45 | S O F E A J I B R A I L

191 17 0
                                    

'overreacted.'

ᥫ᭡

PERLAHAN-LAHAN aku duduk di sisi kubur yang tertulis nama Hariz Jibrail itu. Batu nisan di bahagian kepala diusap perlahan. Air mata terus mengalir ke pipi. Sumpah, hidup aku terasa sunyi.

Sangat sunyi. Walaupun Kak Sya sentiasa ada bersama aku, walaupun ahli keluargaku yang lain sentiasa bersama aku, namun hidup aku masih sunyi.

"Assalamualaikum, abang." Perlahan sahaja keluar ayat itu daripada mulutku. Segala rasa bercampur-baur dalam diriku saat ini.

Aku tunduk menekur tanah. Air mata mula jatuh ke tanah. Tangisanku mula kedengaran. Terhinjut-hinjut bahuku menahan sebak.

"Pia minta maaf, abang. Pia minta maaf. Anak kita dah tiada. Salah Pia. Salah Pia sebab tak berhati-hati. Pia minta maaf..." Disebabkan tangisan bagaikan mengawal diri, suara luahan aku menjadi semakin kuat.

Tangisan sudah bagaikan kanak-kanak yang tak mendapat aiskrim. Ingin saja aku meraung kuat melepaskan segalanya, namun kerana masih ada beberapa orang yang mungkin turut melawat ahli keluarga mereka yang meninggal, aku pendamkan saja niatku.

"Ta... tapi dah lah abang tak ada dengan Pia. Abang tinggalkan Pia seorang diri. Kubur abang pula Pia aje yang melawat hari-hari. Orang lain tak datang pun. Doktor pula tak reti selamat anak kita. Dunia ni jahat!" Luahku.

Perasaan aku saat ini serba tak kena. Semua aku nak bangkitkan. Semua aku nak salahkan.

"Everything braved after you're not here, abang." Semakin kuat tangisanku. Tak hiraukan sudah pandangan manusia lain yang akan memandang serong terhadap aku kerana membuat bising di tanah perkuburan.

Kubur Hariz dipeluk. Wajahku didekatkan ke arah batu-batu sungai yang berwarna putih di atas kubur itu.

"Pia... Pia nak ikut abang, boleh? Pia nak ikut anak kita. Pia dah tak nak duduk dalam dunia ni. Pia rindu abang sangat." Tersedu-sedan aku berkata.

Walaupun aku tahu jika Hariz masih ada, dia pasti akan menasihati aku panjang lebar. Tapi hakikatnya dia sudah tiada. Selama-lamanya.

"Kau bercakap macam tak ada Tuhan kat atas sana, kan?"

Suara garau itu menyentak aku daripada terus meratapi nasib malangku. Aku angkat wajah. Terus meluas mataku melihat susuk lelaki yang ada di hadapanku saat ini.

"Luth. Macam... macam mana kau..."

Luth sengih lantas bercangkung di hadapan kubur Hariz. Wajahnya tampak sayu. Tangan kirinya naik mengusap batu nisan di bahagian kepala Hariz.

"Assalamualaikum, Jib." Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Selebihnya, air mata sahaja yang mengalir berterusan.

Aku memandang Luth pelik. Sisa air mata disapu kasar. Apa lelaki ni buat kat kubur laki aku? Dia yang bunuh suami aku.

Luth mula mengesat air matanya sebelum ketawa kecil. Matanya memerah memandang ke arah mataku.

"Mesti kau pelik, kan? Macam mana aku boleh keluar." Luth menyatakan fakta yang memang berlegar-legar dalam fikiran aku.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now