8

67 2 0
                                    

"Abang, tolong jangan tinggalkan Fatimah dengan anak-anak kita. Fatimah merayu, abang. Abang tak cintakan Fatimah lagi ke?" rayu Fatimah. Dia melutut di hadapan Malik.

"Aku bukan tak cintakan kau lagi. Tapi, aku tak sanggup nak hidup susah dengan kau! Selama ni, kita hidup senang sebab aku dah kembali pada mak dan abah aku. Mereka nak aku kahwin dengan Maria dan ceraikan kau bila-bila aku nak. Bila aku nak ceraikan kau, kau boleh mengandungkan budak ni pula!" Malik menolak tubuh kecil Rania yang berpaut pada kakinya dari tadi.

"Ab..abang.. dah lama kahwin dengan Maria?" soal Fatimah separuh tergamam.

"Ya! Aku dah kahwin dengan dia sebelum Rania ni lahir lagi. Sekarang ni, hidup aku dah cukup dengan Maria, Zafran, Saif dan Sofia. Aku tak perlukan kau dan Rania lagi!"

"Fatimah sanggup bermadu, abang! Fatimah tak kisah kalau abang nak lebihkan masa dengan Maria. Fatimah sanggup. Abang jangan ceraikan Fatimah. Fatimah cintakan abang sangat-sangat!" rayu Fatimah lagi.

Tergamak Malik duakan dia. Tapi, dia cintakan Malik. Dia sanggup bermadu kalau itu yang buatkan Malik bahagia.

"Kau cintakan aku atau duit aku? Maklumlah, aku dah banyak bagi duit pada kau!"

"Fatimah betul-betul ikhlas cintakan abang. Demi Allah, abang! Fatimah tak pernah sekali pun merungut masa kita hidup susah dulu. Fatimah tak pernah minta duit abang sekali pun melainkan abang yang bagi...,"

"Malik, sampai hati kau buat anak mak macam ni. Hina sangat ke kami pada mata kau, Malik? Mak tak pernah paksa kau tinggal dengan kami. Tapi kau yang pilih jalan ni, Malik. Mak tak kisah kalau kau tak mahu hidup susah dengan mak. Kau bawalah Fatimah dengan kau. Mak redha. Jangan kecewakan satu-satunya anak mak. Kecewa dia, kecewa lagi mak, Malik," rayu Normah. Tak sanggup dia melihat Fatimah yang menangis.

Anaknya begitu terluka kerana seorang lelaki yang dipanggil suami. Bertahun-tahun dia melihat Fatimah setia pada Malik, dari hidup susah sehinggalah senang sekarang. Tapi, Malik sanggup meninggalkan anaknya kerana jurang hidup mereka.

"Argh, sudahlah! Anak dengan mak, semua sama je! Memanglah mak suruh saya bawa dia, sebab dia boleh bagi duit dekat mak senyap-senyap kan? Saya tak percaya lagi orang macam mak dan Fatimah ni. Patutlah hidup miskin, tak maju-maju sebab harapkan orang lain suap semua benda! Fatimah, kau tak nak aku ceraikan kau kan? Boleh. Aku tak akan ceraikan kau. Aku akan gantung kau tak bertali. Tapi, aku akan bawa Zafran dengan aku. Aku perlukan pewaris aku," kata Malik lalu terus masuk ke dalam kereta. Zafran yang sedang tidur di tempat duduk belakang dia pandang.

Walaupun separuh hati melarang dia buat begini, tapi separuh hati lagi sudah nekad. Dia ada Maria yang menunggu dia.

"Ayah, ayah nak pergi mana? Jangan tinggalkan adik...ibu menangis ni, ayah," raung Rania yang melihat ayahnya pergi meninggalkan dia, ibu dan neneknya usai ketiga-tiganya bertengkar tadi.

Kenapa ayah tinggalkan dia? Kenapa ayah bawa abang Zaf sahaja?

Ayah baru saja menolak dia tadi. Selama ini, ayah tak pernah dekat dengan dia. Dia sayangkan ayah. Dia mahu jadi seperti rakan-rakan seusianya yang dimanjakan ayah mereka.

Tapi sekarang, ayah dah pergi. Dia tiada ayah lagi. Ayah tak mahukan dia.

"Ayah...adik sayangkan ayah...,"



"Fatimah minta maaf, mak. Kalaulah Fatimah sedar diri dari dulu, mungkin kita tak akan hidup macam ni, mak," kata Fatimah sambil mengelap tubuh ibunya yang terlantar.

Sejak kejadian Malik benar-benar nekad meninggalkan dia, Rania dan mak, mak jatuh sakit. Mak sudah tidak mampu duduk pun.

Fatimah pula, setiap hari bertemankan air mata. Dia menangisi nasib diri yang kecewa kerana seorang suami dan ibu yang sakit. Pasti ibu kecewa dengan dia.

"Tolong sihat semula, mak. Mak dan Rania saja kekuatan Fatimah. Fatimah tak kuat kalau mak macam ni," rayu Fatimah. Dia menekup wajahnya pada kekura tangan mak yang sudah berkedut kulitnya.

"Bukan salah kau, Fatimah. Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan. Mak restu kau dan Malik berkahwin sebab mak tahu kau cintakan dia. Mak minta maaf kalau mak dah susahkan kau, Fatimah," ucap ibunya bersusah payah. Nafasnya semakin mengah.

Dada yang berombak laju mencemaskan Fatimah. Janganlah...

"Mak, mak jangan macam ni mak!"

"Asy...hadu..allaa..ilaa..haillallah...,"

"Mak!"

RANIA(OG)Where stories live. Discover now