Bab 5

1.2K 18 1
                                    

SEMUA sudah berkumpul bersama sama dengan kumpulan masing masing untuk sesi suai kenal di sebuah padang yang berada di dalam kolej.

"Sekarang ni saya nak awak semua memperkenalkan diri." Kata Tuan Ash.

"Hi nama saya Anisa. Boleh panggi saya Nisa." Sapa Anisa.

"Hi nama saya Arina. Panggil Rina je." Sapa Arina.

"Nama I Aralyn." Sapa Aralyn.

"Saya Iskandar. Panggil Is je." Sapa Iskandar.

"Saya Mellisa. Panggil Mel je." Sapa Mellisa.

Selepas semua memperkenalkan diri. Giliran Tuan Ash pula memperkenalkan diri sebagai ketua kumpulan itu.

"Okay. Nama saya Tuan Ashraf Zahred. Kamu semua boleh panggil saya Ash sahaja. Saya akan jadi ketua kepada kamu semua. Jadi saya harap kamu semua dapat bekerjasama dengan baik. Saya taknak ada sebarang masalah yang akan berlaku dalam kumpulan ni. Kalau ada apa apa awak semua boleh rujuk pada saya." Terang Tuan Ash.

"Baik..."

"Erm Ash. Lepas ni kita nak buat apa ya?" Tanya Aralyn dengan suara gediknya.

"Memandangkan kita tak banyak masa. Kita akan buat beberapa mini aktiviti di sini. Esok akan ada kem di luar kolej dan saya harap masa kem itu berlaku tidak ada sebarang masalah yang awak semua akan timbulkan." Kata Tuan Ash.

"Baik..."

-

-

-

SEMUA pelajar baru yang mengikuti kem di Gunung Ledang sudah pun siap bersedia untuk melakukan aktiviti yang akan dijalankan tak lama lagi. Masing masing sedang sibuk mendengarkan taklimat yang diberi oleh ketua kumpulan masing masing.

"Okay semua. Kita akan berkhemah beberapa hari di sini." Kata Tuan Ash.

"Ash. Kita nak start apa dulu ni?" Tanya Arina.

"Kita start pasang khemah dengan cari kayu api. Iskandar, Mel dengan Aralyn pergi cari kayu api. Yang lain pasang khemah." Arah Tuan Ash.

"Okay baik..."

Semua sudah pun mula melakukan tugasan masing masing.

"Awak berdua pergi cari dekat sana. Saya cari dekat situ. Nanti kita kumpul balik dekat sini." Kata Iskandar.

"Okay." Jawab Mellisa.

Mellisa dan Aralyn pun mula mencari kayu api di kawasan berhampiran mereka.

"I taknak you dekat dengan Ash." Aralyn mula bersuara.

"Apa maksud awak. Saya tak faham." Kata Mellisa.

"You jangan buat buat tak faham. I tengok Ash bukan main pandang you tak berkelip." Kata Aralyn.

"Dia yang pandang saya macam tu bukan saya yang suruh dia pandang saya pun." Kata Mellisa.

"Eh you jangan nak perasan sangat yang Ash tu suka dekat you. Dia tu anak orang ternama dekat Kl ni. Dia tak akan suka dekat perempuan macam you tu. Lain lah I." Lagak Aralyn.

"Suka hati awaklah Lyn. Saya taknak ada apa apa masalah dengan awak." Kata Mellisa.

"Kalau you taknak ada apa apa masalah. You kena ikutlah cakap I. Jauhkan diri you dari Ash sebab Ash tu I punya. Faham." Kata Aralyn. Dia bagi peringatan kepada Mellisa untuk jauhkan dirinya dari Tuan Ash.

-

-

-

SETELAH mendirikan khemah dan mencari kayu api. Semua kumpulan diminta perkumpul untuk melakukan aktiviti seterusnya.

