13 | S O F E A J I B R A I L

626 47 3
                                    

‘and we go further. together.

ᥫ᭡

SUDAH seminggu aku menunggu Hariz datang membawa rombongan, namun masih tiada. Kafe Kak Tya juga tertutup rapat. Nombor Hariz pun tak dapat dihubungi.

Adakah dia dah berubah fikiran?

Tubuh direbahkan ke atas katil. Sudah lah Pia. Tidur lagi bagus. Langsir dan lampu tidur ditutup. Mata dipejam serapatnya. Memaksa diri untuk tidur.

Malangnya tetap tidak boleh. Banyak benar perkara yang ada dalam kepalaku saat ini. Harapnya semua akan baik-baik saja.

Baru sahaja ingin menutup kembali mata, kedengaran ketukan pintu beberapa kali. Terus cerah mataku yang sememangnya tiada tanda-tanda mengantuk.

"Pia, meh turun. Pakai tudung juga." Suara lembut mama menyapa halwa telinga. Apa pula kali ini?

"Ya, kejap." Aku berlalu ke bilik air. Tilik wajah sendiri dahulu sebelum memakai tudung sarung. Memang tabiat aku ke jika mahu keluar bilik, harus menilik wajah di cermin?

Entahlah. Aku pun tak tahu. Langkah diatur turun ke ruang tamu. Semakin dekat, semakin jelas kelihatan beberapa susuk tubuh yang agak familiar, tapi bukan keluarga aku.

Mataku dapat menangkap pergerakan seorang lelaki yang menyiku Hariz sebelum memandang aku. Dan mata kami bertembung. Dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

Wajah itu... Senyuman itu...

"Pia, meh duduk. Hariz dah datang ni." Aku mengalihkan pandangan apabila ditegur mama. Aku melabuhkan punggung disebelah mama.

Di atas meja perhiasan di hadapan aku, terdapat banyak dulang-dulang yang terisi pelbagai barangan. Seperti... Hantaran.

Rakan Hariz yang dahulu diberitahu kepadaku nama Qayyum berdehem seketika.

"Assalamualaikum, Uncle Ali, Aunty Syera. Hadirnya saya ke sini hari ini adalah dengan niat ingin meminang anak bongsu uncle dan aunty, Sofea kepada rakan saya, Hariz."

Sopan Qayyum berbicara menyatakan niat mereka datang kemari. Kak Tya turut ada bersama. Khairil pun ada.

"Jadi, sudikah uncle dan aunty menerima pinangan daripada pihak Hariz ini?" sambunganya lagi

Lebar senyuman dibibir mama dan papa. Mereka saling berpandangan sebelum memandang aku.

"Kalau ikutkan kami, memang dah lama setuju. Tapi kena juga tanya empunya badan." Balas mama. Dikerlingnya aku sekilas bersama senyuman yang mekar di bibir.

"Betul tu. Pia, apa jawapan Pia?" Papa memandangn aku.

Alah papa ni. Buat-buat tanya pula.

"Saya terima." Sebaris ayat itu lancar saja keluar daripada bibirku. Dan terus lebar senyuman semua orang.

"Alhamdulillah..." Qayyum menadah tangan mengucapkan syukur.

"Asal kuat sangat bau ni?" Khairil tiba-tiba menayang muka cemberut. Berkerut keningku. Bau apa pula?

Tandas tak cuci ke? Rasanya semalam baru cuci tandas dan seangkatan dengannya.

"Bau apa kau ni?" marah Qayyum.

"Bau nasi minyak. Kuat sangat ni." Khairil masih memegang hidungnya. Pecah tawa semua orang.

"Kau ni kan!" Satu tepukan kuat dilepaskan ke belakang Khairil. Daripada siapa lagi kalau bukan Qayyum.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now