SELESAI MANDI. Mellisa melabuhkan punggungnya di atas katil sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil. Tak lama selepas itu kedengarana mesej masuk di telefonnya. Dia pun mengambil talefonnya yang berada di atas meja solek.
SUAMIKU TUAN ASHRAF
Mellisa..
(Macam mana dia ada no aku ni. Mesti Lee
yang bagi ni - kata hati Mellisa)Saya tahu awak ada dekat situ.
Saya nak cakap yang saya nak mintak maaf
dekat awak. Saya tahu saya salah. Saya tak patut
tuduh awak yang bukan bukan.(Sakit hati saya awak tak tahu Ash -
kata hati Mellisa)Please Mel balik. Saya rindu dekat awak.
Saya janji lepas ni saya akan jadi suami
macam suami orang lain.(Saya pun rindukan awak Ash - kata
hati Mellisa. Air matanya mengalir
apabila membaca mesej dari Tuan Ash)Mellisa Adriana binti Abdullah Hakim.
I love you so much.(Saya pun cintakan awak Tuan Ashraf Zahred
bin Tuan Adam - kata hati Mellisa)Mellisa pun akhirnya menutup chat dari Tuan Ash tanpa sebarang balasan darinya. Dia tidak sangup untuk membaca lagi chat dari Tuan Ash.
-
-
-
"KENAPA LEE langgar janji Lee dekat akak. Kenapa Lee bagi nombor akak dekat abang." Kata Mellisa dengan agak kesal dengan perbuatan Tuan Aleeya.
"Sorry Kak Mel. Lee terpaksa bagi dekat abang." Kata Tuan Aleeya dengan agak serba salah.
"Tak apalah. Akak tak marah pun." Kata Mellisa.
"Tapi sampai bila akak dengan abang nak macam ni. Akak tak kesian ke dekat abang tu. Dah macam orang tak betul dah Lee tengok abang dekat rumah tu." Kata Tuan Aleeya.
"Hm nantilah Lee akak fikirkan." Jawab Mellisa.
"Okaylah kak. Lee tak boleh lama ni sebab ada kelas tambahan kejap lagi. Lee pergi dulu ya." Pinta Tuan Aleeya.
"Hati hati ya Lee." Pesan Mellisa.
Tuan Aleeya pun terus menuju ke arah keretanya. Baru sahaja dia hendak mengeluarkan kunci keretanya. Ada sebuah motosikal mengampirinya untuk cuba meragut beg tangan Tuan Aleeya.
"Tolong." Jerit Tuan Aleeya meminta tolong sambil cuba untuk melepaskan tangan peragut itu dari begnya.
Mellisa yang terdengar jeritan Tuan Aleeya terus ke tempatnya untuk membantu Tuan Aleeya yang hampir kena ragut itu. Dia sedaya upaya menarik beg itu namun peragut itu terus memukul kelapa Mellisa dengan penukul besi yang ada di dalam bakul motornya sehingga pingsan.
"Akak!" Jerit panik Tuan Aleeya.
Peragut itu terus berlari meninggalkan Tuan Aleeya dan Mellisa kerana ketakutan. Tuan Aleeya terus mengambil talifon untuk menghubungi ambulans.
-
-
-
TUAN ALEEYA sedang menunggu di depan pintu kecemasan dengan rasa panik. Dia agak ketakutan dengan apa yang terjadi tadi. Tak lama selepas itu Tuan Ash pun datang.
"Lee mana Kak Mel?" Tanya Tuan Ash.
"Dia ada dekat dalam lagi." Jawab Tuan Aleeya.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Tuan Ash.
"Lee tak tahu. Tadi ada orang datang nak ragut Lee lepastu Kak Mel datang tolong Lee. Ni semua salah Lee abang." Jawab Tuan Aleeya dengan agak ketakutan.
"Okay tak apa. Sekarang Lee tenang." Kata Tuan Ash sambil memeluk tubuh Tuan Aleeya yang agak trauma dengan kejadian yang menimpanya tadi.
15 minit kemudian..
Doktor yang merawat Mellisa pun keluar dari wad kecemasan itu.
"Siapa ahli keluarga Mellisa Adriana?" Tanya doktor.
"Saya suami dia doktor." Jawab Tuan Ash.
"Macam mana keadaan dia doktor?" Tanya Tuan Aleeya.
"Buat masa sekarang ni Mellisa koma disebabkan hentakkan yang agak kuat di kepalanya tapi kamu semua jangan risau dia mungkin akan koma sementara sahaja." Jawab doktor.q
"Macam mana dengan kandungan dia doktor?" Tanya Tuan Aleeya.
Tuan Ash agak pelik dengan soalan yang ditanyakan oleh Tuan Aleeya kepada doktor.
"Baby okay je tak ada apa apa yang serius. Kalau tak ada apa apa saya nak mintak diri dulu." Kata doktor.
"Terima kasih doktor." Ucap Tuan Aleeya.
"Dah abang jom masuk tengok akak." Ajak Tuan Aleeya.
"Jap Lee. Apa maksud Lee tanya macam tu dekat doktor?" Soal Tuan Ash.
"Maksud apa?" Bingung Tuan Aleeya.
"Yang pasal kandungan tu. Apa semua tu?" Kata Tuan Ash.
Tuan Aleeya baru teringat yang Tuan Ash masih belum tahu yang Mellisa sedang mengandung anaknya.
"Oh yang tu sebenarnya Kak Mel mengandung." Jawab Tuan Aleeya.
"Ya ke." Kata teruja Tuan Ash.
"Kak Mel kata nak bagitahu abang nanti tapi benda dah jadi macam ni Lee kenalah bagitahu abang." Kata Tuan Aleeya.
-
-
-
SETIAP HARI Tuan Ash menunggu Mellisa sedar. Dia tidak sekali pun pergi meninggalkan Mellisa seorang diri.
"Mana Abang Ash Lee?" Tanya Harris yang baru datang bersama dengan Danny.
"Ada dekat dalam. Dah beberapa hari abang tak balik rumah. Lee dah kata yang boleh je gilir gilir jaga Kak Mel tapi abang tetap taknak jugak." Jawab Tuan Aleeya.
"Ni family Lee tahu tak pasal benda ni?" Tanya Danny.
"Semua dah tahu dah. Cuma papa kecewa sikit dengan apa yang abang dah buat." Jawab Tuan Aleeya.
"Oh takpalah kalau macam tu. Lee balik dulu. Mesti penat teman abang seharian." Kata Harris.
"Baiklah." Jawab Tuan Aleeya.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...