10 | S O F E A J I B R A I L

627 47 4
                                    

‘finally, we shared the same feeling.’

ᥫ᭡


HAMPIR setiap hari aku menjenguk pantai ini. Namun masih tiada tanda-tanda bot yang dinaiki Hariz akan kembali ke situ.

Keluhan terbit di hujung bibir. Bila agaknya kes Hariz akan selesai. Kata musuh kali ini tidak terlalu berbahaya, tapi tetap juga lama dia bertugas.

"Balik lah, Hariz. Aku dah ada jawapan yang kau minta." Kataku perlahan.

Lautan biru itu dipandang penuh berharap. Tapi hampa, tetap kosong yang menjamah pandangan. Untuk ke sekian kalinya, aku pulang tanpa Hariz.

Sudah lah, Sofea! Jalani hidup kau macam biasa. Kalau dia balik, kau akan jumpa dia. Ayat memujuk diri sendiri.

Kereta Myvi ungu gelapku dipandu pulang ke rumah. Baik aku baca novel atau tidur. At least boleh hilangkan stres.

Sampai ke rumah, aku terus menapak ke bilik dan merebahkan diri ke atas katil. Mata kian memberat dan aku terus terlelap.

Alang-alang tak boleh solat ni, boleh lah tidur sepuasnya. Entah baru berapa saat mata terkatup, bunyi deringan telefon mengejutkan aku.

Aku mendengus kasar lantas mencapai telefon bimbit yang berada di sebelahku. Tanpa melihat nombor pemanggil, aku terus gesel butang hijau yang ada pada skrin telefon.

Tak payah tengok, sama ada Kak Sya, tak pun Kak Tya. Mereka aje yang suka kacau masa-masa rehat aku.

"Helo, kak. Nak apa?" Soalku dalam mamai. Si pemanggil diam.

Berkerut keningku. Ini Kak Tya ke Kak Sya? Kenapa diam? Biasanya mereka yang akan menerjahku.

Telefon bimbit yang dilekapkan ke telinga di bawa ke hadapan, ingin melihat nama si pemanggil.

Unknown.

Berkerut keningku. Siapa pula? Otak mulai memproses, aku ada beli apa-apa barang ke sebelum ini? Takkan abang j&t kut! Dah lah aku panggil kak tadi.

"Err... Abang j&t ke?" Soalku lagi. Lebih berhati-hati.

Mahunya abang j&t ini baran, arwah lah segala barang yang aku order itu di balingnya akibat tidak beradap. Tapi yang aku dengar hanya ketawa macho seorang lelaki.

Abang j&t tu gelakkan aku ke? Apa yang lawak? Atau sebab suara garau yang baru bangun tidur ini?

"Haah, saya nak hantar barang Cik Sofea Adrieana. Cik boleh turun? Kalau cik tak turun dalam masa lima minit, saya pasti cik akan menyesal."

Amboi, sempat diugutnya aku. Apa dia ingat aku takut ke? Kalau aku tak turun, dia nak buat apa? Campak barang aku? Mahu hilang kerja dia nanti.

"Ya, kejap. Nanti saya turun." Jawabku sopan. Tapi, suaranya seperti pernahku dengar. Macam suara... Hariz. Haish, kau ni Sofea, makin teruk!

Aku terus menamatkan panggilan lantas muka dibasuh sedikit bagi menghilangkan kesan wajah baru bangun tidur. Tudung bawal yang tersarung agak comot di kepala dibuang.

Ditukar dengan tudung sarung berwarna hitam. Nak jumpa abang j&t aje. Barai sudah lah. Lain lah kalau nak jumpa Hariz. Hehe. Gatalnya kau, Sofea! Sejak bila entah jadi macam ini.

Pintu utama dituju. Keluar aje dari pintu rumah, kelihatan sebuah ranger yang gah terparkir di hadapan pagar.

J&t jenis apa hantar barang guna ranger? Hebat betul.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now