga kita.
   
       Paksu masih diam tak berkutik. Cuma air matanya masih mengalir di pipi

       "Abang tengoklah apa yang dah jadi dengan Rash tu! Tengok, bang, tengok! "  maksu menjerit depan muka paksu.

        Seorang nurse muncul bila dengar bising

     " Tuan, puan, mohon banyak bersabar. Banyakkan berdoa supaya anak puan cepat sedar," kata nurse itu.

          " Macam mana keadaan anak saya nurse ? " tanya maksu dengan mata yang masih berkaca.

Belum sempat nurse tadi nak buka mulut, muncul seorang doktor lelaki yang baru keluar dari bilik pembedahan.

    " Siapa keluarga Arash Zuhairi ?"

    " Saya mak dia" bergegas maksu bangun dan menapak ke arah doktor. " Macam mana dengan anak saya doktor ? "

      Doktor tunduk kepala merenung lantai seketika sebelum dia kembali menatap dua orang manusia yang masih setia berdiri di situ.

      " Maafkan kami puan, tuan. "

    " Tak, tak, jangan kata .... " maksu geleng kepala beberapa kali sambil mengundur ke belakang sehingga dia jatuh terduduk kerana kaki tersadung kerusi yang berada di situ.

   " Kami dah cuba sebaik mungkin. Tapi ... kami tak dapat selamatkan Arash dari fasa kritikal. " sekali lagi doktor tunduk renung lantai biru hospital.

     " Anak puan sekarang koma. Puan dengan tuan banyakkan berdoa supaya Arash cepat sedar," kata dotor sebelum tinggalkan mereka berdua.

     Separuh perjalanan, doktor tadi patah ke belakang semula.

" Arash ada tinggalkan pesanan sebelum dia koma tadi. "

      Maksu masih sama macam tadi. Menangis meratapi nasib anak tunggalnya. Rambut pun serabai dari tadi, dah macam hantu Kak Limah.

   " Dia minta tuan dengan puan berhenti bencikan Esha. Dan, dia nak ditempatkan di sebelah katil Esha."

Jeda, sebelum doktor kembali bersuara.

     " Dan .... "

      "Arash pesan yang dia akan kahwin dengan Esha walau apa pun yang jadi. Jadi, dia minta sangat tuan dengan puan jangan bencikan Esha lagi, dan hormat keputusan dia. "

       Jeda

    " Maafkan saya. Saya pergi dulu ." Doktor terus beredar. Satu keluhan dia lepaskan. Tak fasal-fasal dia terjebak sekali dengan konflik keluarga Rash yang terlalu rumit itu.

  " Dalam keadaan macam ni pun Rash masih fikirkan budak tak guna tu ! " maksu jambak rambut ke belakang. Sisa air mata dia seka kasar dengan telapak tangan. " Dasar anak tak sedar di untung! Sia-sia saja saya menangis beria-ria, tapi dia tetap pilih budak tak guna tu ! Apa yang istimewa sangat dengan budak bawa nasib malang tu ? "

    " Aku ni, aku ni mak dia! " dada dipukul berkali-kali. Paksu diam dari tadi. Langsung tak beri apa-apa reaksi.

" Abang ni dah kenapa diam je dari tadi ? Takkan datang hospital tiba-tiba dah jadi bisu ? " hangin pula maksus tengok paksu yang diam sejak dari tadi.

       " Siti .... abang rasa kali ni kita hormat keputusan Rash. " Serius wajah paksu pandang maksu.

Maksu mara ke arah paksu. Maksu sudah bercekak pinggang.

        " Hormat keputusan yang mana ? Kahwin dengan budak bawa malang tu ? "

    " Mati hidup semula pun saya tak akan pernah terima anak haram tu jadi menantu saya. TAK. AKAN. SESEKALI ! " sengaja maksu tekankan ayat akhir.

     " Tapi sampai bila kita nak bencikan Esha ? Budak tu tak salah, Siti. " suara paksu mula mengendur. " Yang bersalah Hanisah, bukan anak dia. Budak tu tak patut tanggung dosa mak dia. Dia pun tak pernah minta dilahirkan dekat dunia ni. Tapi, kenapa kita semua bencikan dia sangat ? "

        Maksu tiba - tiba ketawa

   " Olololo.... dah insaf dah ? " maksu senyum sinis. " Dah lupa apa yang awak buat dekat budak tu ? Awak pukul dia sampai separuh mati budak tu. Dah lupa ? Awak juga yang selalu hasut saya bencikan budak tu, walaupun pada awalnya saya tak adalah benci sangat dekat dia.

    " Tapi ..... bila tahu Esha tu anak Hanisah, terus rasa benci saya berganda-ganda." Tangan di sisi dikepal bentuk penumbuk. Rasa marahnya kepada Hanisah kembali membuak-buak, walaupun Hanisah sudah lama meninggal dunia.
 
    " Awak masih berdendam lagi dengan Hanisah, Siti ? " tanya paksu. " Tapi benda tu dah lama terjadi. Hanisah pun dah lama meninggal.

    " Sampai bila - bila pun saya tetap akan bencikan adik awak yang tak guna tu ! " tempik maksu depan muka suaminya sekali lagi.

  " Sebab dialah saya hilang segalanya. Dia rampas kebahagiaan saya. Ye, dulu kami memang kawan baik. Tapi ..... selepas peristiwa tu jadi saya bencikan dia! "

    Satu keluhan dilepaskan oleh paksu

" Tapi .... Hanisah pun tak minta semua tu jadi, Siti "

" Tak, tak, tak ! Dia pembunuh!"

    " Kalau tak disebabkan dia yang gatal nak main masak-masak malam tu, mak, ayah, dan adik saya masih hidup." sekali lagi dia tarik- tarik rambut dengan kedua belah tangan.

   " Dia orang semua takkan mati malam tu ! Tapi, Hanisah terselamat dan boleh hidup dengan bahagia di atas kesengsaraan hidup saya ? "

    " Sekarang ni, anak dia pula yang nak rampas kebahagiaan saya ? Langkah mayat saya dulu sebelum dia rampas Rash dari saya ! "

" Awak tahu kan Rash keras kepala dia macam mana. Awak larang dia macam mana pun, kalau dia nak, dia tetap akan buat jugak. "

    " Dia sama macam awak, Siti .... "

" Jadi sekarang ni awak nak salahkan sayalah ? Semua ni jadi sebab salah saya seorang saja ? Habis tu, awak ? " jari dia tunding tepat depan muka suaminya.

  " Awak ketua keluarga. Awak jangan lupa, semua ni berpunca dari awak. " Siti senyum sinis. Tiba- tiba saja hari ini suaminya jadi baik.

    " Siti ...... " panggil paksu meleret.

" Sudah! " maksu angkat tangan ke atas tanda dia tak mahu dengar apa-apa lagi. Keputusannya tetap sama.

     " Saya penat. Saya nak balik. Nanti kalau Rash dah sedar bagitahu saya. " Terus langkah kaki dibawa ke arah lift hospital.

Paksu sandar badan di dinding. Satu keluhan dilepaskan. Sebelah tangan naik memicit pelipis dahi yang mula terasa pening.

" Maafkan papa Rash . "

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now