HARI INI Mellisa kembali semula menyambung pelajarannya yang sudah lama dia tinggalkan. Rakan sekelasnya mulai merindui dirinya yang telah lama menghilangkan diri.
"Mellisa. Awak pergi mana. Kita orang rindu sangat dengan awak tau." Kata Anisa sambil memeluk tubuh Mellisa.
"Sampai hati awak tinggalkan kita orang lama lama." Kata Arina pula.
"Alah sorrylah. Saya bukan sengaja nak tinggalkan awak berdua lama lama. Saya sebenarnya ada masalah sikit." Balas Mellisa.
"Yeke. Kenapa awak tak bagitahu dekat kita orang." Kata Arina.
"Bukan taknak bagitahu cuma saya tak nak awak berdua susah hati fikir masalah saya. Lagipun masalah saya sudah selesai." Jawab Mellisa.
"Oh kami faham. Baguslah kalau masalah awak tu dah selesai." Kata Anisa.
"Arghh!" Perut Mellisa tetiba merasa tidak selesa.
"Eh awak okey tak ni?" Tanya panik Arina.
"Sini Mel kita duduk dulu." Kata Anisa.
Mereka berdua pun memapah perlahan Mellisa ke tempat dudul yang berhampiran dengannya untuk membiarkan rasa sakit Mellisa lega seketika.
Kebetulan Tuan Ash yang lalu di kawasan mereka yang melihat keadaan Mellisa terus datang ke arah mereka dengan wajah panik.
"Kenapa ni?" Tanya Tuan Ash kepada Anisa dan Arina.
"Kita orang berbual je lepas tu tetiba perut Mel rasa sakit." Jawab Arina.
"Sayang okey tak ni. Nak abang bawak sayang pergi klinik?" Tanya Tuan Ash.
Kelakuan Tuan Ash terhadap Mellisa membuatkan Arina dan Anisa berasa pelik.
"Abang jangan risau. Saya dah okey dah. Cuma perut tadi krem sikit je." Jawab Mellisa sambil mengatur kembali nafasnya.
"Betul ni?" Tanya Tuan Ash untuk mendapatkan kepastian dari Mellisa.
"Betul. Abang pergilah masuk kelas. Nanti lecturer marah abang masuk lambat pulak." Kata Mellisa.
"Baik. Kalau ada apa apa call abang terus." Pesan Tuan Ash.
"Ye abang." Jawab Mellisa.
"Korang berdua tolong tengokkan Mel. Kalau ada apa apa terus bagitahu saya." Pesan Tuan Ash kepada Arina dan Anisa sebelum di meneruskan perjalananya menuju ke kelas.
"Okey." Jawab Anisa.
Selepas sahaja Tuan Ash pergi. Mereka berdua terus memandang tajam ke arah Mellisa.
"Awak ada apa apa ke nak bagitahu dekat kita orang ni?" Tanya Arina dengan muka selambanya.
"Saya tahu awak berdua mesti nak tahu hubungan saya dengan Tuan Ash tu kan." Kata Mellisa.
"Memang kami nak tahu sebab dah bersayang abang dah tadi tu." Kata Anisa.
"Sebenarnya saya dengan Tuan Ash tu dah kahwin dah pun. Saya sakit ni pun sebab pembawakan budak ni." Jawab Mellisa.
"Apa. Awak biar betul Mel!" Terkejut Arina dengan Anisa mendengar jawapan dari mulut Mellisa.
"Betullah." Jawab Mellisa dengan senyuman.
-
-
-
"ABANG nak bawak saya pergi mana ni?" Tanya Mellisa apabila melihat Tuan Ash tidak mengikut jalan pulang ke rumah.
"Abang nak bawak sayang jumpa dengan seseorang." Jawab Tuan Ash.
"Siapa?" Binggung Mellisa.
"Nanti sayang tahu lah." Kata Tuan Ash.
Tuan Ash dan Mellisa pun sampai di sebuah rumah kebajikan yang terletak agak jauh dari kawasan mereka.
"Jom sayang." Ajak Tuan Ash.
Tuan Ash dan Mellisa pun masuk ke dalam rumah kebajikan itu dan mereka sedang menunggu seseorang datang di taman yang ada di dalam rumah kebajikan itu.
"Kita nak jumpa siapa dekat sini abang?" Tanya Mellisa.
