SEJAK Laila dan Roslan berkahwin. Kehidupan mereka semakin menjadi huru hara gara gara Roslan selalu meminta duit kepada Laila dan mengugut Laila untuk menjual Mellisa kepada tauke besar club di bandar sekiranya Laila tidak mahu bagi apa yang Roslan inginkan.
"Eh perempuan. Bagi aku duit!" Minta Roslan.
"Aku mana ada duit. Kan kau dah ambik semua semlam." Jawab Laila.
"Kau jangan nak tipu aku. Semalam aku nampak Mel bagi kau duit." Kata Roslan.
"Duit yang Mel bagi semalam tu berapa sen lah sangat." Kata Laila.
"Arghhh! Baik kau bagi aku duit sebelum aku bunuh kau." Kata Roslan dia mengugut Laila dengan mencekik leher Laila supaya Laila dapat memberikan dia duit.
"Sakitlah Roslan. Aku kata aku tak ada duit." Kata Laila dengan nafas tersekat sekat akibat dicekik oleh Roslan. Dia cuba memukul badan Roslan agar dia dapat melepaskan cengkaman Roslan itu.
"Roslan! Apa kau buat ni. Kau nak bunuh mak aku ke." Kata Mellisa yang baru pulang. Dia melihat Laila dicekik oleh Roslan dan dia cepat cepat memukul badan Roslan dengan begnya agar Roslan melepaskan Laila.
Roslan melepaskan cengkamannya akibat dipukul oleh Mellisa.
"Laila kau ingat eh. Aku tak akan lepaskan kau orang berdua anak beranak." Kata Roslan sebelum dia pergi keluar dari rumah.
"Mak okey tak?" Tanya Mellisa. Dia agak risau melihat keadaan Laila selepas dicekik oleh Roslan tadi.
"Kau tak payah risaulah. Aku okey." Jawab Laila.
"Apa yang okeynya mak. Teruk leher mak Mel tengok ni. Jom kita pergi klinik." Kata Mellisa.
"Kau tak payah nak membazir duit pergi klinik tu. Nanti aku sapu ubat dia okeylah ni." Tolak Laila.
"Hm okeylah. Mel taknak paksa mak." Kata pasrah Mellisa.
"Yang kau balik semula ni apahal?" Tanya Laila.
"Oh Mel tertinggal talefon. Itu yang patah balik rumah. Mel ambik sekejap ya mak." Jawab Mellisa. Dia pun masuk ke dalam bilik dan mengambil talifon bimbitnya di atas almari dan keluar semula dari dalam bilik.
"Dah lah kau pergi kerja sana. Nanti lambatkan kau kena marah pulak." Kata Laila.
-
-
-
"LAMBAT kau datang hari ni Mel." Tegur Kak Suraya. Pemilik restoren tempat Mellisa bekerja.
"Maaf Kak Suraya. Saya ambik barang tertinggal dekat rumah tadi." Jawab Mellisa.
"Lain kali jangan buat lagi. Jangan nak besar kepala sangat. Bila bila masa je aku boleh buang kau." Kata tajam dari Kak Suraya.
"Sorry Kak Suraya." Ucap Mellisa lagi.
"Dah kau pergi buat kerja cepat kat belakang tu." Arah Kak Suraya.
Mellisa pun segera ke belakang untuk menyambung kerjanya. Dia melihat Ayu seorang diri di belakang. Selalunya dia akan bertugas bertiga untuk membersihkan belakang restoren namun dia tidak melihat kelibat seseorang rakan sekerjanya.
"Ayu. Sorang je ke. Mana Fir?" Tanya Mellisa.
"Aku pun tak tahu. Aku ada tanya budak lain. Semua cakap yang Fir dah berhenti kerja pagi tadi." Jawab Ayu yang sedang menyusun pinggan yang sudah dicuci tadi.
"Berhenti kerja sebab apa?" Tanya Mellisa lagi.
"Diorang pun tak tahu sebab apa dia berhenti kerja." Jawab Ayu.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...