05 | S O F E A J I B R A I L

679 52 0
                                    

'and finally, i caught his attention.'

ᥫ᭡

SETELAH kejadian di kafe Kak Tya tempoh hari, sudah hampir tiga bulan aku tidak lagi menjejakkan kaki ke sana.

Mama dan papa juga asyik bertanyakan tentang Hariz. Sibuk sangat nak tahu pasal Hariz. Mereka tak tahu ke Hariz tu hati batu! Entah manusia atau bukan.

"Pia, tolong ambilkan cupcake ni. Aku tak cukup tangan. Letak kat kerusi belakang dalam kereta kau." Nyaring suara Kak Sya memanggilku. Kereta aku lagi jadi mangsa.

"Kau nak buat apa cupcake banyak-banyak ni? Ada pesta muda mudi ke kat U kau?" soalku seraya mengangkat beberapa kotak cupcake yang dibuat Kak Sya semalam.

"Tak adalah, aku nak bawa ke kafe Tya. Dia nak jual. Katanya cupcake aku sedap. Nanti kau tolong aku angkat semua kotak ni masuk dalam kafe tau."

"Tak nak!" Laju aku membantah. Memang tak lah! Aku dah berazam dah. Tak akan jejakkan kaki ke kafe itu lagi melainkan jika Hariz tak ada.

"Asal pula? Dulu bukan kau ke yang suka sangat pergi kafe tu? Aku dengar Tya kata si budak Hariz tu ada aje kat kafe tu. Asal kau tak menggeletis mengorat dia?"

"Past is the past."

Kotak-kotak cupcake tadi kembali diangkut masuk ke dalam kereta. Usai menyusun semua, aku merehatkan diri seketika sementara menunggu Kak Sya bersiap.

Keluhan terbit dibibir. Kenapa lah kena jumpa Hariz lagi? Sakit hati tahu bila teringatkan kata-kata dia. Terasa murah sangat diri ini.

"Jauhnya termenung. Sampai mana dah?" Teguran Kak Sya mengejutkan aku. Dia sudah siap memakai seatbelt. Aku sengih.

"Hampir nak ke Paris, nasib baik kau tegur." Balasku selamba. Kereta diundur keluar dari perkarangan rumah. Kafe Kak Tya yang sudah lama tidak dijejaki menjadi tujuan.

Setelah memastikan kereta diparkir tepat ke dalam kotak parkir kuning, aku turun dan mengangkut sebanyak kotak cupcake yang dapat ditampung tangan.

Pintu lutsinar kafe Kak Tya ditolak dengan belakang badan. Kafe ini masih tidak berubah. Masih ramai pelanggan perempuan yang beratur panjang semata-mata untuk bertemu dengan Hariz.

Aku terus menuju ke dapur. Kotak-kotak cupcake tadi diletakkan ke atas meja. Kaki kembali menuju ke kereta. Mungkin dalam dua tiga kali angkut juga baru habis ni.

"Eh Pia, lama tak nampak. Kenapa dah jarang datang sini?" Satu suara menegurku. Aku berpaling.

Qisya. Pekerja perempuan yang agak rapat dengan aku berbanding pekerja-pekerja lain. Aku menghadiahkan senyuman.

"Qis, biasalah. Aku sibuk sikit sekarang. Ini datang pun hantar cupcake yang Kak Sya buat." Jawabku ramah.

Qisya membuka kotak cupcake tersebut.

"Cantiknya! Mesti rasa pun sedap, kan?" Lebar senyuman di wajahnya. Qisya memang, dia amat menggemari manisan-manisan sebegini.

"Iye lah kut. Dah Kak Tya minta Kak Sya bawakan ke kafe. Sedap lah tu agaknya." Senyuman tidak lekang dari bibir. Terasa janggal juga berbual dengan Qisya.

Mungkin kerana dah lama tidak bersua.

"Aku nak angkut lagi ni, banyak lagi." Pamitku. Qisya senyum dan mengangguk.

Usai mengangkut semua kotak cupcake itu, aku berehat di dapur seketika. Penat weh, angkat kotak-kotak ni. Kak Sya pula lepas aje jumpa Kak Tya tadi, terus hilang entah ke mana.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now