42 | S O F E A J I B R A I L

209 19 0
                                    

‘good news?’

ᥫ᭡

PERLAHAN-LAHAN aku cuba buka kelopak mata yang kian rasa mencucuk. Dapat aku rasakan kening aku berkerut hebat. Badan aku terasa lenguh secara keseluruhan.

Pandangan yang mulanya kabur-kabur mula bertukar jelas. Lambat-lambat tangan kananku naik menggosok mata. Apabila pandangan sepenuhnya jelas, dapat aku lihat keadaan sekeliling.

Hospital. Aku pandangan tanganku yang bersambung dengan wayar. Bajuku pula sudah bertukar kepada baju hospital. Otak aku mula memproses.

Adakah... segalanya mimpi? Hariz tak meninggal pun sebenarnya? Laju pemikiran itu masuk ke dalam benak fikiran aku. Dengan rasa badan yang lenguh, aku cuba untuk turun katil.

Tolong. Tolong katakan segalanya mimpi. Bila aku keluar dari hospital kelak, Hariz ada di rumah bersama senyuman manis berserta lesung pipitnya.

Belum sempat aku jejakkan kaki ke lantai hospital, satu suara lembut menyapa telinga aku sekali gus menghentikan perbuatanku.

"Pia, alhamdulillah. Eh, jangan bergerak banyak sangat, Pia tu mengandung." Ujar mama penuh kegusaran.

Aku kaku. Pandangan lurus ke arah mama. Apa yang mama katakan tadi? Aku tak salah dengar, kan?

"Pia... mengandung?" soalku kembali.

Mama diam seketika sebelum senyum lebar dan mengangguk perlahan. Dapat aku lihat matanya berair.

"Tahniah, sayang. Malaikat kecil ni dah empat minggu tumpang rahim Pia. Allah ambil Hariz daripada kita semua, tapi Allah hadiahkan malaikat kecil ni." Perut kempis aku diusap lembut oleh mama.

Tubir mataku mula panas. Kaku. Aku... mengandung? Aku benar-benar mengandung? Tanpa dipinta, air mata terus mengalir laju. Entah apa yang aku harus rasakan. Bahagia? Sedih? Teruja?

"Kenapa... bila Hariz dah tak ada?" Tenggelam timbul suara aku dalam tangisan. Ya, kenapa aku harus mengandung di saat Hariz sudah tiada?

Padahal jika dia tahu berita ini, dia akan menjadi lelaki paling bahagia dalam dunia. Namun kini... aku akan menjadi ibu tunggal.

"Apa Pia cakap macam tu? Tak baik lah. Rezeki Allah, jangan kita persoalkan." Marah mama.

Aku kemam bibir lantas menunduk. Perut kempisku dipandang tak percaya. Tak pernah aku fikirkan akan ada malaikat kecil yang menumpang rahim aku.

Hariz's junior.

Mata dipejam. Air mata terus mengalir. Bercampur aduk air mata bahagia dan sedih. Aku bahagia mengetahui berita ini, namun aku sedih kerana kematian Hariz bukan lah mimpi melainkan kenyataan yang menampar aku hebat.




SUDAH seminggu aku ditahan di hospital kerana badan terlalu lemah, alhamdulillah hari ini aku diizinkan keluar dari penjara tak diiktiraf ini.

Kaki perlahan-lahan diayun mendekati pusara Hariz yang sudah seminggu aku tak datang jenguk. Hanya aku seorang diri. Mama, papa, Kak Sya dan yang lain sudah berada di rumah.

Kata mereka, sebelum mengambil aku di hospital, mereka telah melawat Hariz. Aku hanya angguk. Lagipun, siapa aje yang suka datang kubur banyak kali?

Ya, aku pun sama. Tapi setelah Hariz dijemput Ilahi, kubur kini bagaikan rumah keduaku. Pelbagai cerita aku luah bagaikan Hariz dapat mendengar setiap ceritaku.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now