TUAN ALEEYA membawa Tuan Ash pulang ke rumah Ts Tuan Adam tanpa pengetahuna Tuan Ash. Dia pun memakirkan kereta di dalam kawasan rumah.
"Apa pasal Lee bawak abang balik rumah ni." Marah Tuan Ash.
"Daripada abang duduk sorang sorang dekat rumah tu baik abang duduk dekat sini." Jawab Tuan Aleeya.
"Abang tak suka lah datang sini Lee faham tak." Marah Tuan Ash lagi.
"Itu bukan masalah Lee abang. Sampai bila abang asyik nak marah ibu dengan mama. Abang tak kesihan dekat diorang ke abang." Kata Tuan Aleeya.
"Lee tak akan faham apa yang diorang dah buat dekat abang terutama mama." Kata Tuan Ash.
"Dah lah. Lee nak masuk. Kalau abang nak duduk dalam ni abang duduk lah sorang sorang. Jom Mirul." Kata Tuan Aleeya sambil mengajak Tuan Amirul masuk ke dalam rumah.
Tidak lama selepas itu Tuan Ash pun terpaksa masuk ke dalam rumah Ts Tuan Adam tanpa rela hati. Dia pun terus menuju ke biliknya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
"Lee ke yang bawak abang datang sini?" Tanya Puan Aishah.
"Haah Lee yang paksa abang datang sini. Siapa nak tengokkan dia dekat rumah dia tu. Abang dah lah tak sihat. Lee pun dah nak kena start masuk tingkatan 6 dah." Jawab Tuan Aleeya.
"Mama tahu abang datang sini?" Tanya Puan Aishah.
"Tak. Erm mana mama ibu?" Tanya Tuan Aleeya.
"Pak Samad hantar mama pergi chekup hospital hari ni." Jawab Puan Aishah.
-
-
-
SEMUA SUDAHPUN berkumpul di meja makan kecuali Tuan Ash yang masih duduk di dalam biliknya dari datang sehinggah sekarang tidak keluar dari biliknya.
"Mak Som. Tolong panggil Ash turun makan." Pinta Ps Rania.
"Baik Puan Sri." Jawab Mak Som. Dia pun terus pergi ke bilik Tuan Ash dan mengetuk pintu biliknya.
"Ash. Mari turun makan nak." Panggil Mak Som dari luar bilik.
"Tak apalah Mak Som. Ash tak lapar." Jawab Tuan Ash.
"Jangan macam ni nak. Semua dah tunggu abang dekat bawah tu." Kata Mak Som lagi.
"Tak apa. Mak Som pergilah. Nanti kalau abang lapar abang turun sendiri cari makan." Kata Tuan Ash lagi.
"Ha okaylah. Kalau abang nak apa apa. Abang panggil je Mak Som." Pesan Mak som sebelum dia turun semula ke bawah.
"Mana Ash Mak Som?" Tanya Ps Rania.
"Dia kata dia tak ada selera nak makan Puan Sri." Jawab Mak Som.
"Jangan nak manjakan sangat Ash tu. Pandai lah dia cari makan sendiri. Dia tu bukan budak kecik lagi." Kata Ts Tuan Adam.
-
-
-
MELLISA sedang duduk di luar rumah sambil mengusap perlahan perutnya yang kempis itu. Ayu yang melihat dari pintu rumah terus datang menghampiri Mellisa.
"Kau buat apa dekat luar ni?" Soal Ayu.
"Saja ambik angin dekat luar ni." Jawab Mellisa.
"Hari tu kau ada cakap dengan aku yang kau sambung belajar. Dah sebulan kau duduk dengan aku ni kau tak pergi kelas tak apa ke?" Tanya Ayu.
"Aku dah mintak tolong dengan kawan kelas aku yang aku mintak cuti sampai bulan 8 ni." Jawab Mellisa.
"Kalau macam tu tak apalah." Kata Ayu.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...