"EH MEL, awak pergi mana. Dah dua tiga hari ni saya tak nampak awak dekat kelas?" Tanya Anisa.
"Saya tak berapa nak sihat lah dua tiga hari ni." Jawab Mellisa.
"Lah ye ke. Kenapa tak bagitahu nanti boleh kami melawat awak dekat rumah." Kata Arina.
"Eh tak payah susah susah. Saya dah okay." Jawab Mellisa.
"Ni saya nak bagitahu dekat awak yang kelas kita ada pelajar baru." Kata Arina.
"Erm ya ke. Siapa?" Tanya Mellisa.
"Nama dia Firdaus." Jawab Anisa.
Kebetulan Firdaus lalu di kawasan mereka dan mula menegur Mellisa.
"Hi Mellisa." Tegur Firdaus.
"Eh Fir. Awak buat apa dekat sini." Kata Mellisa.
"Eh korang kenal ke?" Tanya Anisa.
"Kami ni dulu kawan satu sekolah." Jawab Firdaus.
"Lah yeke." Kata Arina.
"Ni lah budak baru tu Mel." Kata Anisa.
"Tak sangka kita satu kelas ya." Kata Firdaus.
"Itulah. Kecik je dunia." Kata Mellisa.
"Erm tak apalah. Lain kali kita borak lagi. Saya nak kena pergi bilik lecturer ni." Kata Firdaus.
"Hm okay." Jawab Mellisa.
"Korang berdua mesti rapat kan." Kata Arina.
"Tak adalah rapat sangat. Sejak keluarga dia pindah. Kami dah tak berhubung dah." Jawab Mellisa.
-
-
-
"ISH KAU NI sakit bukan nak bagitahu kita orang." Marah Harris.
"Entahnya. Kita call bukan dia nak angkat." Sambung Danny lagi.
"Tak sempat lah nak bagitahu. Fon aku rosak." Jawab Tuan Ash.
"Habis kau sekarang balik rumah family kau lah ni." Kata Danny.
"Memang tak lah aku balik sana. Disebabkan diorang lah aku jadi macam ni tau." Kata Tuan Ash.
"Kau tak habis lagi ke dengan mak tiri kau tu." Kata Harris.
"Bukan pasal perempuan tu tapi pasal mama aku." Jawab Tuan Ash.
"Asal dengan mama kau?" Tanya Danny.
"Dia boleh pulak muncul semalam. Kononnya nak tebus balik salah dia dulu yang tinggalkan aku dengan adik aku tu." Jawab Tuan Ash.
"Habis tu macam mana. Kau maafkan mama kau tak?" Tanya Harris.
"Memang tak lah. Apa kau ingat aku senang ke nak lupakan apa yang dia buat dekat aku dengan adik aku tu dulu." Jawab tegas Tuan Ash.
"Dah lah tu. Kita tak payah cakap pasal mama kau. Tak pasal pasal nanti kita pulak yang gaduh." Kata Danny.
"Ha macam mana maklumat yang aku mintak Ris?" Tanya Tuan Ash.
"Yang pasal perempuan tu nama dia Mellisa Adriana dan dia anak perempuan pelacur dekat lorong yang berdekatan dengan kawasan yang kita lalu hari tu. Mak dia tu bukan lah mak betul dia just anak kakak mak dia sekarang. Nama mak dia Laila dan dia ada ayah tiri yang bernama Roslan yang juga bapak ayam kepada Laila. Apa yang aku tahu Mellisa ni bulan lah pelacur macam mak dia cuma dia terpaksa jadi pelacur sebab si Roslan ni jual Mellisa dekat tauke besar club tu kerana Laila ni tak dapat bagi dia duit. Yang aku nak cakap pasal dia ni tak adalah teruk mana perangai macam perempuan yang dekat club tu cuma nasib dia tak baik sebab lahir dalam keluarga pelacuran macam tu." Terang Harris.
"Kau kata tadi dia mak dia pelacur. Macam mana pulak dia kau boleh cakap yang perempuan tu baik." Bingung Danny.
"Family dia dulu bukan seorang pelacur tapi sejak laki kakak si Laila ni main judi terpaksa lah Laila ni jadi pelacur." Jawab Harris.
"Habis tu mak kandung dia macam mana pulak?" Tanya Tuan Ash.
"Mak kandung dia meninggal masa umur dia 2 tahun lagi. Sampai sekarang dia tak tahu yang Laila tu bukan mak kandung dia." Jawab Harris.
-
-
-
SELEPAS Tuan Ash membersihkan dirinya dia melihat Mellisa sudah pun tidur di katilnya dengan wajah yang agak kepenatan. Dia melihat jam sudah pun menunjukkan jam 12 tengah malam. Dia pun membaringan tubuhnya di sebelah Mellisa dan mengiringkan badannya ke arah Mellisa. Dia memandang wajah Mellisa sambil teringat apa yang dikata oleh Harris pagi tadi.
"Salah ke apa aku buat dekat kau." Kata hati Tuan Ash sambil tanganya mengusap lembut kepala Mellisa.
Hampir sahaja Tuan Ash ingin melelapkan matanya tiba tiba Mellisa mengigau memanggil nama maknya.
"Mak.. mak..."
"Mel." Tuan Ash cuba untuk membangunkan Mellisa.
Mellisa tersedar apabila Tuan Ash memanggil namanya. Dia pun menarik nafas lega.
"Kau okay tak ni?" Tanya Tuan Ash.
"Okay." Jawab Mellisa.
"Aku tanya kau sikit boleh." Kata Tuan Ash.
"Apa dia?" Kata Mellisa.
"Kau rindu dekat mak kau ke?" Tanya Tuan Ash.
Mellisa hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu mahu jawab apa dekat Tuan Ash.
"Esok kita balik jumpa mak okay." Kata Tuan Ash.
"Betul ke." Kata teruja Mellisa.
"Betullah." Jawab Tuan Ash dengan senyuman.
"Terima kasih awak." Ucap Mellisa. Dia terus memeluk tubuh Tuan Ash sebagai tanda terima kasihnya.
YOU ARE READING
PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASH
RomanceMELLISA ADRIANA seorang gadis dibesarkan di lorong dengan seorang wanita pelacur. Dia sudah biasa hidup di dikelilingi dengan pelacuran dan tidak endah dengan pandangan orang luar terhadap dirinya sehinggakan suatu hari maknya PUAN LAILA berkahwin d...