9 BULAN KEMUDIAN...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Mellisa melahirkan anaknya. Keadaan sudah kembali pulih apabila Aralyn sudah mendapat hukuman mahkamah gantung sampai mati atas perbuatan jahatnya itu.
"Sayang termenung apa tu?" Tegur Tuan Ash yang melihat Mellisa termenung jauh.
"Eh abang. Bila abang balik?" Tanya Mellisa yang tidak sedar Tuan Ash pulang.
"Baru je ni. Sayang fikirkan apa tu?" Tanya Tuan Ash.
"Tak ada apa." Jawab Mellisa.
"Kalau macam tu. Sayang pergi siap. Abang nak ajak sayang keluar." Kata Tuan Ash.
"Pergi mana?" Tanya Mellisa.
"Abang ada suprice untuk sayang." Jawab Tuan Ash.
Mellisa tersenyum gembira. Mereka pun bersiap siap untuk keluar bersama sama.
Baru saja turun dari bilik. Tuan Ash dan Mellisa terserempak dengan Puan Aishah di ruang tamu rumah.
"Kamu berdua nak pergi mana?" Tanya Puan Aishah.
"Kami nak keluar sekejap ibu." Jawab Tuan Ash.
"Kamu tu jangan keluar sangat. Mel tu dah sarat mengandung dah tu. Nanti terberanak tiba tiba kan susah." Kata Puan Aishah.
"Ya ibu. Ni last Abang ajak Mel keluar." Kata Tuan Ash.
" ha yelah. Hati hati tau." Pesan Puan Aishah.
"Baik ibu."
-
-
-
DALAM PERJALANAN pulang ke rumah. Mellisa tetiba merasa perutnya tidak selesa seperti ada sesuatu ingin keluar. Perutnya kemudian berasa teramat sakit dan ada cecair terus keluar mengalir di kakinya.
"Abang!" Jerit Mellisa sambil menahan sakitnya.
"Kenapa sayang?" Tanya Tuan Ash.
"Abang. Perut saya sakit ni." Kata Mellisa.
"Sakit. Kenapa sayang nak pergi tandas ke." Kata Tuan Ash.
"Bukan abang. Saya sakit dah nak bersalin dah ni. Baby dah nak keluar abang." Kata Mellisa sambil menahan rasa sakitnya.
"Apa baby nak keluar!" Panik Tuan Ash.
"Abang kena bawak Mel pergi hospital sekarang jugak." Kata Mellisa.
"Aa. Okey sayang. Abang bawak sayang ke hospital sekarang. Sayang tahan sikit ya." Kata Tuan Ash. Dia terus memandu laju ke hospital.
Sampai di hospital. Tuan Ash terus membawa Mellisa ke wad kecemasan. Mellisa terus dibawa ke wad bersalin untuk melahirkan anaknhnya. Tuan Ash hanya dapat menunggu Mellisa dari luar wad dalam keadaan agak panik.
-
-
-
SEMUA AHLI KELUARGA Tuan Ash termasuklah Laila sudah pun tiba di hospital apabila Tuan Ash memberitahu yang Mellisa akan melahirkan tidak lama lagi.
"Ash. Macam mana dengan Mel?" Tanya Laila.
"Mel masih dekat dalam lagi mak." Jawab Tuan Ash.
Setelah beberapa jam menunggu akhirnya doktor pun keluar dari bilik bersalin Mellisa.
"Keluarga Mellisa Adriana." Panggil doktor itu.
"Saya." Jawab Tuan Ash.
"Macam mana dengan anak saya doktor?" Tanya Laila.
"Tahniah. Mellisa selamat melahirkan anak lelaki. Ibu dan anak berada dalam keadaan sihat." Jawab doktor itu.
Semua berasa amat gembira mendengar berita kelahiran ahli baru dalam keluarga mereka.
"Boleh kami masuk doktor?" Tanya Tuan Ash.
"Boleh tapi lepas kami pindahkan Mellisa ke wad biasa." Jawab doktor.
"Terima Kasih doktor." Ucap Tuan Ash.
-
-
-
"WOW comelnya baby ni." Kata Tuan Aleeya.
"Tengok lah siapa papa dia." Kata Tuan Ash.
Semua tersenyum melihat gelagat Tuan Ash dan Tuan Aleeya yang berada di sebelah troli baby yang berada di sebelah katil Mellisa.
"Muka dia macam Kak Mel je. Tak ikut muka abang pun." Usik Tuan Aleeya.
"Mana Lee tahu. Cuba Lee tengok betul betul kan ada muka abang sikit." Kata Tuan Ash.
"Ish sudah tu. Baby tu baru nak tidur yang awak berdua kacau tu kenapa." Tegur Puan Aishah.
"Tak apalah ibu." Kata Mellisa dengan senyuman.
"Apa nama baby ni Kak Mel?" Tanya Tuan Amirul.
"Mirul tanya abang. Abang yang bagi nama dekat baby tu" Jawab Mellisa sambil memandang ke arah Tuan Ash.
"Apa nama dia abang?" Tanya Tuan Aleeya pula.
"Nama dia Tuan Arief Mikhail bin Tuan Ashraf Zahred." Jawab Tuan Ash.
"Sedap nama tu." Kata Ts Tuan Adam.
"Lepas ni atok asyik main dengan cucu lah nampaknya." Usik Puan Aishah.
"Mestilah cucu atok kan." Balas Ts Tuan Adam.
Mereka semua tertawa melihat tingkah laku Ts Tuan Adam dan Puan Aishah. Semua sangat seronok dengan kehadiran ahli baharu yang akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.
-
-
-
2 TAHUN KEMUDIAN..
Tuan Ash dan Mellisa sedang bercuti bersama dengan anak mereka di sebuah pulau dengan penuh rasa gembira apabila melihat tingkat laku Tuan Arief bermain pasir pantai.
"Thanks sayang." Kata Tuan Ash.
"Thanks kenapa?" Tanya Mellisa.
"Terima kasih sebab sayang hadir dalam hidup abang. Abang sangat bahagia sekarang. Terima kasih jugak sebab sayang lahirkan zuriat abang dekat dalam dunia ni. Abang bersyukur sangat dapat isteri sebaik sayang." Ucap Tuan Ash.
"Sepatutnya Mel yang ucap terima kasih tu dekat abang sebab abang dah ubah hidup Mel jadi lebih baik." Kata Mellisa.
"Mel. Abang janji dengan sayang yang abang akan selalu bahagiakan sayang dengan Arief sampai akhir hayat abang." Kata Tuam Ash sambil memegang lembut tangan Mellisa.
"Thanks abang." Ucap Mellisa sambil menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Tuan Ash.
Tuan Ash dan Mellisa akhirnya bahagia dengan kehidupan yang dibina. Bermacam macam dugaan yang menimpa namun dengan kekuatan, kepercayaan dan keyakinan dapat mengubah segalanya menjadi lebih baik.
TAMAT 💕
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...