E P I L O G

228 24 8
                                    

'special chapter?'

ᥫ᭡

BERKERUT keningku melihat suasana di sekelilingku. Terdapat bangunan-bangunan lama yang masih megah berdiri. Cantik. Seperti binaan-binaan di negara luar. What a perfect architecture.

Mata ligat memerhati tempat itu. Rasanya aku tak ada datang ke mana-mana tempat seperti ini dalam masa terdekat. Jadi, aku di mana?

Susuk manusia yang lalu lalang di hadapan mata ditatap dengan pelik. Dalam lautan manusia berjalan pelbagai arah, terdapat satu susuk yang amat aku kenali.

Dia berdiri tegak di tengah-tengah lautan manusia dengan mata menatap aku penuh cinta. Penuh rasa.

"Ab... abang." Perlahan aku bergumam. Mata serta-merta berair. Mahu melangkah mendekati, namun kaki bagaikan dipaku.

"Abang..." seruku.

Berharap agar Hariz mendengar dan menyedari kehadiran aku. Wajah Hariz masih tiada riak. Hanya matanya sahaja yang memancarkan sinar cinta dan rindu.

Perlahan-lahan, dia mula mengorak langkah mendekati aku. Tangisanku mula membuak-buak. Rindu. Rindu sangat.

"Abang!" Tubuh tegap Hariz terus dipeluk erat. Wajahku disembamkan ke dadanya. Rindunya, ya Allah!

"Abang pergi mana?" soalku dalam sedu sedan. Langsung tak hiraukan orang awam yang mungkin tengok aku pelik.

Wajah didongak memandang Hariz. Tagih jawapan. Hariz senyum manis memaparkan lesung pipitnya.

"Abang tak pergi mana-mana pun. I always here." Dada di bahagian hatiku ditekap dengan tangan besarnya.

Laju air mataku mengalir. Kepala diangguk berkali-kali. Ya, dia selalu ada di hati aku. Sentiasa. Selamanya.

"Abang tak rindu Pia ke?"

Hariz senyum lagi. Dia tak menjawab, malah dikucup keningku lembut. Pinggangku juga dirangkul erat.

"Always, sayang. Abang sentiasa rindu dinda abang ni. I miss you soooooo much." Tubuhkuu terasa dipeluk semakin erat.

Ubun-ubunku juga dikucup lama.

Sinaran cahaya menusuk tajam ke dalam mataku memaksa aku membuka kelopak mata perlahan-lahan. Tangan automatik naik menutup mata. Silau.

"Bangun, Pia. Solat subuh," suara Kak Sya menyapa gegendang telinga.

Dengar aje suara Kak Sya, kening aku berkerut. Perlahan-lahan mata dibuka. Apabila pandangan sudah jelas, aku pandang sekeliling.

Aku masih berada di dalam bilik sewa di London. Ya, sekarang aku ada di London. Ikut Kak Sya kaji budaya di negara barat sini. Katanya nak suruh pelajar dia buat kerja kursus.

Aku pun tak tahu apa yang dia ajar.

"Kita pergi mana semalam, kak?" soalku pantas.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now