Belum sempat Tuan Ash menjawab. Seseorang wanita menegur Mellisa dari arah belakang.
"Mellisa." Panggil Laila.
"Mak." Mellisa terus bangun dan memeluk tubuh Laila yang sudah lama dia tidak berjumpa dengannya.
"Aku rindu kau tahu." Kata Laila dengan air matanya membasahi pipi.
"Mel pun rindu sangat dekat mak. Kenapa mak tinggalkan Mel." Kata Mellisa.
"Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau. Lagipun kau tahu kan yang Roslan dah jual rumah kita. Aku dah tak ada tempat nak tinggal." Kata Laila.
"Kalau macam tu mak ikut Mel dengan Abang Ash balik ya." Pinta Mellisa.
"Ah taknak lah aku. Aku suka duduk sini. Ramai orang boleh jaga aku. Lagipun susah kalau Roslan tu jumpa aku." Tolak Laila.
"Mak jangan risau. Pasal Roslan tu saya dah uruskan. Sekarang ni Roslan dah ada dalam penjara. Jadi mak tak perlu risau lagi. Rumah lama mak tu pun saya dah beli untuk mak." Kata Tuan Ash.
"Terima kasih banyak banyak sebab kau dah tolong aku dengan anak aku. Pasal rumah tu kau sewakan sahaja pada orang lain." Kata Laila.
"Tapi mak kena janji dengan Mel yang mak akan jaga Mel lepas Mel bersalin nanti." Pinta Mellisa.
"Ya aku janji. Nanti aku datang jaga kau." Kata Laila.
"Terima kasih mak." Ucap Mellisa.
"Ash aku nak pesan. Jaga anak aku ni baik baik." Pesan Laila.
"Baik mak. Saya akan jaga Mel macam mana saya jaga nyawa saya." Balas Tuan Ash.
-
-
-
"KORANG. Saya balik dulu ya. Kalau ada apa apa nak bincang pasal assignment nanti bagitahu." Kata Mellisa.
"Baiklah Mel. Awak tu hati hati tau." Pesan Arina.
"Ya saya tahu." Jawab Mellisa.
"Awak balik lah. Tu suami awak dah tunggu dekat sana." Kata Anisa sambil memandang ke arah Tuan Ash yang berada di tepi keretanya.
"Okeylah bye. Jumpa esok." Kata Mellisa.
Baru sahaja Mellisa ingin melintas jalan. Ada sebuah kereta tidak dikenali ingin melanggar Mellisa. Nasib baik Tuan Ash sempat menarik Mellisa daripada kena langgar dengan kereta tersebut.
"Mellisa!" Jerit panik Anisa dan Arina apabila melihat situasi itu. Mereka pun terua berlari ke arah Mellisa untuk melihat keadaan Mellisa.
"Sayang awak okey tak ni?" Tanya panik Tuan Ash.
"Abang." Mellisa agak ketakutan dan terus memeluk tubuh Tuan Ash. Jantungnya bagaikan mahu gugur apabila hampir sahaja dilanggar oleh sebuah kereta.
"Mel awak tak apa apa ke?" Tanya Arina.
"Saya okey." Jawab Mellisa.
"Kita pergi klinik ya sayang." Kata Tuan Ash.
"Tak apa abang. Saya nak balik rumah. Saya nak rehat dekat rumah." Pinta Mellisa.
"Okey kita balik. Tapi sebelum tu saya nak awak berdua tolong laporkan hal ni dekat Prof Azhar. Saya taknak benda macam ni nanti berlaku dekat orang lain pulak. Bahaya untuk orang lain jugak." Kata Tuan Ash kepada Arina dan Anisa.
"Okey nanti kami akan laporkan." Kata Anisa.
"Terima kasih." Ucap Tuan Ash sebelum membawa Mellisa pulang ke rumah.
-
-
-
"ISH TAK GUNA!" Kata Aralyn sambil memukul stereng keretanya.
"Disebabkan engkau. Ash tak pandang aku. Semua orang puji sanjung kau. Aku akan pastikan yang kau akan lenyap dekat dalam dunia ni. Baru hati aku puas." Kata Aralyn seorang diri di dalam keretanya.
Dendamnya terhadap Mellisa semakin membuak buak apabila rancangan untuk melanggar Mellisa tidak berjaya.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...