44 | S O F E A J I B R A I L

168 17 0
                                    

'sad... news?'

ᥫ᭡

AKU tersenyum melihat imej sendiri bersama perut yang masih kempis. Perlahan-lahan tangan naik mengusap perut sendiri. Akhirnya, aku masih diberikan rasa ingin tersenyum.

"Duduk elok-elok kat dalam sana, tau?" ujarku perlahan. Pandangan kembali dihalakan ke arah cermin.

Lama aku merenung wajah sendiri bersama fikiran yang berkecamuk. Jika anak ini lahir, bermakna dia lahir sebagai anak yatim. Tiada kasih sayang ayah. Kalau aku nak bagi dia kasih sayang ayah juga, aku kena kahwin lain.

Tapi aku nak setia dengan Hariz. Aku nak jadi ketua bidadari dia di syurga nanti. Laju aku geleng. Kahwin dengan lelaki lain tiada dalam kamus hidup aku! Habisnya, nafas dihela.

Tak apa lah. Aku boleh jaga anak aku seorang diri. Lagi pula, mama, papa, Kak Sya, Kak Tya, Nek Peah dan atuk ada. Mereka boleh bantu aku. Apa susah.

Air paip diambil lantas dibasuh seluruh wajahku. Niat asal masuk ke bilik mandi adalah untuk mengambil wudhuk. Aku terjaga dalam pukul 3.15 tadi. Apa salahnya solat tahajud.

Kemudian aku berlalu ke pili air. Wudhuk diambil dengan berhati-hati. Usai mengambil wudhuk, doa setelah wudhuk dibaca. Kaki mula mengorak langkah untuk keluar.

Terlalu gaduh ingin keluar sehingga tak perasan akan cecair sabun yang ada di hadapan pintu bilik mandi itu.

Bush!

"Aakh! Aww..." Aku terduduk. Hentakan kuat itu buatkan perutku terasa sakit yang teramat. Mulut terbuka luas mengeluarkan rasa sakit.

Air mata mula bertakung. Perut di bahagian rahimku terasa sangat sakit. Usahkan untuk bangun, bergerak saja sudah merasakan sakit yang mencucuk.

"Allah..." mata dipejam erat bersama air mata. Sakit. Sakit yang teramat.

Tangan kananku mula memegang perut. Mata pula dialihkan ke arah perut. Alangkah terkejutnya aku melihat darah yang mula keluar dari kain yang aku pakai.

Semakin banyak dan membuak. Semakin laju juga mengalir air mataku. Tangan cuba meraba sesuatu untuk digunakan di saat-saat begini. Namun hampa kerana segalanya jauh daripada jangkauan aku.

Melihat darah yang semakin membuak, buatkan aku rasa berpinar. Perut kian mencucuk sakitnya. Pandangan mulai samar-samar. Kepala pula rasa berdenyut-denyut hebat.

"Ab... bang..."

Dunia aku gelap. Kepala juga terasa sakit dek hentakan jatuh ke belakang.




SAKIT di kepala mulai menyerang. Mata pula terasa dicucuk-cucuk dengan cahaya terang. Keningku berkerut. Jari-jemari digerakkan sedikit.

Perlahan-lahan aku buka kelopak mata. Pedih. Lama-kelamaan pandangan aku mula jelas. Aku... berada di hospital. Kepala mula memutarkan pita memori.

Apabila sudah mengingati semuanya, aku tunduk memandang perut. Kempis. Perlahan aku usap. Entah mengapa hatiku mengatakan masih ada malaikat kecil yang menumpang rahim aku.

Mustahil malaikat kecil itu hilang. Allah telah menarik suami aku, tapi Allah menghadiahkan malaikat kecil di dalam rahim aku. Aku senyum nipis.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now