"Baiklah semua. Lepas ni kita akan mulakan aktiviti yang pertama kita dengan mendaki gunung. Setiap kumpulan harus mencari bendera masing masing di chek point yang telah ditetapkan." Terang Sir Aqil.

"Berapa lama kita kena daki gunung ni sir?" Tanya salah seorang di situ.

"Tak lama pun sebab kita tak daki sampai ke puncak sebab memandangkan hari tak lama lagi akan gelap." Jawab Sir Aqil.

"Kumpulan pertama yang datang berjumpa dengan saya untuk menyerahkan bendera yang kamu dapat kepada saya akan menjadi pemenang tempat pertama." Kata Miss Azura.

"Faham tak semua?" Tanya Sir Aqil.

"Faham.."

"Baiklah kalau macam tu kita boleh start sekarang." Kata Sir Aqil.

Semua kumpulan sudah pun mula pendakian. Ada yang masih santai santai dan ada yang gigih berusaha untuk .memenangi permainan ini.

"Mana ni susah betul nak jumpa bendera kita." Kata Anisa.

"Kau carilah betul betul. Nanti ada lah." Kata Arina.

"Lain kali tu cari pakai mata. Jangan pakai mulut je. Bising lah I dengar." Kata Aralyn.

"Ish kau ni ada masalah apa dengan aku. Kalau tak puas hati cakap." Kata Anisa. Dia tidak suka cara percakapan Aralyn terhadapnya.

"Korang janganlah gaduh." Kata Mellisa yang cuba untuk menghalang Aralyn dengan Anisa yang hampir bergaduh.

''You jangan nak masuk campur eh." Kata Aralyn.

"Saya bukan nak masuk campur tapi kita kat sini bukan nak cari gaduh." Balas Mellisa.

"You jangan nak tunjuk baik sangat lah." Kata Aralyn sambil menolak bahu Mellisa.

"Kau ni apa pasal nak tolak tolak orang pula." Mencelah Arina.

"Kau diam." Kata Aralyn.

Pergaduhan itu membuatkan Tuan Ash terdengar. Dia pun segera ke arah mereka untuk melihat apa yang sudah terjadi.

"Apa yang bising bising ni?" Tanya Tuan Ash.

"Ash tengok Mel ni. Dia tolak I tadi." Bohong Aralyn dengan gaya gediknya.

"Bila masa pulak saya tolak awak." Kata Mellisa.

Tanpa soal selidik Tuan Ash terus memarahi Mellisa.

"Apa masalah awak ni Mel." Marah Tuan Ash.

"Ash. Bukan salah Mel. Lyn ni yang sebenarnya tolak Mel. Bukan Mel yang tolak dia." Kata Arina. Dia cuba untuk memberitahu perkara sebenar kepada Tuan Ash.

"Mana ada I tolak dia. Rina, tak baik you tipu Ash." Kata Aralyn yang acah acah tidak bersalah.

"Sudah tu. Ni amaran pertama dari saya Mel. Sekali lagi awak buat hal saya tak akan teragak agak ambik tindakkan dekat awak." Kata Tuan Ash.

Mellisa hanya pasrah apabila Tuan Ash menuduhnya denga perkara yang dia tidak lakukan.

"Aralyn. You ikut I. Kita cari bendera tu sama sama dekat sana." Kata Tuan Ash.

"Okay Ash." Jawab Aralyn dengan suara gediknya.

-


-


-

"ISH GERAM betullah aku dengan minah tu. Dia yang buat hak orang lain pulak yang kena marah." Kata Anisa.

"Sabar sahaja lah." Kata Mellisa.

"Yang awak pun satu. Kenapa awak senyap je bila Tuan Ash bagi amaran dekat awak." Kata Arina.

"Saya tak nak panjangan hal tu sebab saya senyap je." Jawab Mellisa. Dia tahu kalau fia berkata benar sekali pun Tuan Ash tetap tidak mempercayai dirinya.

PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASHWhere stories live. Discover now