10

82 1 0
                                    

"Fatimah, mana awak pergi? Saya minta maaf, Fatimah. Saya tak sepatutnya musnahkan rumah tangga awak dan Malik dulu. Nak ke awak maafkan saya?" soal Maria sendiri. Dia menyesal. Betul-betul menyesal kerana kekhilafan diri sendiri.

Biarpun dia bahagia dengan Malik, tapi hidup dia tak tenang. Seperti ada sesuatu yang sentiasa mengganggu dia. Dia tahu itu semua dosa dia pada Fatimah dan Rania.

Dia sudah meminta ampun pada Malik dan Zafran. Dalam diam, dia juga menyuruh penyiasat yang handal untuk menjejak keberadaan Fatimah dan Rania. Namun, mereka tetap menemui jalan buntu.

Kalaulah dia pergi menghadap Tuhan tanpa sempat dia beroleh kemaafan dari Fatimah dan Rania, dia tahu macam mana nasib dia di sana nanti. Dosa yang dia lakukan bukannya kecil.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama Malik, dia jadi tamak. Dia mahukan Malik menjadi miliknya seorang. Lama dia menunggu Malik agar menceraikan Fatimah, tapi Malik tak buat-buat juga.

Disebabkan itu, dia memfitnah Fatimah pada Malik dengan mengatakan bahawa Fatimah sudah tidur dengan lelaki lain.

Malik percaya dengan apa yang dia katakan. Bila Malik tidak menceraikan Fatimah dan hanya menggantung wanita itu tidak bertali, dia lega. Lebih-lebih lagi apabila Malik tak pernah sekali pun keluar mencari Fatimah kembali.

Namun, rahsianya tak mampu bertahan lama. Diagnosis doktor yang mengesahkan dia menghidapi kamser membuatkan dia jatuh terduduk lantas mengingatkan dia pada kifaran.

Dia telah jujur pada Malik. Malik memarahi dia kerana penipuan dia. Sejak dari itu, semua di rumah ini berusaha mencari Fatimah dan Rania.

Maria tidak cemburu. Dia akur dan redha. Itulah yang sepatutnya yang dilakukan selama ini. Belas Malik padanya sehingga ke hari ini sudah cukup. Dia tahu, Malik masih cintakan Fatimah sehingga ke hari ini. Dia memang cinta pertama Malik, tapi dia masih lagi yang kedua di hati Malik pada saat ini.

Dia berharap agar mereka dipertemukan semula dengan Fatimah dan Rania. Sebelum dia memejamkan mata.

Kanser yang dia hidapi sudah semakin merebak. Pembedahan sudah dibuat, tapi dia masih tidak sembuh. Doktor juga tidak mampu berbuat apa-apa.

"Mama, are you okay?" tegur Saif yang baru pulang dari kerja. Di belakangnya ada Sofia yang turut baru pulang dari kerja. Mereka semua bekerja di syarikat ayah.

"I'm okay. Don't worry about me," balas Maria lalu menyungging senyum di bibir. Dia tertawa saat Sofia memeluk dia dari belakang.

"Kenapa ni Sofi?" soal Maria lembut.

"Sofi tahu mama fikirkan apa. Mama jangan risau, kita semua akan cari ibu dan adik sampai jumpa. Mama jangan sedih ya?" pujuk Sofia.

"Ya, sayang. Ni, Sofia. Mama nak pesan sikit ni. Jangan selalu keluar malam. Tak elok. Sofi tu perempuan. Kalau susah sangat, ajak Rizdwan kahwin. Tak payah jumpa malam-malam," pesan Maria dengan tegas.

"Mama, mama tahu kan yang ada perempuan cuba caras Ridzwan dari Sofi? Sofi sayang sangat dengan Ridzwan, mama. Sofi tak sanggup hilang dia. That's why Sofi ikut Ridzwan setiap malam, nak tahu dia kekuar dengan siapa," luah Sofia.

"Sudahlah tu, Sofi. Kalau tak ada jodoh, nak buat macam mana. Terima je la," balas Saif. Menyampah dengan Sofia yang terlampau gilakan Ridzwan. Macamlah tak ada lelaki lain dekat dunia ni!

'Eleh, cakap orang, kau pun sama je!' desis Saif.

Doktor Rania tu bukan main tolak dia, dia pun tetap terhegeh-hegeh nakkan Doktor Rania.

Tapi tak apa, lepas ni dia akan jumpa Rania selalu. Rania akan jadi doktor yang bertugas untuk merawat ibu dia. Kelulusan dan kebolehan Rania diperakui banyak merawat pesakit kanser sehingga pulih sepenuhnya. Selebihnya, bergantung kepada Allah SWT.



"Doktor, nak saya panggilkan patient seterusnya?" soal Maya, jururawat yang bekerja di bawah kumpulan Rania.

"Yes, please," Rania memakai face mask. Disebabkan patient yang bakal masuk ni merupakan pesakit kanser, jadi dia perlu lebih berhati-hati.

