34 | S O F E A J I B R A I L

224 21 0
                                    

‘surprise.’

ᥫ᭡

BERKERUT hebat keningku melihat lampu yang masih cerah di dalam kafe Kak Tya. Jam di tangan dikerling. Sudah menginjak 11.59 malam. Tak kan lah Kak Tya masih buka kafe? Mustahil.

"Dinda?"

Aku terus menoleh. Hariz menghulurkan tangannya bersama senyuman yang jelas memaparkan lesung pipitnya. Cantik betul lesung pipt. Kalau aku ada anak nanti, memang aku nak akan aku ada lesung pipit dia.

"Kenapa kafe Kak Tya masih cerah?" tanyaku.

Hariz tak menjawab, sebaliknya dia hanya senyum misteri. Tanganku digapai masuk ke dalam genggaman besarnya sebelum langkah dibuka menuju ke kafe Kak Tya. Aku turut membuka langkah.

Karang kalau tak ikut, mahu ada muka cantik aku ni terseret dengan jalan tar. Tak pasal-pasal bertukar jadi bidadari dari neraka, bukan bidadari dari syurga dah.

Tolak aje pintu kafe itu, terasa sejuk aircond menyapa kulit tubuh. Kemudian pandangan aku disajikan dengan sebuah meja bulat yang berada di tengah-tengah ruangan.

Di bahagian dinding pula dihiasi dengan langsir-langsir berwarna merah jambu. Turut ada perhiasan seperti belon dan beberapa hurut yang digantung membentuk perkataan 'Happy 1st Anniversary'.

Kebanyakan perhiasan adalah berwarna merah jambu dan putih. Boleh tahan sama dengan kejutan yang Hariz buat untuk mendapat maafku tempoh hari.

Kemudian, mataku melihat pula televisyen yang dari tadi mengalunkan sebuah lagu yang menambahkan lagi nilai keromantikkan yang terdapat di dalam kafe ini.

Lagu yang berjudul Satu Shaf di Belakangku oleh Arvian Dwi diputarkan bersama video yang memaparkan gambar kami berdua. Lama aku tenung video itu, banyak rupanya gambar kami berdua.

Bahkan gambar-gambar yang aku tak pernah tahu kewujudannya pun ada. Dari mana lah suami aku ambil.

"Happy annivesary, sayang. I love you yesterday, today, tomorrow and forever. You're the best thing I've ever had in my life, dinda. I love you. I know I've been telling this for many times, but I can't help to let you know how much I love you. How lucky I am to be yours. I love you, Sofea Adrieana. Forever."

Hariz muncul bersama sejambak bunga mawar berwarna merah jambu. Aku tersenyum. Perlahan-lahan mutiara jernih yang sudah lama bertakung di tubir mata mengalir mambasahi pipi.

Hulurannya disambut, lantas tubuh tegap Hariz dipeluk erat. Hariz turut membalas pelukan aku.

"Thank you, abang. I love you too. Thank you for everything. Pia harap jodoh kita berkekalan hingga ke syurga Allah dan kisah cinta kita akan dipuja oleh anak-anak dan keturunan kita. I want they know, how sweet their father was and how happy I am to be their father's wife. Thank you so much."

Balasku dengan suara yang terasa bergetar. Air mata pula bagai tiada tanda-tanda untuk berhenti mengalir. Aku terharu.

Pelukan dileraikan. Aku dongak memandang Hariz yang seperti sudah lama menanti untuk menyambut pandangan aku. Dia tersenyum lebar bersama tubir mata yang memerah.

"I have another surprise for you." Bisiknya perlahan. Belum sempat aku buka mulut, Hariz terlebih dahulu menarik tangan aku ke arah meja bulat yang ada.

Hiasan di meja itu juga sama. Warna merah jambu. Lilin berbentuk angsa berwarna merah jambu, beberapa kuntum bunga Mawar dan alas meja berwarna merah jambu dan putih.

"Take your seat, dinda."

Aku senyum sebelum melabuhkan punggung ke kerusi. Di hadapan aku kini tiada sebarang makanan melainkan hiasan dan dua gelas jus strawberi.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now