17 | S O F E A J I B R A I L

565 39 3
                                    

‘Starting our marriage life.’

ᥫ᭡

SETELAH berkenalan dengan rakan-rakan Hariz serta makan malam, kini Hariz hanya memandu rangernya tanpa tujuan yang jelas.

Katanya dia hanya ingin meluangkan masa denganku, tak kira di mana pun. Kerana dia takut jikalau dia dipanggil untuk bertugas.

Tiba-tiba aku terfikir, jika dia komander, dia kena berjuang juga ke? Bukankah hanya memberi arahan?

“Hariz, kau kan...” belum sempat aku ingin bertanya, Hariz menjeling.

Baru aku sedar panggilan aku terhadapnya. Bibir mengukir sengihan bersalah. Aduh, encik suami ni, tersasul sikit aje.

“Abang... Haa, abang.” Masih menayang barisan gigi padanya.

“Apa dia?” nada Hariz kedengaran lembut menyoal.

“Abang kan komander, pangkat komander bukan kena beri arahan aje ke?”

Nope, itu tugas kapten. Abang komander aje. Komander biasanya akan jadi ketua pada kumpulan yang dihantar untuk berperang itu.” Lembut suaranya menjawab.

Aku angguk berkali-kali tanda faham.

Ranger Hariz berhenti di pinggir jalan. Aku terus memandang ke luar, ingin mengetahui di mana kami berada.

Kami kini berada di pinggir pantai yang hanya diterangi oleh cahaya bulan dan lampu-lampu jalan.

“Abang ada hadiah untuk Pia.” Hariz senyum seraya tangannya meraba-raba poket seluarnya.

Dapat aku lihat dia mengeluarkan seutas rantai besi daripada poketnya.

“Nah,” rantai besi tadi dihulurkan padaku.

Berkerut dahiku menerimanya. Untuk apa? Tak, bukan. Ini apa? Rantai apa besi macam gini? Ada nilai ke?

“Kenapa abang bagi Pia rantai besi ini? Kalau emas tak apa juga.” Cebikku.

“Itu military tag.”

“Apa tag? Untuk apa abang bagi Pia benda ni?”

“Mu ni dok wak research ke pasal askor? Napok pade nok nikoh nge askor, supe wak research banyok doh. Tapi ni, military tag pun dok tahu mende.” Dia menggeleng.

Nadanya tidak kedengaran marah, hanya pasrah.

“Abang jangan lah cakap loghat Terengganu. Pia tak faham.” Sekali lagi aku mencebik. Macam mana aku tahu itu loghat Terengganu?

Sebab loghat Terengganu aje yang kasar macam itu dalam Malaysia ini. Tambah pula, laki aku tu asal Terengganu, tak kan lah dia nak cakap Perak pula.

“Ini nama dia military tag. Military tag ini penting untuk abang bila abang berperang nanti. Cuba Pia tengok tulisan dekat situ.”

Hariz membuka lampu untuk memberi cahaya supaya aku dapat melihat tulisan di besi tersebut.

Nama: Hariz Jibrail
No. tentera: 060425
Birth: 15-04-1997
Blood type: A

“Jenis darah abang sama dengan Pia lah!” Punyalah banyak tulisan di situ, jenis darah juga yang menarik perhatianku.

Kemudian mataku beralih pada tarikh lahirnya. 15 April. Kiranya hari lahirnya telah lepas. Kena tunggu tahun depan punya pula lah untuk meraikan.

Seterusnya mataku pergi ke nombor tentera yang ada di besi itu. Nombor tentera?

“Nombor tentera ni untuk apa?” tanyaku ingin tahu.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now