bab 8

1K 16 1
                                    

HAMPIR 3 HARI Tuan Ash duduk di hospital dan hari ini Tuan Ash dibenarkan pulang ke rumah. Mellisa mengemas pakaian Tuan Ash dan masukkan ke dalam beg pakaian sementara Tuan Ash menyiapkan dirinya.

"Mel, kau pergi ambik wallet aku dalam laci tu. Ambik kad aku lepas tu pergi bayar bil hospital." Kata Tuan Ash.

"Ha okay." Jawab Mellisa. Dia pun mengambil kad di dalam wallet Tuan Ash dan dia terus ke kaunter untuk membayar bil hospital Tuan Ash sementara Tuan Ash menunggunya di lobi hospital.

"Kita nak balik naik apa?" Tanya Mellisa.

"Aku dah call driver untuk datang ambik." Jawab Tuan Ash.

Tak lama selepas itu, kereta alphat bewarna putih berhenti di hadapan mereka. Pak samad pun keluar dari dalam kereta untuk mengangkat beg pakaian Tuan Ash masuk ke dalam kereta.

"Mari sini Pak Samad tolong." Kata Pak Samad.

Pak Samad agak pelik apabila dia melihat seorang perempuan sedang bersama dengan Tuan Ash. Mellisa pun mengikut Tuan Ash masuk ke dalam kereta.

Dalam perjalanan pulang. Pak Samad terus menanyakan hal itu kepada Tuan Ash.

"Maaf Pak Samad tanya. Siapa yang dekat sebelah Tuan Ash tu." Kata Pak Samad.

"Dia isteri saya Pak Samad." Jawab Tuan Ash.

"Apa isteri!" Pak Samad agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Ash.

Mellisa hanya tersenyum dengan apa yang didengar olehnya tadi.

"Bila kamu kahwin. Papa dengan mama tahu tak kamu kahwin ni?" Tanya Pak Samad.

"Dah nak masuk dua bulan dah. Tapi Pak samad jangan bagitahu sesiapa yang saya dah kahwin terutama papa. Saya taknak benda ni jadi kecoh. Pak samad sorang je yang tahu hal ni." Pinta Tuan Ash.

"Sampai bila kamu nak sorok tentang hal ni?" Tanya Pak Samad lagi.

"Sampai saya dah bersedia nak bagitahu dekat semua orang." Jawab Tuan Ash.

"Baiklah. Pak Samad rahsiakan perkara ni." Kata Pak Samad.

-


-


-

SELEPAS memberi Tuan Ash makan ubat. Mellisa terus ke dapur untuk meletakkan cawan ke dalam singki. Ketika itu dia terdengar loceng rumah berbunyi dan dia terus membuka pintu untuk melihat siapa yang datang ke rumah. Dia melihat ada seorang perempuan sedang berdiri di luar.

"Ya. Cari siapa?" Tanya Mellisa.

"Ini rumah Abang Ash kan?" Tanya Tuan Aleeya untuk mendapatkan kepastian yang dia tidak salah rumah.

"Ha ya." Jawab Mellisa. Dia pun membuka pintu pagar dan mengajak Tuan Aleeya masuk ke dalam rumah.

"Akak ni siapa. Macam mana akak boleh ada dalam rumah abang saya." Tanya Tuan Aleeya.

"Akak ni pembantu rumah." Bohong Mellisa.

"Oh pembantu rumah. Abang mana eh kak?" Tanya Tuan Aleeya.

"Tuan ada dekat dalam bilik dia tengah rehat." Jawab Mellisa.

Tuan Aleeya terus ke arah bilik Tuan Ash dan masuk ke dalam biliknya. Dia melihat Tuan Ash sedang duduk bersandar di katil.

"Suprice abang." Kata Tuan Aleeya.

"Eh Lee. Buat apa datang rumah abang ni. Kenapa datang tak bagitahu abang." Kata Tuan Ash. Dia terkejut dengan kehadiran adiknya itu.

"Saja nak melawat abang." Jawab Tuan Aleeya.

