15 | S O F E A J I B R A I L

618 41 2
                                    

‘i'm officially... his.’

ᥫ᭡

ANGIN pagi lembut menampar kulit muka. Pemandangan matahari terbit ditatap tenang. Cantik benar pemandangan sawah padi bersama matahari terbit sebegini.

Sengaja aku pulang ke kampung untuk mencari ketenangan. Memang itu perangai aku, jika ada masalah maka rumah Nek Peah lah yang akan menjadi destinasi.

Mungkin kerana itu juga aku lebih rapat dengan Nek Peah berbanding cucu-cucu lain. Dah kalau hari-hari mengadap muka aku, mana tak jadi cucu kesayangan. Hahaha.

"Jauh termenung, meh masuk makan pagi dulu." Suara atuk mengembalikan aku ke alam realiti.

Dia mendekatiku bersama dulang sarapan pagi. Ada beberapa keping roti yang telah disalut dengan mentega kacang dan segelas air teh o suam.

"Tak adalah, tuk. Tengok pemandangan aje. Cantik." Dalihku.

Tak mahu atuk risau. Dalam hubungan aku dan Hariz, dia lah yang paling teruja. Jika dulunya aku adalah cucu kesayangannya, namun kini tidak lagi.

Sudah bertukar kepada Hariz sudah. Hurm...

"Alam pertunangan, Pia. Memang macam ni. Banyakkan berdoa. Moga Allah bagi petunjuk."

Entah dari mana datangnya Nek Peah menyampuk. Nek Peah melabuh duduk di sebelah kananku. Wajahnya tetap dingin tanpa perasaan.

"Setiap malam tak pernah sekali pun Pia tinggalkan solat istikharah, melainkan tak boleh solat, nek." Senyum pahit.

Jujur aku sayang sangat pada Hariz. Jika memang kami tidak ditakdirkan bersama, memang aku rasa aku meraung.

"Habis itu, kamu lah pula kena berusaha teguhkan hati kamu sendiri. Kalau kali ini tak jadi, memang lepas ini aku tak kan terima mana-mana lelaki beruniform lagi dah sebagai menantu aku."

Dingin nadanya namun membuatkan bibirku automatik menguntum senyum lebar. Tubuh tua Nek Peah terus didakap. Terima kasih, ya Allah!

"Nek Peah dah boleh terima Hariz ke?" Soalku teruja.

Nek Peah masih dengan wajah bekunya.

"Buat masa sekarang, kalau jumpa si Hariz itu belum tentu hati aku akan tetap begini."

"Peah..." laju atuk menegur Nek Peah.

"Saya cuba, bang. Tapi kenalah bagi masa juga." Masih dingin nadanya dan tidak ada tanda-tanda akan menjadi lembut.

Aku dengar atuk mengeluh. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya Nek Peah berusaha. Itu pun sudah mencukupi buat masa ini.



"PIA tak nak balik KL ke? Jumpa Hariz dulu sebelum diijabkabulkan. Lagi seminggu aje dah tinggal ni."

Suara atuk mengalihkan pandanganku dari skrin telefon pintar. Atuk melabuhkan punggung di atas sofa sebelahku.

"Tak nak lah. Pia dah berazam nak jumpa Hariz waktu kami diijabkabulkan aje. Hariz pun dah setuju. Kami sama-sama nak membaiki diri menjadi lebih baik." Kataku tenang.

Memang benar, tiga minggu lepas aku telah menghantar pesanan WhatsApp kepada Hariz dan dia pun faham serta tiada membantah.

"Pergilah jenguk. Kalau dia curang belakang kau. Kau tak tahu. Lepas tu baru nak menyesal." Sinis sekali suara Nek Peah menghentam.

Huh. Dah datang perangainya yang satu itu.

"Peah, awak tak percaya cucu kita ke?"

"Saya bukan tak percayakan cucu kita, saya tak percayakan si Hariz itu." Nek Peah menjeling.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now