SINOPSIS
Ini adalah kisah cinta yang terluka dan diuji, tetapi kemudian diberi peluang kedua. Ketika cinta Nasywa bermula untuk mekar, ia menjadi mangsa pengkhianatan oleh lelaki yang menjadi pujaan hatinya, Ahnaf Syaqil.
"Kau tu dah ditipu! Kau tak sedar ke? Bertanya untuk apa?" Ya, cintanya dikhianati melalui pengkhianatan. Ahnaf Syaqil memberikan cinta palsu semata-mata untuk pertaruhannya dengan rakan-rakannya.
Nasywa membuat keputusan untuk meninggalkan Ahnaf Syaqil dengan hati yang terluka. Dengan sedikit kekuatan yang ada padanya, dia berharap dapat memaafkan dan melupakan Ahnaf Syaqil.
Tujuh tahun kemudian, Ahnaf Syaqil yang lebih matang dan lebih bertanggungjawab kembali dengan niat untuk memperbaiki kesilapannya dahulu dan meminta Nasywa untuk menjadi isterinya. Walaupun dengan desakan, lamaran itu ditolak dengan tegas oleh Nasywa, dan perkahwinan mereka berlangsung hanya kerana Ahnaf Syaqil berjanji untuk membantu Nasywa menuntut bela atas kematian ayahnya.
Sepanjang perkahwinan mereka berlangsung, Nasywa menemui banyak perubahan dalam Ahnaf yang sekarang. Ahnaf yang sekarang sangat berbeza dengan Ahnaf yang dulu. Perubahan ini begitu ketara sehingga membuatkan Nasywa bertanya-tanya.
Hari demi hari, kebenaran mula terbongkar mengenai Ahnaf yang sebenar dan punca kematian ayah Nasywa, sehingga membuatkan Nasywa terkesan. Bagaimana Nasywa akan menerima segala yang terjadi dalam hidupnya?
Ahnaf juga mula menyedari bahawa segala keburukan yang menimpa dirinya dan Nasywa berasal dari dirinya sendiri. Bagaimana dia akan menerima hakikat ini dengan hati terbuka? Bagaimana Ahnaf akan membawa kebahagiaan ke dalam cinta mereka?
*****
Bahagiakah Cinta cerita yang klise. Siapa yang tak tahan dengan sikap lelaki yang over dan memaksa, keluar awal-awal. It's okay, tak payah baca.
Cerita ini mengandungi banyak kata-kata kesat. Siapa yang tak boleh hadap tu, keluar awal-awal. It's okay, tak payah baca.
Dilarang meletak apa-apa ekspektasi yang boleh membuatkan anda kecewa.
Cerita ini slow update jadi jangan push saya untuk update cepat cepat ya. Nanti saya naik hangin.
Cerita ini kemungkinan jalan ceritanya pendek saja. Setiap bab pun mungkin saya boleh tulis sebanyak 1k hingga 2k words sahaja.
Cerita ini seratus peratus idea datang dari saya. Jangan plagiat nanti saya beritahu Allah. Allah marah. Mana yang nampak macam tersama tu, kebetulan.
Jangan terlampau komen dengan kata-kata kesat sampai beri kesan pada saya. Saya seorang yg sensitif. Cepat koyak. Nak marah boleh. Tapi jangan over. Kita jaga percakapan kita sama sama okey?
Abaikan segala typo yang tidak disengajakan. Saya dah recheck banyak kali jadi otak saya dah tepu. Kalau ada typo tu, maafkan jelah.
Akhir sekali, selamat membaca.
Bahagiakah Cinta membuka tirai....
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."