"Assalamualaikum, Doktor Rania," sapa Saif. Dia memimpin tangan Maria lalu didudukkan ke kerusi. Rania memandangnya dengan riak pelik. Kenapa lelaki itu ada di sini?

"Walaikumussalam...,"

"Doktor , this is my mom. Tak sangka doktor akan rawat my mom," ujar Saif. Rania memandang wajah ibu Saif.

Ini...Maria? Maria, kan?

Dia yakin, ini Maria. Dia simpan gambar Maria dan Malik. Jadi, Maria adalah ibu kepada Saif? Saif, abang tiri dia?

Wow, menarik! Permainan mereka akan jadi sangat menyeronokkan. Bulatan mereka tidak besar pun untuk berlari jauh. Semuanya satu keluarga! Memang senanglah kerja dia.

"Saif dah kenal dengan Doktor Rania ni?" soal Maria. Saif hanya mengangguk.

"Kita start rawatan," tegas Rania. Dia tidak mahu melengahkan masa. Elok dua beranak tu balik cepat. Dia jijik tengok mereka. Sebelum dia mengamuk dan rahsia dia pecah, baik dia siapkan semuanya lebih awal.



Wajah yang sudah bersih dari sebarang alat solek diserikan dengan pelembap wajah. Dalam meratakan krim di muka, Rania terlihat tahi lalat yang elok terletak di tepi mata kirinya.

Dia benci melihat sesuatu yang ada pada Malik, ada juga pada dia. Kalau boleh, nak aje dia cungkil tahi lalat ini dengan pisau. Dia nak musnahkan semua yang milik Malik dengan cara paling kejam.

"Tak apa, aku akan tutup tahi lalat ni biar tak ada sesiapa nampak," kata Rania sendiri di hadapan cermin. Selama ini, tahi lalat ini tertutup dengan rambutnya yang panjang dan lurus. Dia tak pernah terfikir untuk buat apa-apa pada tahi lalat itu.

Mungkin kerana pertemuan dia dan Maria pagi tadi, benar-benar memberi kesan pada dia. Dia kemudiannya mencapai telefonnya. Satu nombor dihubungi.



'TUAN MALIK, CEO SYARIKAT KEJURUTERAAN TERKENAL ADA ISTERI LAIN SELAIN MARIA?'

'MARIA ISTERI KEDUA TUAN MALIK?'

'MANA ISTERI PERTAMA TUAN MALIK SEKARANG?'

"Zaf, kamu dah call wartawan untuk hentikan semua berita-berita tu?" soal Malik pada Zafran.

"Dah, ayah. Banyak yang dah mula padam postage artikel di Google. Zaf akan pantau sepenuhnya," balas Zafran.

Pagi ini, mereka dikejutkan dengan berita melibatkan aib keluarga mereka yang tersebar hangat. Ayah menerima banyak panggilan dari media yang ingin menemu bual.

"Zaf ada suspek sesiapa yang jadi dalang hal ni?" soal Malik lagi. Dia keliru. Rahsia ini dia simpan lama dari sesiapa pun sejak bertahun-tahun dulu. Yang tahu apa yang terjadi antara dia dan Fatimah cuma mak, abah, Ismail dan dan isterinya, Maria dan anak-anak mereka.

Jadi, macam mana rahsia ni boleh tersebar?

"Zaf sendiri tak tahu, ayah. Zaf tak rasa orang rapat antara kita yang sebarkan," ujar Zafran. Dia betul-betul tak tahu siapa yang sebarkan hal ni.

"Tak apalah kalau macam tu,"

Malik teringatkan sebaris nama. Dia
juga mencari pemilik nama itu. Tapi, anak itu masih kecil dan tak mengerti apa-apa saat semuanya berlaku.

Tapi, tak mustahil kan? Ingatan anak kecil lebih kuat dari orang dewasa. Entahlah, dia sendiri tak pasti.



Rania tersenyum sinis saat membaca artikel-artikel di media sosial. Dia suruh seorang saja yang petik hal ini, tapi banyak wartawan lain yang turut serta.

Yalah, berita ini boleh dikatakan hangat. Saban tahun dia ikut perkembangan 'keluarga bahagia' itu. Imej yang mereka paparkan menunjukkan yang mereka  sangat bahagia anak-beranak.

Sudah tentu orang ramai akan kecam tindakan Malik yang tinggalkan isteri pertama untuk bersama isteri kedua? Malik terkenal dengan syarikat pembinaan yang termasyhur di Malaysia.

Figura Malik dijadikan contoh pada orang ramai untuk memajukan perniagaan.

"Mali, Malik...ops! Ayah! Semua ni baru nak bermula, ayah. Ada banyak lagi yang akan menyusul tak lama lagi,"

Dia tak perlukan khabar kematian sesiapa pun dari keluarga itu. Cukup dengan kehancuran maruah dan jiwa mereka, dia akan peroleh bahagia dan ketenangan.

RANIA(OG)Where stories live. Discover now