LEPAS KELAS. Tuan Ash dan rakannya duduk di kantin untuk mencari makanan.
"Eh aku nak pergi order makan ni. Korang nak makan apa?" Tanya Danny.
"Kau order aku pun ya macam biasa." Jawab Harris.
"Okay. Ha kau pulak Ash." Kata Danny.
"Korang makan lah. Aku tak ada selera nak makan." Kata Tuan Ash.
"Erm ok. Aku pergi order jap." Kata Danny. Dia pun pergi mengorder makanan di kantin.
"Kau ni kenapa. Sejak Mel tu tak ada. Hidup kau dah tak macam dulu dah." Kata Harris.
"Tak ada apalah." Jawab Tuan Ash. Tiba tiba Tuan Ash merasakan tekaknya agak loya. Dia pun terus bangun dan berlari ke arah singki yang ada di kantin tersebut. Dia pun memuntahkan semua isi perutnya.
"Kau ni kenapa. Tak sihat ke Ash." Tanya Harris setelah Tuan Ash kembali ke tempat duduknya.
"Entah lah. Dari pagi tadi asyik loya je tekak aku ni." Jawab Tuan Ash sambil minum air kosong di sebelahnya.
"Kau tak makan ke pagi tadi?" Tanya Harris.
"Aku makan tapi entahlah kenapa." Jawab Tuan Ash.
"Aku rasa badan kau masuk angin tu. Nanti kau pergilah klinik." Kata Harris.
"Ha tengoklah. Kalau sempat aku pergi." Balas Tuan Ash.
-
-
-
TUAN ASH duduk di ruang tamu sambil menonton tv. Dia agak keletihan asyik keluar masuk tandas akibat loyanya yang agak berulang. Tidak lama selepas itu kedengaran locing rumah berbunyi. Dia pun menguatkan dirinya untuk bangun dan membuka pintu dan melihat Tuan Aleeya dan Tuan Amirul di hadapan pintu rumahnya.
"Ada apa korang datang ni?" Tanya Tuan Ash sambil membuka pintu pagar.
"Abang Ris cakap abang tak sihat. Itu yang kita orang datang." Jawab Tuan Aleeya.
Mereka pun duduk di ruang tamu dan menyambung perbualan mereka semula.
"Mana Kak Mel abang?" Tanya Tuan Aleeya sambil melihat sekeliling rumah.
"Eh korang nak minum buat sendiri air kat dapur tu." Kata Tuan Ash. Dia menukar topik perbualan agar Tuan Aleeya tidak menanyakan tentang Mellisa.
"Kami datang bukan nak minum pun." Kata Tuan Aleeya.
"Kau datang sini ni kau tak sekolah ke Mirul?" Tanya Tuan Ash.
"Hari ini kan hari ahad. Mana ada orang pergi sekolah abang." Jawab Tuan Amirul.
"Abang ni dah kenapa dengan hari pun abang dah tak ingat." Tegur Tuan Aleeya.
Tiba tiba sahaja tekak Tuan Ash mula berasa loya lagi. Dia pun terus berlari ke arah singki dapur untuk memuntahkan segala isi perut yang masih ada. Setelah itu Tuan Ash pun kembali duduk semula.
"Abang ni okay ke tak. Jom lah Lee bawak abang pergi klinik." Kata Tuan Aleeya.
"Tak payahlah." Tolak Tuan Ash.
"Kalau susah sangat abang ikut je saya dengan Kak Lee balik rumah. Kat rumah nanti ada orang boleh tengok abang nanti." Kata Tuan Amirul.
"Betul kata Mirul tu abang." Sokong Tuan Aleeya.
"Korang kalau datang sini nak ajak aku balik rumah tu. Baik kau orang pergi balik." Marah Tuan Ash.
"Kita orang mintak maaf abang." Kata Tuan Amirul.
"Dah lah korang buat alah apa kau nak buat. Aku nak masuk bilik." Kata Tuan Ash.
-
-
-
AYU menemani Mellisa ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungannya. Sementara menunggu giliran dipanggil dia pergi ke tandas dan terserempak dengan Tuan Aleeya.
"Eh Kak Mel. Buat apa dekat klinik ni?" Tanya Tuan Aleeya.
"Akak teman kawan akak. Lee datang sini Lee sakit ke." Tipu Mellisa.
"Lee tak sakit tapi Lee teman abang jumpa doktor." Jawab Tuan Aleeya.
"Abang Ash sakit." Terkejut Mellisa. Dia agak risau dengan keadaan Tuan Ash. Mahu sahaja dia berjumpa dengan Tuan Ash di klinik itu.
"Dia tak sihat sikit. Asyik muntah muntah je. Mula mula Lee ajak dia pergi klinik dia taknak itu yang Lee paksa dia pergi kalau tak memang sampai sekarang lah abang tu tak pergi klinik." Kata Tuan Aleeya.
"Abang mana?" Tanya Mellisa.
"Abang jumpa doktor dekat dalam dengan Mirul." Jawab Tuan Aleeya.
"Nanti Lee jangan cakap dengan abang yang Lee jumpa akak dekat sini. Lee ambik nombor talifon akak ni. Kalau ada apa apa pasal abang boleh Lee bagitahu dekat akak." Kata Mellisa sambil menyerahkan kertas yang berisi no telefonya ke pada Tuan Aleeya.
"Okay." Jawab Tuan Aleeya sebelum Mellisa beredar.
-
-
-
"AKAK PERGI MANA. Puas Mirul dengan abang cari akak tadi." Kata Tuan Amirul.
"Akak pergi tandas tadi. Abang mana?" Tanya Tuan Aleeya balik.
"Abang ada dekat depan tengah tunggu akak." Jawab Tuan Amirul.
"Jom kita pergi dekat abang." Kata Tuan Aleeya.
Mereka pun datang semula ke tempat Tuan Ash dan membayar bil klinik sebelum pulang ke rumah.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...