09 | S O F E A J I B R A I L

634 49 10
                                    

‘he's own my heart. totally.’

ᥫ᭡

PEMANDANGAN sawah padi yang dihiasi dengan matahari terbit itu dipandang. Terbit keluhan kecil. Aku bersandar pada pokok besar yang berada di sebelah pondok Nek Peah.

Sementara Hariz menjalankan misi, aku ingin mencari kekuatan dan keyakinan untuk memberikan jawapan padanya apabila dia pulang dari berjuang kelak.

Dan kerana itu aku berada di kampung tika ini. Alang-alang itu, boleh cuba untuk mencairkan hati Nek Peah yang masih sedingin kutub utara itu.

Bila difikirkan balik, yang menjadi penyebab kami bertemu sebelum Hariz dipanggil ke pangkalannya adalah kerana aku menginginkan jawapan darinya, tapi mengapa kini aku pula yang harus memberi jawapan?

Mengeluh. Lagi.

“Kalau kau tak nak, tak payah terima. Nanti kau juga yang nangis.” Sinis suara Nek Peah menyindir.

Sejak aku menceritakan tentang Hariz, perangai Nek Peah benar-benar berubah tiga ratus enam puluh darjah! Sinis betul!

“Nek, apa salah Hariz? Dia cuma mempertahankan negara kita. Kalau tak ada dia, pasti negara kita akan dirampas oleh lanun-lanun di luar sana. Plus, pasti musuh-musuh akan semudahnya menjajah negara kita melalui laut.”

Aku masih memujuk. Payah betul nak cairkan hati nenek aku yang sorang ini. Haih. Bahunya dipaut.

“Nek... Hariz tu baik orangnya. Dia tak kan sakitkan Pia.” Kepala dilentokkan ke atas bahunya.

“Iye lah tu. Mana dia sekarang? Ada ke kat samping kau? Tak ada, kan? Belum nikah lagi pun dah tinggalkan kau.” Nek Peah senyum sinis.

Aku mengeluh lagi.

“Dia pergi berjuang, nek. Nak buat macam mana, memang itu kerjanya sebagai pejuang negara.” Jujur, aku sudah pasrah.

Buntu. Bagaimana lagi harus aku yakinkan Nek Peah yang Hariz itu baik. Macam mana nak nikah dengan Hariz kalau Nek Peah pun macam gini.

“Lepas dia balik dari kerja dia, bawa dia jumpa aku dulu.” Dingin suara Nek Peah sebelum kepala aku ditolak lembut lalu dia berlalu masuk ke dalam rumah.

Mekar senyuman di bibirku. Greenlight! Yes!

Pandangan kembali pada sawah padi.

Aku tunggu kau balik, Hariz.

Pulanglah dengan selamat.




SUDAH dua minggu berlalu sejak Hariz pergi berjuang. Katanya, misi kali ini tidak terlalu bahaya, jadi mungkin tidak akan mengambil masa yang lama.

“Bila Pia nak balik KL semula?” Atuk bersuara. Kepala diangkat memandang atuk. Gelas yang berisi air kosong diteguk perlahan.

“Esok lusa kut. Lagipun Kak Sya tak ada orang nak hantar. Sekarang ni pun, papa yang hantarkan. Minggu depan papa dah masuk kerja balik.”

Teringatkan kakakku yang satu itu, rindulah pula. Sudah lama tidak bersua dengannya. Kak Tya pun sama. Macam manalah agaknya rupa Tya's Cafe sekarang, ya?

Acah kau, Pia. Macamlah dah setahun tak jenguk. Hahaha.

“Sya tak ambil lesen memandu ke?” Nek Peah mencelah.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now