2012
"Rania, nanti tolong saya decorate meja untuk customer ni. Ada lima orang nak datang kejap lagi. Mereka customer tetap dekat sini. Memandangkan awak pekerja baru dekat sini, saya nak awak belajar uruskan reserved table untuk customer kita," arah Puan Dahlia, majikan Rania di Restauran Douglas. Restoran yang terbesar dan boleh dikatakan mewah juga.
Rania mengangguk sebagai tanda patuh pada arahan majikannya. Sekali dah dapat kerja, dia akan melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Lagipun, bukan senang nak dapat kerja di kawasan sini, lagi-lagi kebanyakkan premis tak mahu menerima remaja berumur 17 tahun sepertinya untuk bekerja.
Kerja di sini pun, dia dapat selepas dipecat dari tempat kerja lama. Puncanya, dia selalu ponteng kerja demi membawa ibu yang sejak kebelakangan ini semakin bertambah sakit, sejak bertahun-tahun dulu. Kira nasib dia baik bila diterima bekerja di sini.
Kalau dia tak bekerja, nak harapkan siapa untuk sara dia dan ibu? Nak minta tolong jiran? Sampai bila nak harapkan bantuan orang lain, biarpun orang sudi untuk menolong?
Nak harap bantuan dari kerajaan? Macam-macam bantuan dia mohon, tapi satu pun tak ada hasil.
Dunia ni memang kejam!
Rania mendengar dan melihat dengan teliti setiap arahan yang ditunjukkan oleh majikannya. Puan Dahlia tak perlu ajar banyak pada Rania sebab anak itu sangat cepat belajar. Baru dua minggu kerja di sini, tapi banyak pelanggan dia gemar dengan masakan yang lazat dan cara kerja Rania yang cekap.
Yang paling Puan Dahlia kagum, Rania sangat pandai masak. Mula-mula, dia memang tak percaya Rania yang baru berusia 17 tahun tu pandai masak. Tapi bila dia cuba sendiri lauk yang Rania masak, dia sendiri makan bertambah-tambah.
"Okay, Rania. Nanti, lauk yang dah siap masak tu, Daniel akan hidangkan. Awak boleh balik awal hari ni. Saya tengok, awak dah buat banyak kerja hari ni. Selalunya, kalau ada staf yang kita arahkan untuk siapkan reserved table, kita benarkan balik awal. 6.30 petang nanti, awak boleh balik," kata Puan Dahlia.
"Terima kasih, puan," balas Rania. Riak muka kosong saja. Sedangkan hatinya, dah berbunga-bunga sebab dapat jumpa ibu lebih awal. Dia berjalan ke bilik persalinan staf. Baju kerja ditukar kepada t-shirt biasa. Usai mengemas barang, Rania keluar dari bilik itu.
Baru sahaja dia mahu melangkah ke ruangan makan besar di restauran itu, dia disajikan dengan satu pemandangan yang dia tak sangka-sangka. Sebuah keluarga bahagia yang baru saja datang sedang mengambil tempat duduk masing-masing di meja yang baru dia siapkan bersama Puan Dahlia tadi.
Rania menyorok sedikit badannya dia tepi dinding agar tak terlihat seperti dia sedang mengintai orang. Matanya masih merenung wajah-wajah itu tadi. Ada tiga wajah yang dia kenal, malah tersemat kemas dalam ingatannya.
Ayah, Zafran dan Sofia. Ayah dan Zafran yang telah pergi dari hidup dia dan ibu selama 13 tahun. Lagi dua orang, dia tak kenal. Ada seorang perempuan dan seorang lelaki. Rania dapat mendengar dengan jelas apa yang keluarga itu bualkan.
Persoalannya, apa hubungan ayah dan Zafran, bersama Sofia?
"Sofia, tak takut ke makan seafood? Nanti alergi, marah orang lain pula," Sofia itu menjeling manja lelaki yang menegurnya itu.
