16

92 2 0
                                    

"Rania minta maaf dengan apa yang jadi hari ni, uncle. Rania harap, uncle bersabar. Rania tahu apa perasaannya kalau orang yang kita sayang, akhirnya mati tinggalkan kita," ujar Rania pada Malik. Malik tergamam mendengar ayat Rania.

"Meninggal, Rania. Bukan mati!" jerkah Malik tak lama selepas itu. Terhinjut bahu Rania gara-gara terkejut dijerkah begitu.

"Ayah! Ayah ni kenapa, jerkah Rania pula? Nasib baik tak ada tetamu dah, " ujar Saif.

"Uncle nak kamu balik, Rania! Jangan jejakkan kaki ke sini lagi! Uncle juga tak nak kamu ada hubungan dengan Saif lagi!" tegas Malik. Rania memandang Malik dengan wajah tergamamnya.

"Uncle, Rania tak sangka semuanya akan jadi macam ni. Rania tak sangka yang aunty akan tinggalkan kita. Tapi, aunty memang sakit kan? Siapa kita untuk menidakkan takdir..," wajah kusut Malik ditatap dengan tatapan sayu, sedangkan tatapannya itu terselit seribu satu tawa sinis melihatkan kehilangan Malik.

"Saya akan buat laporan polis ke atas Sofia, uncle. Hidup saya musnah disebabkan perbuatan dia. Setiap kemusnahan, ada bayarannya...," tegas Rania.

Setiap kemusnahan, ada bayarannya.

"Rania, I hantar you balik okay?" pujuk Saif. Sudahlah mama pergi meninggalkan dia, Rania pun mahu berbuat yang sama?

"Tak perlu, Saif. You uruskan hal keluarga you. Antara kita, dah tak ada apa-apa lagi," ujar Rania. Jubah hitam yang dipakainya diangkat sedikit kerana terlalu labuh. Terus langkah di bawa ke kereta.

"Hahahahahaha!" ketawanya terhambur kuat.

"Ini baru permulaan, ayah! Eh, silap! Malik! Bukan aku punca bini kau mati! Dia memang sakit! Perampas macam dia, tak payah hidup lama pun tak apa!" ujar Rania sendiri.

Biarpun sudah terlambat untuk dia bawa ibu kembali bersatu dengan ayahnya, dia tak kisah. Yang penting, satu persatu dalam kalangan Malik perlu bayar atas setiap kesakitan yang dia dan ibu tanggung.




"Malik, tadi tu-"

"Ya, bang. Itu Rania, bekas tunang Saif. Abang terkejut tengok muka dia kan?" soal Malik pada Ismail. Ismail hadir ke rumahnya untuk majlis tahlil arwah Maria.

"Iya, abang ingatkan dia.. Fatimah? Atau itu sebenarnya anak kau?" soal Ismail lagi.

"Bukan, bang. Anak saya ada tahi lalat tepi mata. Rania yang abang tengok tadi, tak ada tahi lalat pun, " balas Malik.

"Abang hampir ingat tu anak kau tadi, Malik. Baru aje nak bagi tangan suruh salam. Tak apalah, abang nak balik dah ni. Nanti kalau ada apa-apa, bagitau abang ya?" Malik mengangguk.

Ismail dan keluarganya dihantar sehingga ke luar rumah. Dalam rumahnya, tinggal dia, anak-anaknya dan ibu bapanya.

Kejadian hari ini sangat menganggu fikiran Malik. Satu saja yang dia terfikir, bagaimana Rania boleh terkejut saat melihat Sofia ada dirumah ini, sedangkan pada hari Sofia kemalangan, Saif merayu-rayu pada Rania agar menyelamatkan anak perempuannya itu? Bukankah itu bermakna Rania sudah mengenali Sofia sejak anaknya itu kemalangan?

Malah, Rania juga membuka cerita tentang perbuatan terkutuk Sofia yang tak pernah dia sangkakan.

Sakit hati? Ya, sangat-sangat. Apa yang kurangnya layanan dia pada Sofia sehingga anak itu sanggup menganiayai orang lain? Apa sahaja yang Sofia mahukan, dari murah hinggalah mahal, semua Malik tunaikan. Ilmu agama juga dia terapkan. Apa lagi yang tak cukup sampaikan Sofia punya hati yang keji begitu?

Zafran sudah dia minta untuk menyiasat hal ini. Jujurnya, dia tak mahu ada hutang apa-apa pada orang lain, semata-mata demi menyelamatkan Sofia. Tapi, sanggupkah dia melihat Sofia dimasukkan ke penjara?





"Memang betul ayah. Apa yang Rania cerita tentang kes buli kelmarin, semuanya betul. Kawan rapat Sofia tak mahu buka mulut tentang hal ni masa tepat kejadian tu terjadi sebab Sofia anak orang kaya. Apa yang mereka nak, Sofia boleh tunaikan. Tapi, sejak berita yang sebaliknya tersebar, semua pulaukan Sofia. Kes rogol tu... Zaf tak dapat apa-apa berita," terang Zafran.

"Astaghfirullah! Sofia, Sofia. Apa yang Sofia dah buat ni?!" bentak Malik biarpun Sofia tiada di situ. Nafas berat dihela. Apa nak jadilah?

"Zaf dapat apa-apa khabar tentang police report dari Rania? Ayah risau kalau dia betul-betul nak hantar Sofia dalam penjara. Allah!" wajahnya diraup kasar.

Sungguh, dia tak sampai hati dan berbelah bahagi sebenarnya. Perbuatan Sofia memang tak boleh dimaafkan, tapi Sofia juga anak dia. Mana mungkin seorang ayah sanggup biarkan anak dia hidup susah?

"Ayah, abang! Polis datang...Sofia..." ucap Saif separuh mengah. Laju dia berlari mendapatkan Malik dan Zafran. Walaupun dah terlambat.



"Ayah! Tolong Sofia ayah! Sofia tak nak masuk penjara! Ayah akan tolong Sofia, kan? " soal Sofia dengan tangisannya mendayu-dayu. Gari ditangan cuba dilepaskan, namun tak berjaya.

"Ayah! Ayah dengar tak ni?!" bentak Sofia. Malik yang termenung membuatkan dia marah. Takkan ayah nak biar aje dia macam ni?

"Sofia, Sofia pergi ya? Nanti ayah datang..." pujuk Malik akhirnya. Pipi Sofia diusap.

"Ayah... ayah akan datang kan? Ayah kena selamatkan Sofia...Jangan biarkan Rania tu hidup bahagia, ayah! "

Malik hanya menghantar pemergian Sofia dengan pandangan sayu. Dia sudah berbuat keputusan. Biarlah Sofia menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Rania juga layak menerima keadilan.

RANIA(OG)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang