bab 12

999 12 0
                                    

TERSEDAR DARI tidur. Tuan Ash melihat Mellisa sudah tiada di sebelahnya. Dia pun bangun mencari Mellisa di setiap ruangan rumah namun tidak kelihatan kelibat Mellisa. Dia mulai risau dengan ketiadaan Mellisa di rumah. Tuan Ash pun cepat cepat bersiap untuk ke koleh sambil mencari Mellisa di kawasan kolaj.

"Ash. Kau kenapa ni. Dari kelas tadi aku tengok kau tak fokus je. Kau ada masalah ke." Kata Danny.

"Kepala otak aku serabut lah. Fikir pasal Mel lagi yang dari pagi pergi entah ke mana." Jawab Tuan Ash.

"Dia pergi mana pulak. Ke kau gaduh dengan dia." Kata Harris.

"Aku marah dia semalam lepas tu aku paksa dia buat benda tu tanpa kerelaan dia." Jawab Tuan Ash.

"Erm patut lah dia marah dekat kau lah. Yang kau paksa dia buat benda yang dia tak nak buat dah kenapa." Kata Danny.

"Tapi takkan sampai nak lari dari rumah." Kata Tuan Ash.

"Sampai lari rumah. Ini mesti ada benda lain yang dia marah dekat kau ni." Kata Harris.

"Apa yang kau buat sampai dia lari dari kau ni." Sambung Danny.

"Semalamnya si Aralyn ada jumpa aku. Dia cakap yang Mel tu suka layan budak baru dekat kelas dia tu." Kata Tuan Ash.

"Habis tu kau percaya lah. Jadi sebab ni lah kau marah dia." Kata Harris.

"Aku tak ada niat pun nak marah dia. Aku cuma tak nak dia rapat dengan sesiapa pun." Jawab Tuan Ash.

"Kau sebenarnya cemburu kan bila Mel tu rapat dengan lelaki lain." Teka Danny.

"Ish kau mana ada." Jawab tegas Tuan Ash.

"Alah Ash. Mengaku je lah yang kau dah mula sayangkan dia." Kata Danny lagi.

Tuan Ash hanya terdiam dengan apa yang dikatakan oleh Danny. Adakah dia benar benar mencintai Mellisa atau hanya sekadar sebagai pelepas nafsunya sahaja.

"Baik kau cari dia cepat sebelum kau nanti yang menyesal." Kata Harris.

"Betul tu Ash. Aku tengok dia tu baik orangnya. Tak macam perempuan perempuan lain dekat club tu yang hanya nak kan duit kita sahaja." Sambung Danny.

-

-

-

"Korang berdua ada nampak Mel tak?" Tanya Firdaus.

"Hm aku pun tak tahulah. Dah seminggu dia tak masuk kelas ni." Kata Anisa.

"Pelik lah. Whatapps dengan call pun dia tak angkat." Sambung Arina.

"Manalah dia pergi eh." Kata Anisa.

"Korang berdua tak akan tak tahu rumah dia kat mana." Kata Firdaus.

"Tak ada pulak dia bagitahu rumah dia dekat mana." Jawab Arina.

-

-

-

"AYU. panggil Mel tu makan sekali. Mak dah siap masak dah ni." Suruh Mak Munah.

"Baik mak." Jawab Ayu. Dia pun datang ke bilik Mellisa untuk mengajaknya makan bersama sama.

"Mel. Jom makan. Mak aku dah panggil dah tu." Kata Ayu yang melihat Mellisa termenung di tepi tingkap.

"Aku tak ada selera lah nak makan." Kata Mellisa.

"Jangan macam tu Mel. Kalau kau tak makan nanti baby dalam perut kau tu nak makan apa." Kata Ayu.

Mellisa mengalirkan air mata tak kala mendengar Ayu menyebut pasal baby di dalam kandungannya. Dia pun mengusap lembut perutnya yang masih kempis itu.

"Kau kalau rindu dekat dia kau baliklah. Dia mesti tengah tunggu kau dekat rumah tu." Pujuk Ayu.

"Hati aku sakit ayu. Dia tuduh aku buat benda yang aku tak buat. Aku tak kesah berapa banyak kali dia nak buat dekat aku sebab itu memang hak dia sebagai seorang suami. Aku cuma tak dapat nak terima yang percayakan orang lain daripada aku." Kata Mellisa.

