"MAKCIk LAILA oh makcik Laila." Panggil Ayu dari luar rumah Laila.
"Ha Ayu. Ada apa kau datang rumah aku ni?" Tanya Laila.
"Mel ada tak makcik?" Tanya Ayu.
"Ada dekat dalam bilik tu. Kau pergilah masuk tengok dia." Jawab Laila.
Ayu pun terus masuk dalam danpergi ke arah bilik Mellisa. Dia melihat Mellisa sedang termenung jauh di tepi tingkap biliknya.
"Mel. Kau okey tak ni?" Tanya Ayu.
Mellisa tidak menjawab pertanyaan dari Ayu dan tidak memandang ke arah Ayu lamgsung.
"Erm tak apalah. Aku keluar dulu." Pinta Ayu. Dia pun keluar dan duduk bersama dengan Laila yang berada di ruang tamu itu.
"Kenapa dengan Mel tu Cik Laila?" Tanya Ayu.
"Salah aku jugak." Kata Laila.
"Apa maksud Cik Laila?" Bingung Ayu.
"Malam tadi Roslan hampir nak rogol dia. Itu yang dia jadi macam tu." Jawab Laila.
"Aa.. habis tu. Mana Roslan sekarang?" Soal Ayu dengan agak terkejut.
"Aku pun tak tahu lah dia pergi mana sekarang. Pagi tadi aku tengok dia dah hilang." Jawab Laila.
"Kesian Mel." Kata Ayu.
-
-
-
ROSLAN pulang ke rumah terus mengamuk memanggil nama Laila. Dia terus mencari Laila di setiap bahagian rumah sampaikan jiran jiran terdengar amukan Roslan.
"Kau ni kenapa Roslan. Balik balik je mengamuk macam ni." kata Laila yang keluar dari dalam dapur.
"Aku nak duit!" Pinta Roslan.
"Aku mana ada duit." Jawab Laila.
"Kau jangan nak tipu aku Laila!" Marah Roslan apabila Laila tidak mahu memberikan dia duit.
"Aku tak tipu kau. Aku memang tak ada duit." Kata tegas Laila.
Roslan masih tak puas hati dengan Laila yang masib tidak mahu memberikan duit kepadanya. Dia terus pergi ke arah bilik Mellisa dan mengheret Mellisa keluar dari bilik.
"Ish apa kau nak buat ni Roslan." Kata Mellisa yang terkejut Roslan menarik dirinya keluar dari bilik.
"Kau nak buat apa dengan anak aku tu Roslan." Jerit Laila.
"Selagi kau tak bagi apa yang aku nak kau tak akan dapat jumpa anak kau lagi." Kata Roslan sebelum membawa Mellisa keluar dari rumah.
"Mak tolong Mel mak." Jerit Mellisa. Dia meronta ronta ingin melepaskan genggaman tanganya dari Roslan.
"Roslan pulangkan anak aku balik!" Jerit Laila sambil menangis.
Jiran Laila yang duduk di sebelah rumahnya terus keluar untuk melihat apa yang terjadi. Dia terus pergi mendapatkan Laila yang sedang meraung memanggil nama anaknya di hadapan pintu.
"Kenapa ni Laila?" Tanya Kak Pah.
"Roslan ambik anak saya akak." Jawab Laila dalam tangisan.
"Sabar Laila." Kata Kak Pah. Dia cuba untuk menenagkan Laila dengan mengusap belakang Laila.
-
-
-
HAMPIR 3 BULAN Mellisa terpaksa bekerja sebagai pelayan club setelah Roslan menjulanya kepada Mike Tan iaitu pemilik Club dengan harga 50,000 ribu ringgit.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...