2

90 1 0
                                    

1990

Peluh yang menitik dari rambut ke dahi diseka laju. Malik mengibas bajunya yang sudah lencun dibasahi peluh. Seharian dia berjalan ke tapak pembinaan yang perlukan pemantauan berkala.

Nak harapkan Ismail, abangnya itu sedang berada di hospital menemani kakak iparnya yang baru bersalin. Anak sulung mereka. Kerana itulah, dia berada di sini. Menggantikan Ismail untuk sementara.

Keluarga dia punga syarikat pembinaan yang terulung di Malaysia. Ayah yang merupakan satu-satunya pewaris atuk, berusaha sehabis baik untuk menambah kemajuan syarikat ini. Sekarang, dia dan Ismail pula yang menyambung legasi keluarga sebagai jurutera.

Sedang Malik menyemak dokumen-dokumen yang berada di tangan, setitis hujan turun mengena pada helaian kertas. Malik mengangkat wajah. Hari hujan rintik-rintik. Dia terus berlari ke kereta.

Kereta dipandu laju memandangkan sesiapa pun tak patut berada di kawasan ini sewaktu hujan. Bahaya. Hujan yang semakin lebat membataskan penglihatan Malik.

Bum!

Malik tergamam. Keretanya sudah berhenti mengejut di atas jalan raya. Dia langgar apa tadi..? Lelaki itu laju keluar dari kereta melihat 'objek' yang baru dilanggarnya tadi.

"Cik...?" sapa Malik. Dia baru saja melanggar seorang wanita. Wanita itu terduduk dan sedang memegang kaki yang dilumuri darah. Wanita itu memandang Malik dengan mata yang berpinar-pinar.

"To-tolong..saya...,"

"Cik!" Malik menyambut tubuh itu yang sudah layu. Wanita itu pengsan! Ya Tuhan, janganlah perempuan ini cedera teruk.

Tanpa melengahkan masa, Malik mencempung tubuh kecil wanita tadi dan dibawa masuk ke dalam kereta. Dia terus memandu ke hospital.

"Encik jangan risau, Cik Fatimah cedera di kaki sahaja. Kami dah jahit luka tadi. Nanti saya akan bagi ubat tahan sakit. Cik Fatimah boleh balik terus," kata doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan.

Malik menghela nafas lega. Mujur tak jadi perkara lain. Dia masuk ke bilik rawatan yang menempatkan Fatimah. Fatimah kelihatan sedang cuba untuk berdiri. Sesekali, wanita itu mengerutkan dahi kerana kaki yang sakit.

"Cik Fatimah? Saya Malik. Saya yang terlanggar cik tadi. Saya hantar cik balik, ya?" Malik cuba berlembut dengan wanita itu. Melihatkan raut wajah Fatimah, orang boleh kata Fatimah sombong. Cantik, tapi muka garang.

"Tak perlu. Saya balik sendiri," jawab Fatimah. Malik menggeleng.

"Tolong, cik. Saya hantarkan. Jangan buat saya serba salah. Dah la saya langgar cik tadi. Tolong ya, cik," rayu Malik. Serba salah kalau dia biarkan wanita itu balik sendiri. Wanita itu kelihatan goyah bila melangkah.

Fatimah buntu. Mahu terima atau tidak bantuan lelaki itu. Dia tak biasa dengan lelaki. Tapi kalau nak balik sendiri, dia dah habis duit nak bayar tambang teksi. Nak jalan kaki...dengan kaki yang serupa tempang sebelah ni?

"Jom, Cik Fatimah," tegur Malik sekali. Bila Fatimah mengikut, dia lega.

"Berhentikan saya dekat sini aje, encik. Tak perlu hantar sampai ke rumah. Kotor tayar kereta encik kena lumpur depan rumah saya," kata Fatimah. Memang jalan sekitar rumah dia berlumpur. Rumah kampung, tambah lagi dengan hari hujan lebat begini.

"Tak apa, Fatimah. Saya boleh hantarkan. Nanti saya cuci kereta saya. Fatimah tunjuk aje jalan ke rumah," balas Malik.

"Tak payah, encik. Jangan susah-susah. Saya boleh jalan sendiri. Tak jauh lagi," kata Fatimah lagi. Tapi Malik tidak patuh. Dia masuk ke dalam kawasan kampung. Macam mana nak berjalan sendiri dengan kaki berjahit sebelah?

Fatimah di sebelah hanya mendiamkan diri. Lelaki ini serba salah sangat agaknya sampai tak benarkan dia balik sendiri. Dia tak salahkan lelaki itu sebab terlanggar dia. Memang biasa terjadi kemalangan di jalan tadi setiap kali hujan. Kawasan sini memang hujan lebat sangat setiap kali hujan. Jadi, dia tak salahkan lelaki bernama Malik itu.

"Rumah saya yang hujung tu," ujar Fatimah. Malik mengangguk lalu memberhentikan kereta tepat di hadapan rumah kayu kecil itu. Ada seorang wanita tua sedang menganyam tikar dihadapan rumah.

"Terima kasih sebab dah bayarkan ubat saya dan hantar saya ke rumah, encik. Saya...tak tahu macam mana nak balas jasa encik," kata Fatimah. Nak bayar semula, dah tentu dia tiada duit. Gajinya belum dibayar lagi. Nak-nak pula, Malik membawa dia ke klinik swasta. Kereta yang digunakan lelaki ini juga bukan kereta murah.

"Eh, tak perlu bayar Fatimah. Saya ikhlas. Lagipun, saya yang salah sebab langgar Fatimah. Saya minta maaf," Malik menyerahkan bungkusan ubat kepada Fatimah.

"Saya keluar dulu. Terima kasih sekali lagi," Fatimah melangkah keluar dari kereta. Sampai sahaja di hadapan ibunya, dia mencapai tangan wanita tua itu lalu dicium.

Malik tergamam melihat situasi itu. Dia dah lama tak salam tangan mak dan abah dia. Rasanya waktu kecil dulu, ada juga dia salam. Sekarang dah besar, kalau keluar atau balik rumah memang terus menapak ke bilik.

Bila masa mak dan abah ada di rumah pun, dia tak tahu.

Malik tersenyum lebar. Haruman Fatimah tertinggal dalam kereta dia!

RANIA(OG)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang