23 | S O F E A J I B R A I L

479 34 0
                                    

'honeymoon.'

ᥫ᭡

CAHAYA terang terus menerus mencucuk mata. Berkerut wajahku menahan silau yang kian menekan kelopak mata.

Tergeliat kecil aku setelah mata dapat melihat dunia kembali. Susuk tubuh Hariz yang sudah kacak mengenakan baju t-shirt bersama tangan yang masih menyikat rambutnya menjamah pandangan.

"Pukul berapa?" soalku dengan suara yang aku dapat rasakan sangat garau.

"Sembilan pagi, sayang."

Zup! Bagaikan terhenti jantungku apabila mendengar Hariz memanggilku dengan panggilan sayang itu. Jantung pula makin main peranan dengan berdegup selajunya.

Aku berdehem seketika untuk menghilangkan rasa gugup. Urat-urat yang dirasakan berselerak direnggangkan.

Aku berjalan mendekati Hariz lalu melabuhkan sekilas kucupan di bibirnya. Hanya seketika sebelum aku berlalu mengambil tuala.

"Eee, dinda ni. Dahlah tak mandi lagi. Busuk, main cium orang pula." Rungut Hariz bersama wajah cemberutnya.

"Oh, abang tak sukalah maknanya. Okay, lepas ni dah tak ada morning kiss." Ujarku bersama jelingan maut.

Kalau tak cium karang minta cium, bila cium cakap kita busuk pula. Itu lah manusia. Tak pernah cukup!

Pintu bilik air ditutup kuat tanda protes.

"Dinda..."

Dapat aku dengar suara Hariz meleret memanggil aku. Tapi aku abaikan saja. Biarkan dia! Huh.

"Dinda janganlah macam gini. Takkan pagi-pagi pun dah nak merajuk?"

Makin dekat suara garaunya dengan pintu bilik air ini. Tetap aja aku abaikan. Badan dipusingkan untuk melihat ruangan bilik air ini.

Meluas mataku apabila melihat susunan dan reka bentuk yang terdapat dalam bilik mandi ini. What a luxury bathroom!

Tak mahu makin melalut dengan kecantikan dan kemewahan bilik air ini, aku terus berlalu ke singki dan mula menggosok gigi.

Selesai mandi, perlahan-lahan aku membuka pintu bilik air ini, apabila sudah yakin tidak ada Hariz disitu baru aku menyelinap keluar.

Walk-in-closet dituju. Aku pun tak tahu sejak bila baju-baju aku ada kat sini. Mungkin Hariz yang susun semalam. Maklumlah, lepas sampai aje kami ke kota London ini, aku terus melelapkan diri.

Sedar-sedar aje dah ada atas katil. Mesti penat Hariz mengangkat barang-barang. Tambah pula kena angkat aku. Huh, kesian suami aku.

"Dinda, lama lagi ke pakai baju tu?"

Suara Hariz menyentak lamunanku. Dengan sepantas kilat aku mencapai baju lalu disarungkan ke tubuhku.

"Lamanya pakai baju. Pakai ke jahit baju dalam tu?" soal Hariz sinis.

Aku tidak menghiraukannya. Sejak bila Hariz pandai berkata sinis ni? Siapa ajar?

"Abang, seterika mana? Pia nak iron tudung ni." Soalku.

Puas mencari disegenap ruang, tak jumpa.

Namun Hariz hanya diam sambil matanya melekap ke telefon. Amboi, dia pula nak pulaukan kita. Mana aci macam tu!

"Abang!" seruku sedikit kuat.

Masih dibalas dengan sepi. Fine! Aku terus berlalu ke sofa, lalu dilabuhkan punggung disitu. Novel pula dicapai lalu dibuka.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now