Baru saja dia keluar dari bilik rawatan dia, dia ternampak Malik sedang duduk bersama Maria. Rania segera melangkah masuk ke dalam biliknya.
Nafasnya laju. Dia tak pernah lagi bersua dengan Malik sejak kejadian di restauran dulu.
"Kenapa dia ada dekat sini?" marah Rania lalu menumbuk kuat meja kerjanya. Sakit di tangan tak dihiraukan. Sakit di hati dia lagi kuat melihatkan wajah Malik yang gembira di samping Maria.
Sekeping pelitup muka dicapai lalu disarung ke wajah. Malik tak boleh tahu siapa dia lagi. Tak boleh
Rania kembali keluar dari bilik kerjanya. Dia perlu berkunjung ke bilik radioterapi untuk memastikan semua keperluan Maria untuk rawatan sebentar lagi mencukupi. Baru saja dia mahu melangkah, dia di sapa seorang lelaki.
"Eh, Rania? Tak sangka jumpa awak dekat sini," sapa Saif mesra. Rania mengeluh. Ini lagi satu bala.
"Yes," jawab Rania ringkas.
"Eh, Doktor Rania. Bila masa pakai face mask? Bukan ke tadi , doktor ada dekat ruang menunggu? Ke doktor ni...vampire cantik?" Maya datang menegur dia lalu mahu bergurau. Semua di sini menggelarkan Rania sebagai vampire cantik.
Wanita itu sangat cantik. Kalau senyum, gigi taring terserlah dulu. Tapi, susah nak tengok Rania senyum. Wanita itu sentiasa dengan wajah dinginnya.
"Ini hospital, Maya. Saya tak boleh bergerak ke tempat kerja saya ke?" soal Rania. Lagi dia nak pergi, lagi ada yang menghalang.
"Okay-okay, doktor. Janganlah marah," pujuk Maya lalu berlalu meninggalkan Rania bersama Saif.
"Saya datang dengan mama dan ayah saya hari ni. Nanti, bolehlah awak jumpa ayah saya," kata Saif. Rania tidak mengendahkan lelaki itu dan terus masuk ke dalam bilik radioterapi.
Saif
-Can I call you? Saya ada perkara nak bagitahu.Rania hanya membaca kiriman mesej di Whatsapp yang dihantar Saif. Apa lagi lelaki ni nak?
Rania
-Apa awak nak Saif? Mesej je. Saya akan reply.Saif
-Saya sukakan awak, Rania. Saya dah jatuh cinta pada awak. I can't hold my feelings anymore. Kalau boleh, saya nak kenalkan awak dengan family saya as soon as possible.Rania ketawa saat membaca ayat-ayat dari Saif tadi. Sejarah bakal berulang ke? Meninggalkan dan ditinggalkan.
Setahun yang lalu, dia berjumpa dengan Saif di sebuah ekspo pertanian. Dia hadir ke situ untuk mengkaji tumbuhan yang boleh merawat kanser. Saif pula hadir ke eskpo itu untuk membeli tanaman yang sukar untuk ditemui dalam Malaysia.
Dari situ dia berkenalan. Dia tak sangka, dunia ini terlalu kecil sampaikan dia boleh terjumpa Saif di tempat kerja. Sejak dari itu, Saif sentiasa mengekor dia.
Rania
-Bawa saya jumpa ibu bapa awak. I don't like to waste my time.Saif
-Okay! Thank you, darl.Dia ada rancangan baharu. Alang-alang dah sampai ke tahap ini, dia patut buat lebih, kan?
"Mama, mama ingatkan Doktor Rania yang rawat mama tu?" soal Saif sewaktu mereka berada di meja makan. Semua senyap sewaktu mendengar nama Rania.
"Who is Rania, Saif?" soal Malik.
"Doktor Rania tu yang rawat mama. Saif ingat nak kenalkan dia dekat family kita. Mama dan ayah setuju ke?" terang Saif.
"Okay. Bila nak bawa dia tu?" soal Maria. Anak teruna dia ni mesti dah bersedia untuk jadi suami orang. Sebab tu boleh sebut nama Rania di meja makan.
"This weekend," jawab Saif.

ANDA SEDANG MEMBACA
RANIA(OG)
DragosteDia punya satu dendam. Segala kudrat diusahakan demi dendam yang semakin hari semakin membara. Kalaulah dia tak pernah lahir dalam keluarga itu, mungkin dia seorang perempuan yang baik. Jahat? Dia tak nafikan. Memang betul. Mampukah kasih sayang me...