"Nanti mata merah macam ikan baru tahu," Rania mendengar Zafran pula yang mengusik Sofia.
"Mama, ayah, tengok abang Saif dengan abang Zaf ni! Sofia nak makan sikit je. Sofia dah bawa ubat ni!" dia mengeluarkan sekeping papan ubat lalu ditunjukkan pada mama dan ayahnya. Sofia yang berwajah manis itu tersengih menampakkan barisan gigi putih tersusun kemas.
Mama? Ayah? Jadi, Sofia anak kepada ayahnya? Adik Zafran? Dan mungkin juga, kakak dia?
"Anak ayah ni, macam-macam perangai dia. Manja betul sayang ayah ni. Sofia boleh makan, tapi jangan banyak sangat ya, sayang," Malik merangkul bahu Sofia agar perempuan itu rapat kepadanya lalu dicium pipi kanan Sofia berkali-kali.
"Jangan manjakan sangat budak ni, Malik," tegur seorang wanita yang nampak seperti seusia dengan ibunya.
"Inilah satu-satunya anak perempuan yang saya sayang sangat. Mestilah kena manjakan. Betul tak, sayang ayah?" soal Malik lalu memandang wajah Sofia. Pipi mulus anaknya dicubit perlahan.
Rania mengetap bibirnya kuat. Jadi, siapa dia pada ayah sebenarnya? Dia bukan anak ayah? Ayah amnesia ke sampai lupa kewujudan dia?
"Betul!" balas Sofia dengan ceria.
"Budak manja! Menyampah abang Zaf tengok!" Zafran menyampuk. Tangannya menuangkan makanan ke pinggan adiknya itu. Dia sayang pada Sofia kerana Sofia satu-satunya anak perempuan dalam rumah mereka. Pasti manja dilebihkan.
"Alah, biarlah! Dekat kolej, adik bukannya dapat makan macam ni tau!" bibirnya dicebik.
Rania memerhatikan 'drama keluarga bahagia' yang sedang ditayangkan secara langsung dihadapan matanya. Tubir mata terasa hangat melihat kebahagiaan keluarga itu. Ayah, abang Zaf...Rupanya, dia ada abang dan kakak. Ada ibu tiri juga.
Sedangkan dia dan ibu, hidup menderita bertahun-tahun. Menantikan ayah dan abangnya pulang semula kepada keluarga mereka. Malah, kehidupan remaja sepertinya juga tidak berjalan dengan sempurna gara-gara Sofia. Mujur Sofia sudah meninggalkan sekolah untuk melanjutkan pelajaran di universiti.
Dia dan ibu hidup susah. Dia perlu mengikat perut, makan sekali sehari demi menyimpan duit untuk menampung kos rawatan dan keperluan ibu. Tapi keluarga itu, boleh makan dia restauran mewah dan bergelak tawa seakan-akan tiada apa yang terjadi.
Rania mengepal buku lima menahan marah dan sedih. Dia menyungging senyum pahit di bibir.
'Tak apa, Rania. Hari ni akan jadi hari mereka. Semuanya tak akan bertahan lama,' Rania memujuk hatinya. Hatinya semakin terbakar.
'Aku tak akan lepaskan sesiapa pun satu hari nanti. Kau semua akan hancur, macam mana hancurnya hati aku dan ibu!'
Dia tekad, orang-orang itu akan menanggung sakit yang dia dan ibu rasa nanti. Hidup ibarat roda. Hari ini kita di atas, esok mungkin kita di bawah.
Dan sejak dari hari itu, Rania fikir yang dia akan memutarkan roda itu. Untung masib dan bahagia keluarga itu akan berada di tangannya suatu hari nanti.
YOU ARE READING
RANIA(OG)
RomanceDia punya satu dendam. Segala kudrat diusahakan demi dendam yang semakin hari semakin membara. Kalaulah dia tak pernah lahir dalam keluarga itu, mungkin dia seorang perempuan yang baik. Jahat? Dia tak nafikan. Memang betul. Mampukah kasih sayang me...