"MEL, mak nak keluar ni pergi kerja. Kau jangan lupa kunci pintu." Pesan Laila.
"Sudah sudah lah tu mak buat kerja ni. Mak tak malu ke dekat orang kata mak macam macam. Lagipun mak kan dah tua." Kata Mellisa.
"Eh Mel. Kau jangan nak ajar aku lah Mel. Selama ni bukan diorang yang bagi kita makan. Sejak bapak kau tinggalkan aku dia tak pernah sekali pun datang tengok kau. Dia tak akan peduli kau hidup ke mati ke. Kalau aku tak kerja mana kita nak cari duit. Nak mengharapkan duit cuci pinggan kau dekat warung sana tu berapa sen lah sangat." Kata Laila dengan agak marah.
"Tapi mak.."
"Tak ada tapi tapi. Sekarang ni aku dah lambat nak pergi kerja. Eh ini dah cukup baik aku tak suruh kau jadi macam aku." Sambung Laila lagi.
Mellisa tidak dapat mengubah Laila lagi. Sudah puas dia menasihatkan maknya itu agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu namun tidak diperdulikan oleh Laila lagi.
Selepas beberapa minit Laila pergi. Seorang lelaki seusia Laila datang ke rumah untuk mencari Laila.
"Mak kau ada?" Tanya Roslan.
"Mak baru je keluar tadi." Jawab Mellisa dengan malas. Dia tidak suka Roslan yang selalu datang dan tidur di rumahnya .
"Kau ni apahal. Setiap kali aku datang kau buat muka." Kata Roslan.
"Aku tak suka lah kau datang rumah aku ni. Sesuka hati tidur dengan mak aku macam pelacur." Kata Mellisa.
"Eh Mel. Kau dah lupa ke yang mak kau tu pelacur. Jadi suka hati aku lah nak nak buat apa. Ke kau nak aku tidur dengan kau." Kata Roslan dengan nada miangnya.
"Kau jangan berani nak sentuh aku." Marah Mellisa.
"Mel. Kau kalau tak jadi macam mak kau pun tak ada sesiapa nak dekat kau. Sebab hidup dekat lorong ni sampai bila bila orang akan pandang hina dekat kita. Jadi daripada kau simpan badan kau tu untuk lelaki yang entah boleh ke terima kau lebih baik kau bagi aku je." Sambung Roslan lagi.
Mellisa agak geram dengan apa yang dikata oleh Roslan. Dia menolak Roslan keluar dari rumah dan terus menutup pintu pagar dan pergi meninggalkan Roslan di luar.
"Kau dengan mak kau sama je. Aku akan pastikan yang kau akan jadi milik aku." Bebel Roslan seorang diri di luar rumah Mellisa setelah dihalau oleh Mellisa tadi.
-
-
-
"MEL, aku ada benda nak cakap dengan kau sikit." Panggil Laila yang sedang duduk di ruang tamu.
"Apa dia mak?" Tanya Mellisa.
"Minggu depan aku dengan Roslan akan berkahwin." Kata Laila.
"Apa mak kahwin. Kenapa mak nak kahwin dengan Roslan tu mak. Mel tak suka." Kata Mellisa.
"Eh. Aku tak mintak persetujuan dari kau pun yang aku nak kahwin dengan Roslan tu. Peduli apa aku kau suka atau tidak aku tetap akan kahwin dengan dia minggu depan." Kata muktamad Laila.
"Mak. Mel nak tanya kenapa mak suka sangan dengan si Roslan tu setelah apa yang dia buat dekat mak tetap nak kan dia kenapa?" Tanya Mellisa.
"Dia boleh bagi aku duit Mel. Kau apa tahu selama ni dia yang banyak tolong kita. Bapak kau mana. Dia tak ada Mel." Kata Laila lagi.
"Selama ni okey je mak kita hidup tanpa ayah." Kata Mellisa.
"Memang selama ni okey. Tapi kau jugak cakap dengan aku berdosa orang buat maksiat kan. Jadi aku halalkan apa yang aku dah buat dengan Roslan." Tambah Laila lagi.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...