BAB 16

3.8K 188 1
                                    

PINTU bilik ditolak perlahan. Bau kepam menusuk hidung. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah suis lampu. Suis lampu ditekan, tapi tak menyala. Enam bulan sudah berlalu. Enam bulan juga dia tak pernah jejak kaki ke dalam bilik ini.

Air mata kembali bergenang apabila dia terpandang potret seorang wanita yang tergantung di dinding. Perlahan-lahan Rash menapak ke situ.

"Esha....." Rash menyeru bersama esakan kecil. Tangannya naik menyentuh wajah wanita dalam potret itu.

"Ke.... kenapa Esha tinggalkan abang? Ke... kenapa?" Potret yang tergantung dia ambil lalu dia peluk erat. Belakang badan disandar di katil.

"Kenapa???!" Rash meraung. "Kenapa Esha tak bawa abang sekali? Ki... kita dah janji nak hidup bersama, kan?" tutur Rash perlahan bersama air mata yang membasahi pipi.

"Tapi.... kenapa Esha mungkir janji?" Rash jambak rambut ke belakang.

"Ke... kenapa Esha tinggalkan kami? Abang minta maaf..... abang tak mampu jaga anak kita, Esha. Tolong kembali sayang."

Rash merayu dan terus merayu

Segala kenangan mereka bersama kembali ulang tayang dari memorinya

"Esha.... " Rash tersenyum melihat wajah Esha. Tangannya digerak ke depan, cuba menyentuh wajah Esha. Wajah itu hilang.

"Arghhhh...." Dia menjerit kuat. Potret di dalam pelukannya makin erat dipeluk.

Terhinjut-hinjut badannya menangis. "Esha....."

Sampai sekarang, Rash masih belum boleh terima kenyataan. Dia tak boleh terima kenyataan wanita yang dicintainya sudah tinggalkan dia untuk selama-lamanya. Esha, meninggal semasa lahirkan Fatimah. Setiap kali terpandang wajah Fatimah, dia tak mampu untuk mengawal emosi.

"Fatimah..... isteri aku mati disebabkan kau," tutur Rash perlahan.

"Kau yang patut mati. Bu... bukan isteri aku. Bukan...." Air mata mengalir laju.

Bunyi azan maghrib berkumandang. Sayu dan syahdu bunyinya. Rash bangun dari perbaringan. Sudah berapa lama dia tidak solat pun dia tidak ingat.

Dia turun dari katil dan menuju ke rak buku Esha. Ini semua buku-buku kesukaan Esha. Esha suka membaca, jadi Rash hadiahkan Esha mini library ini untuk Esha. Kalau Esha penat, dia akan tidur sekejap di atas katil yang Rash sediakan. Dia tersenyum apabila memori itu kembali ulang tayang.

Buku love from another world ditarik keluar dari rak. Ini buku kesukaan Esha. Dia mengusap perlahan buku di tangan. Kerusi ditarik lalu dia duduk.
Satu persatu helaian buku itu dia belek.

Tangan Rash terhenti pada halaman 50. Ada surat yang tertulis namanya. Dahinya berkerut.

Surat? Esha tulis surat untuk dia?

Sampul koko itu Rash buka. Perlahan-lahan dia tarik kertas dari dalam sampul itu.

Lipatan kertas dibuka

Surat untuk suami tercinta, Arash Zuhairi

Rash....

Esha ada rahsia yang Esha nak Rash tahu. Rahsia yang dah lama Esha simpan dan pendam seorang diri.

Terima kasih sebab Rash sudah terima Esha yang serba serbi kekurangan ini. Terima kasih sebab selalu ada dengan Esha dari dulu lagi. Terima kasih untuk segalanya. Sampai Esha mati pun, Esha tak mampu nak balas semua jasa Rash.

Gila .....

Rash tak pernah tahu kan, yang isteri Rash ni orang gila ? Isteri Rash ni pesakit mental. Doktor sahkan Esha ada Did Rash. Esha minta maaf sebab tak pernah bagitahu Rash pasal ni. Esha tak nak Rash tinggalkan Esha bila tahu Esha Did.

Sebenarnya, Esha dah lama boleh nampak dunia ni Rash. Esha dah tak buta, tapi Esha masih pura - pura buta sampailah Esha melahirkan Luqman. Tak lama lepas kita kahwin, doktor sahkan Esha dah boleh melihat sepenuhnya. Esha yang paksa doktor supaya tak bagitahu Rash dan semua orang. Mesti Rash benci Esha kan?

Esha minta maaf sekali lagi Rash. Tapi Esha buat semua ni untuk kebaikan kita semua. Esha dah buat rancangan sebaik mungkin. Dan untuk pastikan semua yang Esha rancang berjalan dengan lancar, Esha terpaksa pura - pura buta dan menipu Rash.

Esha yang bunuh semua keluarga kita. Kebakaran itu bukan berpunca dari dapur, tapi Esha yang bakar rumah atuk masa majlis pertunangan Ina.

Tapi .... nyawa Pak ngah sekeluarga memang liat betul nak mati!

Ina patutnya mati malam tu! Dialah punca hidup Esha makin teruk. Dia syaitan yang bertopengkan manusia. Esha tak nak dia bahagia! Esha mesti hapuskan dia. Esha nak seksa dia. Nak tengok dia mati perlahan - lahan dan terseksa seperti mana yang Esha rasa.

Esha takkan biarkan betina tu terlepas. Jadi, Esha tukar rancangan. Kalau Esha tak boleh bunuh dia hidup², Esha akan bunuh kewarasan akal dia.

Guess what ?

Esha berjaya buat Ina hilang kewarasan. Lepas kebakaran dulu, masa Ina duduk hospital, Esha selalu ganggu dia sampai dia merayu - merayu jangan ganggu dia lagi. Bila mak ngah dengan pak ngah muncul, Esha menyorok dalam almari. Jadi, bila Ina meracau macam orang gila sebut-sebut nama Esha. Cakap Esha nak bunuh dia, mak ngah dengan pak ngah bawa Ina jumpa doktor.

Esha palsukan semua dokumen Ina sehingga Ina terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa. Tak cukup lagi. Esha nak dia menderita lagi. Esha buat semua ni bila Rash tengah pergi kerja.

Esha upah seorang doktor dekat situ untuk cucuk dadah dekat Ina setiap hari. Biar mak ngah dengan pak ngah rasa macam mana sakitnya rasa bila anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang rosak dan tidak berguna.

Tapi .... dia orang decide nak bawa Ina balik rumah. Mak ayah mithali katakan. Nak rawat anak dia orang betul-betul. Tapi sayang, Ina dah tak boleh di ubat. Dia dah betul² gila.

Puas ?

Tak puas lagi! Esha nak dia teruk lagi, tapi .... bolehlah dari dia tak merana langsung kan ?

Rash .... Esha rasa hidup Esha tak panjang. Rash tolong jaga anak kita baik² ye ? Bagi dia kasih sayang yang secukupnya. Jangan bagi dia sakit, ok ?
Rash jangan sedih lama-lama tau. Jaga Luqman dan Fatimah baik-baik. Jangan bagi dia orang sedih. Lindungi anak-anak kita sama macam Rash lindungi Esha dulu. Itu saja yang Esha minta untuk kali terakhir.

I love you, abang!

TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅Where stories live. Discover now