02 | S O F E A J I B R A I L

878 59 1
                                    

'starting with jokes, eventually you're really attractive.'

ᥫ᭡

RANCANGAN untuk mengorat anak teruna di kafe Kak Tya masih berjalan. Walaupun sudah seminggu aku cuba mencari ruang untuk berbual dengan Hariz, namun masih belum membuahkan hasil.

Udara pagi disedut sedalam mungkin. Hari ini, aku mesti berbual dengan Hariz. Mesti!

Mungkin kerana masih beberapa minit bersisa sebelum kafe dibuka, tiada satu pun kelibat anak gadis yang sentiasa cuba untuk mengambil hati Hariz.

Dengan riak selambanya aku menapak masuk ke dalam kafe tersebut lalu melabuhkan punggung di hadapan Hariz yang tekun mengemas meja.

Seperti biasa, dia hanya akan memandang aku sekilas dan menyambung kerjanya. Aku mendengus. Tangan diletakkan ke atas meja yang baru sahaja dilap oleh Hariz.

"Basahlah baju kau nanti."

Terkedu seketika aku dibuatnya. Oh, boleh bercakap rupanya. Ingatkan bisu.

"Cuba kau duduk kejap. Aku ada benda nak cakap dengan kau." Aku menolak kerusi di hadapan aku dengan kaki. Dia hanya memandang kosong kerusi yang sudah di keluarkan dari meja.

"Aku ada banyak kerja." Dia berlalu ke dapur tanpa menghiraukan aku. Pemergian Hariz dipandang tajam. Kenapa susah sangat nak bercakap dengan dia ni? Haih.

Sabar, Pia. Sabar. Step by step. Aku menguntum senyum sebelum bangun dan menuju ke dapur. Walau apapun, aku memang kena berbual dengan dia. At least berkenalan. Yes. Berkenalan.

"Hariz. Sit here. I have something to talk with you." Aku bersuara dengan wajah serius dipasang apabila melihat kelibat Hariz yang melepasi aku.

Dia berhenti dari pergerakannya sebelum tubuh tegap itu berpusing menghadap aku dengan malasnya.

"Aku tak makan gaji buta. Kak Tya tak bayar aku untuk berbual dengan pelanggan." Mendatar saja suaranya. Wajahnya juga tetap dengan riak kosong.

"Aku bukan pelanggan biasa. Aku adik Kak Tya. Kau tak layan aku, aku suruh Kak Tya potong jadi kau." Naik seoktaf suara aku. Biar pun aku main hentam aje fakta aku adik Kak Tya tu.

Geram betul dengan mamat ni. Banyak betul alasannya. Haih.

Dia menjeling aku sekilas sebelum duduk berhadapan dengan aku.

"Nak apa?" Soalnya kasar. Aku tersenyum puas. Kena ugut rupanya...

"Aku nak berkenalan dengan kau." Senyuman manis diukir. Mata juga dikedipkan berkali-kali.

"Aku tak nak."

"Kau kena. Aku berkenalan dengan semua pekerja kat sini. Dan kau, aku masih belum berkenalan lagi." Mata hitamnya direnung. Tipu aje tu. Aku tanya nama aje biasanya. Tak ada nak berkenalan lebih. Haha.

"Kau nak tahu apa? Tak ada apa-apa pun yang menarik pada aku." Tubuh tegapnya disandarkan pada belakang kerusi.

"Nama, umur, asal mana, dah berpunya ke, kerja apa sebelum ni." Aku diam sejenak. Berfikir apa lagi yang harus ditanya.

"Hariz Jibrail, 26, Terengganu, pelajar." Belum sempat aku ingin bertanya lebih, dia terlebih dahulu menjawab. Dua puluh enam, tak lah tua sangat. Bolehlah dengan aku yang 22 tahun ni.

"Orang Terengganu ke? Aku reti kecek bahasa Terengganu ni. Senang dooh." Dengan penuh yakin aku bercakap loghat Terengganu bersama kening yang diangkat.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now