39 | S O F E A J I B R A I L

227 21 5
                                    

‘he's... dead.’

ᥫ᭡

"MUSTAHIL. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil. Mustahil." Aku ulang ayat yang sama.

Mata sembab, hidung merah dan suara serak. Sudah tiga hari berlalu semenjak berita 'kematian' Hariz tempoh hari. Dan hingga saat ini, aku tak percaya akan semua itu.

Mustahil. Mungkin kebetulan sahaja segalanya. Boleh jadi komander itu bukan Hariz. Yang penting, aku percaya Hariz masih hidup. Dia akan kembali pada aku.

Jam dikerling. Sudah pukul 4.30 petang. Aku langsung tak buat apa-apa melainkan menangis. Aku rasa mama dan papa serta ahli keluarga aku dah tahu kerana dia orang semua pernah datang.

Tapi kerana aku terlalu ikutkan hati, aku menangis sekuat mungkin sehingga tak dengar kehadiran dia orang. Macam mana aku tahu pun, Kak Sya yang menghantar mesej kepada aku.

Namun tetap aku biarkan sepi. Emosi aku sangat tak stabil saat ini. Segalanya hancur. Tanggapan aku... ternyata benar? Laju aku geleng. Tak! Tak! Semuanya tak betul.

Ting tong!

Bunyi loceng menghentikan bunyi bising dalam fikiran aku. Laju aku bangun dan berlari mendekati pintu utama. Harapan aku, apabila aku buka pintu, susuk Hariz yang akan menyapa pandangan.

Dan membenarkan fikiran aku bahawa suami aku masih bernyawa.

Senyuman aku pudar. Bukan susuk Hariz yang ada, namun hanya ada susuk Qayyum dan Khairil. Aku menjenguk ke belakang mereka.

"Mana Hariz?" tanyaku penuh berharap.

Namun mimik muka Qayyum dan Khairil yang jelas tak bermaya serta bengkak itu membuatkan hati aku berdegup kencang.

Tambah pula ada pakaian askar dan rantai besi yang pernah Hariz tunjukkan pada aku tempoh hari di tangan Qayyum. Jangan kata...

"Hariz mana, Qayyum? Khairil? Suami aku mana?" Suara aku mula bergetar. Wajah kedua-dua lelaki itu dipandang bersilih ganti bersama air mata yang mula bertakung di tubir mata.

"Aku tanya ni! Jawab lah! Suami aku mana?!" Tengking aku kuat. Air mata terus mengalir.

Qayyum dan Khairil juga dapat aku lihat mata berair. Semakin berdebar dada aku melihat itu.

"Hariz... terkorban." Lemah suara Qayyum.

Seketika, dunia aku bagaikan terhenti. Tutut terus ditarik graviti bumi. Aku jatuh. Air mata kian mengalir.

"Ka... Kau... tipu. Tipu! Mana suami aku!!!" Semakin kuat aku menjerit. Qayyum turut berlutut di hadapan aku.

Pakaian dan rantai nama Hariz dihulurkan kepada aku. Sempat aku lihat dia sapu air matanya sebelum kembali menatap aku.

"Hariz... Jasad Hariz masih dalam siasatan. Hanya ini yang ada di tempat kejadian. Aku... Aku minta maaf sebab tak jaga suami kau, Pia." Qayyum ketap bibir.

Mungkin tak mahu air matanya mengalir.

Semakin sakit terasa hati aku. Bagaikan ada sebuah batu sebesar planet Musytari menghempap dada. Segala tanggapan aku adalah benar.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now