25 | S O F E A J I B R A I L

437 34 3
                                    

he loves... or loved her?’

ᥫ᭡

TINGGAL lagi sepuluh minit sebelum jam menginjak ke pukul sebelas malam. Pintu bilik hotel kami dipandang kosong dengan mata yang sudah membengkak.

Sengaja aku balik lambat. Kecewa dengan Hariz. Sudahlah meninggalkan aku di belakang, bila aku hilang pun dia tak cari. Paling-paling pun call saja pun aku tak akan terasa sangat.

Tapi ini, bagaikan lupa diri itu adalah suami orang. Tengan naik mengentuk pintu perlahan. Wajah dibekukan.

Sebaik sahaja pintu dibuka, tersembul lah wajah Hariz yang mulanya kerisauan sebelum bertukar tegang. Merah habis wajah dan telinganya seperti menahan amarah.

"Pia pergi mana lewat macam ini baru reti nak balik?" soalnya dingin.

Aku hanya mengabaikan saja. Tubuh dikecilkan sebaik mungkin supaya tidak melanggar tubuh tegapnya semasa masuk ke dalam bilik ini.

Bam! Kuat kedengaran pintu terkatup seolah-olah ingin menunjukkan tanda yang dia sedang marah. Namun tetap aku abaikan sahaja.

Segala pin dan makeup dibuang dengan wajah yang masih dipasang beku. Tiada tanda-tanda ingin senyum apatah lagi bergurau senda dengan Hariz.

"Pia, abang tanya ni. Pia pergi mana sampai malam buta macam ni baru nak balik? Abang risau tahu tak?"

Kini suaranya lebih kendur dan lembut menyoal. Tapi itu tidak membuatkan hatiku yang panas membara ini bertukar sejuk. Terjungkit hujung bibirku sinis.

"Oh, risau? Baru ingat ada bini ke macam mana?" soalku sinis.

Wajahnya di pantulan cermin ditatap dengan penuh rasa geram. Rasa nak cekik-cekik aje!

"Apa Pia merepek ni?"

Wajahnya jelas bingung.

"Ye lah, tadi kan tengah menyambung cinta lama yang tak kesampaian. Siap nak pasang niat untuk ada bini kedua lagi."

Laju aku mengalihkan mata dari terus memandang pantulan imejnya di cermin apabila terasa cecair jernih mula mengaburi mata.

"Pia... Abang tak..."

"Tak apa, Pia faham aje. Pia kan orang baru, mana boleh kalahkan orang lama. Tapi, Pia peliklah. Mana pergi suami si Julia tu? Kenapa nak menggedik dengan suami orang juga?"

Aku pusing menghadapnya. Muka tenang sahaja ditayang.

"Dia... Tak ada suami." Perlahan sahaja tuturan Hariz.

"Tak ada suami?" Meninggal ke?

"Anak luar nikah ke suami dia dah meninggal?" sambungku lagi.

"Anak luar nikah," ujarnya yang kedengaran amat perit.

"Lepas tu? Apa kena mengena dengan awak? Kenapa awak dengan Julia tu macam rapat semacam. Anak dia pun awak layan macam anak awak sendiri. Ke memang anak dia tu anak awak, Hariz Jibrail?"

Apabila emosi mengawal diri, mula lah pelbagai tanggapan yang negatif mula menjelma di benak fikiran.

"Sofea Adrieana!"

"Atau sebenarnya Julia tu pelacur?" cabarku lagi.

"Cukup, Sofea! Kau kenapa nak tuduh Julia macam tu? Mana pergi otak kau?" Tinggi suaranya menengking aku.

Air mata yang tadinya hanya berada ditubir mata kini deras mengalir ke pipi. Dia... Suami aku, tengking aku hanya kerana seorang wanita yang ada di masa lalunya.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now