"Tapi kalau kau lari macam ni sampai bila bila masalah kau tak akan settle." Kata Ayu lagi.

-

-

-

FLASHBACK..

"AYU.. Mak Munah." Panggil Mellisa dalam kehujanan di luar rumah Mak Munah. Dia hampir pengsan akibat terkena air hujan yang deras itu.

Mak Munah yang membuka pinti terkejut melihat Mellisa di hadapan rumahnya.

"Mel!" Jerit Mak Munah. Dia kemudiannya membawa Mellisa masuk ke dalam rumah.

Ayu yang baru keluar dari biliknya agak terkejut melihat keadaan Mellisa.

"Kenapa dengan Mel ni mak?" Tanya Ayu.

"Tak tahulah. Mak jumpa dia kat luar tadi." Jawab Mak Munah.

"Mellisa oh Mel." Panggil Ayu namun tiada jawapan dari mulut Mellisa.

Ayu pun membawa Mellisa masuk ke dalam bilik dan menukar pakaiannya yang basah dan membiarkan Mellisa merehatkan dirinya. Ayu menemani Mellisa di dalam bilik sehingga Mellisa sedar dari pengsanya.

12.45 malam..

Mellisa tersedar dari tidurnya dan melihat Ayu di sebelahnya. Dia pun mengejutkan Ayu yang ada di sebelahnya.

"Ayu." Panggil Mellisa.

"Weh Mel. Kau dah sedar ke. Apa dah jadi dengan kau ni Mel." Kata Ayu.

"Nanti aku cerita. Aku tak ada mood nak cerita sekarang." Jawab Mellisa.

"Okay kalau kau dah bersedia kau boleh je cerita dekat aku tapi esok kau kena pergi klinik." Kata Ayu.

"Ish tak payahlah nak pergi klinik bagai. Aku tak ada apa apalah." Tolak Mellisa.

"Kau ni kan memang dari dulu susah sangat nak jumpa dengan doktor tapi aku tak kira kau kena pergi klinik jugak kalau tak nanti mak aku tu bising lah." Paksa Ayu.

"Ha yelah yelah." Jawab pasrah Mellisa.

-


-


-

PULANG DARI KLINIK. Mellisa dan Ayu singgah di taman yang berdekatan dengan rumah Mak Munah. Mereka pun duduk di pondok sambil melihat budak budak bermain di taman permainan.

"Sekarang ni kau cerita dengan aku macam mana kau boleh mengandung." Kata Ayu.

"Aku sebenarnya dah kahwin." Jawab Mellisa.

"Bila masa pulak kau kahwin ni!" Terkejut Ayu.

"Dah 5 bulan." Jawab Mellisa.

"Okay sekarang ni kau cerita dekat aku dari mula sampai akhir." Kata Ayu.

"Masa yang aku hilang hari tu sebenarnya Roslan jual aku dekat tauke club yang dekat bandar tu. Aku terpaksa kerja dekat situ sampailah aku jumpa dengan suami aku tu. Aku mintak tolong dekat dia lepas tu dia nak tolong aku dengan syarat. Aku tak fikir panjang dan terpaksa setuju dengan syarat dia dan dia jumpa dengan tauke tu untuk bayar aku dengan harga 100,000.00 ribu ringgit." Terang Mellisa.

"Tapi macam mana kau boleh kahwin dengan dia?" Soal Ayu.

"Dia mintak aku tinggal dengan dia tapi aku tak sanggup nak buat dosa lagi jadi aku mintak dia kahwin dengan aku." Jawab Mellisa.

"Sekarang ni macam mana pulak kau boleh lari dari rumah." Kata Ayu.

"Dia tuduh aku dengan benda yang aku tak buat. Dia kata aku layan lelaki lain selain dia. Masa tu dia marah sangat dan aku pun keluar dari rumah nak cari mak aku. Dah 3 hari aku cari tapi tak jumpa jugak. Itu yang aku datang rumah kau." Jawab Mellisa. Dirinya agak sayu apabila mengenangkan peristiwa yang sudah terjadi.

"Kau sabar okay." Kata Ayu sambil memluk tubuh Mellisa.


PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASHWhere stories live. Discover now