26 | S O F E A J I B R A I L

284 27 0
                                    

'who's luth?'

ᥫ᭡

SAWAH PADI yang terbentang luas di hadapan mata dinikmati. Suasana kampung di pagi hari amat menyenangkan.

Bertemankan matahari yang baru sahaja ingin menonjolkan diri, udara yang segar dan suasana yang dingin. Sungguh mendamaikan.

"Macam jodoh pula, berjumpa lagi kita."

Teguran itu mengalihkan tumpuanku dari sawah padi ke arah si pemilik suara tersebut.

Serta merta aku memasang wajah jengkel. Siapa lagi kalau bukan Luth. Beban betul.

"Nak apa?" Soalku dengan nada yang jelas menyebalkan.

"Garang kau sekarang, tapi tak apa. Aku suka." Dia melabuhkan punggung di sebelahku.

Laju aku mengesot menjauhinya.

"Mesti kau balik sini sebab nak tenangkan fikiran. Biasanya memang itu lah niat kau kalau balik sini. Maklumlah, suami dah jumpa dengan kekasih lama."

Penuh sinis nada suaranya kedengaran. Panas pula rasa ni. Karang ada yang aku sepak masuk dalam lopak air depan ni.

"Haih, kesian kau. Kalau dulu masa kita berjumpa, kau tak catch feeling dengan Hariz tu, mesti sekarang kita dah bahagia."

Makin banyak petah bicara yang keluar dari mulutnya, makin panas terasa telinga ni. Berdesing dah.

"No, thanks. Aku dah bahagia dengan suami aku. Please, move on. Aku tak akan suka kau balik, Luth." Nada suara cuba dikawal sebaik mungkin.

"Tapi aku tak nampak macam kau bahagia pun. Mesti si komander kau tu dah banyak buat masalah, kan? Hariz... Hariz... Dari dulu tak berubah."

Luth menggeleng kecil bersama tawa yang jelas menjengkelkan. Besar kecil besar kecil aje aku tengok mamat ni.

"Aku. Bahagia. Dengan. Suami. Aku. Kau faham tak?" Semakin meninggi noktah suaraku.

"Tak! Sebab kau seharusnya dengan aku! Bukan dengan si anjing jalanan tu! Dia tak ada apa-apa. Apa yang kau pandang dekat dia? Dia tak ada mak bapak, apatah lagi keluarga."

"Harta? Jelas-jelas aku lagi banyak harta daripada dia. Rupa? Semestinya aku akan menang. Apa lagi? Apa lagi yang ada pada dia tapi tak ada pada aku, Sofea?"

Timbul segala urat-urat lehernya saat berbicara. Dia marah. Tapi... Ada aku kesah?

"Kau bukan dia. Itu yang tak ada pada kau. Kau bukan Hariz Jibrail." Dengan berani aku menentang matanya.

Aku mahu buktikan kata-kata aku.

"Kau ni kan..."

Tangannya naik ingin memukul aku. Merah wajahnya. Secara automarik mataku terpejam. Bersedia menerima tamparannya.

Dua saat... Tiga saat... Masih tidak terasa tangan kasar Luth melekap di pipiku. Sehinggalah telinga menangkap suara garau yang amat aku kenali.

"Dare to touch my wife, means you're ready to meet the angel of death."

Mataku terus dibuka. Hariz. Merah wajahnya merenung Luth sambil tangannya menghalang tangan Luth daripada menyentuhku.

ISTERI SEORANG TENTERAWhere stories live. Discover now