"Ni mesti Pak Samad yang bagitahu Lee kan yang abang masuk hospital." Kata Tuan Ash.

"Haah. Kalau Pak samad tak bagitahu Lee tadi mesti sampai bila bila Lee tak tahu abang masuk hospital." Kata Tuan Aleeya.

"Abang bukan taknak bagitahu. Kalau abang bagitahu nanti kecoh lah." Jawab Tuan Ash.

"Abang." Panggil Tuan Aleeya.

"Ha." Jawab Tuan Ash.

"Mana abang dapat pembantu rumah tu. Cantik lah dia." Kata Tuan Aleeya.

"Pembantu rumah. Bila masa aku ada ambik pembantu rumah pulak ni?" Soal hati Tuan Ash.

"Yang mana ni?" Binggung Tuan Ash.

"Alah perempuan yang kat luar tu." Kata Tuan Aleeya.

Tuan Ash baru teringat yang Mellisa ada di dalam rumahnya.

"Oh Mellisa tu. Abang tolong dia je sebab dia nak kerja. Tu yang abang ambik dia kerja tu." Bohong Tuan Ash.

"Wah cantik nama dia. Mellisa." Puji Tuan Aleeya.

"Yang puji dia tu dah kenapa." Kata Tuan Ash.

"Hehehehe. Sayang lah dia jadi pembantu rumah abang." Kata Tuan Aleeya.

"Kenapa pulak." Kata Tuan Ash.

"Patutnya dia jadilah kakak ipar Lee. Nanti boleh lah Lee bagitahu kawan Lee yang Kakak ipar Lee tu cantik." Balas Tuan Aleeya.

"Banyaklah punya kaka ipar." Kata Tuan Ash.

"Tapi dia memang kakak ipar Lee pun. Sorry Lee abang tak dapat nak terus terang dengan Lee lagi." Kata hati Tuan Ash.

-


-


-

SETELAH Tuan Aleeya pulang. Mellisa pun ke bilik Tuan ash untuk pastikan Tuan Ash sudah pun tidur atau belum. Dia pun membuka pintu bilik Tuan Ash dan melihat Tuan Ash masih belum tudur lagi.

"Awak ada nak apa apa ke. Kalau tak saya nak masuk tidur." Kata Mellisa.

"Tak ada." Jawab Tuan Ash.

"Kalau macam tu saya masuk bilik dulu." Jawab Mellisa.

"Mel." Panggil Tuan Ash.

"Ya." Jawab Mellisa.

"Malam ni kau teman aku tidur dekat bilik ni boleh?" Tanya Tuan Ash.

"Erm. Boleh." Jawab Mellisa.

Dia pun datang ke arah Tuan Ash dan terus baring di sebelah Tuan Ash.

"Kenapa kau cakap dengan Lee yang kau tu pembantu rumah aku?" Tanya Tuan Ash.

"Tak kan saya nak bagitahu yang saya ni isteri awak pulak. Nanti dia terkejut pulak. Saya bagitahu lah yang saya ni pembantu rumah awak." Jawab Mellisa.

"Oh." Balas Tuan Ash.

"Awak tak pernah bagitahu pun yang awak ada adik perempuan." Kata Mellisa.

"Aku sebenarnya ada dua orang adik tapi yang satu lagi tu adik tiri." Jawab Tuan Ash.

"Oh. Mesti bestkan ada adik." Kata Mellisa.

"Erm boleh lah." Jawab Tuan Ash.

"Tadi awak ada kata awak ada adik tiri. Mana mama awak?" Tanya Mellisa.

"Erm Mel. Aku dah mengantuk ni. Kita sambung esok jelah." Kata Tuan Ash. Dia mengelak untuk menjawab soalan Mellisa yang menanyakan tentang Ps Rania.

"Hm okay." Jawab Mellisa. Dia tidak mahu bertanya lebih tentang mama Tuan Ash lagi.

PEREMPUAN SIMPANAN TUAN ASHWhere stories live. Discover now