1

124 2 0
                                    

"Zaf, orang Zaf dah jumpa ibu dan adik dekat mana?" soal Malik pada anak sulungnya, Zafran. Mereka berdua sedang duduk bersama-sama Saif di ruangan bekerja di rumah.

Orang bisnes. Sampai ke rumah pun bawa balik kerja. Sebab itu, dia sediakan satu ruang untuk dia dan anak-anaknya berbincang soal kerja bila perlu.

"Tak, ayah. Orang ayah pula macam mana?" soal Zafran. Hampir satu Malaysia dia kerah penyiasat untuk cari keberadaan ibu dan adiknya, tapi tak sekali pun membuahkan hasil.

Zafran mengeluh saat Malik menggeleng perlahan. Malik bangkit dari duduknya lalu berdiri menghadap balkoni yang ditutupi pintu gelincir.

"Ayah dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau ayah tak cari mereka berdua, ayah akan tanggung dosa besar seumur hidup. Ayah tamak. Ayah menyesal sangat-sangat dengan diri ayah sendiri. Ayah sanggup tinggalkan isteri dan anak demi kehidupan yang senang," begitulah Malik. Inilah yang sering keluar dari bibirnya sejak bertahun-tahun lepas.

"Sabar ayah. Mungkin belum sampai masanya. Insya Allah, bila sampai waktunya, kita mesti jumpa Ibu Fatimah dan Rania," Saif memujuk. Seluruh keluarga ini tahu yang ayah sedang berusaha mencari keberadaan ibu tirinya dan adik perempuan dia.

Saat dia mendengar luahan ayah dan mama, dia serba sedikit marah pada kedua-duanya. Tapi bila melihatkan mama dan ayah yang berusaha untuk bertaubat, dia simpan kemarahannya. Dia juga membantu mencari dua orang itu.

"Ayah harap sangat ibu dan adik terima ayah. Ayah tak mampu nak putarkan balik masa, tapi ayah janji yang ayah akan beri yang terbaik untuk mereka berdua," Malik menanggalkan kaca mata yang dipakainya lalu mengusap tubir mata yang basah.

Zafran dan Saif yang melihat ayah mereka yang sudah mengalirkan air mata itu terus mendekati tubuh Malik lalu dipeluk memberi semangat.

'Fatimah...adik..mana kamu berdua pergi?' rintih Malik di dalam hati.

1989

"Maria, awak dah bincang dengan keluarga tentang kita? Saya dah bagitahu mak dan abah saya untuk meminang awak," ujar Malik ceria.

Takkan nak sedih pula? Sudah tentu dia ceria sebab dia terlalu cintakan Maria. Maria cinta pertama dia. Keluarga mereka pun saling mengenali antara satu sama lain atas urusan perniagaan.

Dia dan Maria berkenalan pun, dari keluarga.

"Sayang, kenapa ni?" soal Malik risau apabila melihat Maria yang diam dari tadi dengan wajah yang keruh. Dia mencapai lembut tangan Maria. Wajah cantik Maria ditatap dalam-dalam. Cinta hatinya kelihatan seperti bersedih.

"Sayang, saya tanya ni...," ulang Malik sekali lagi. Saat itu, baru Maria mengangkat wajahnya memandang wajah tampan Malik. Tangannya yang berada dipegangan Malik ditarik. Malik terkelu.

Biasanya, Maria tak kisah kalau dia sentuh. Hari ni, tiba-tiba tak bagi sentuh pula?

"Malik, saya nak cakap sesuatu pada awak," kata Maria. Dia menghela nafas berat.

"Apa dia, sayang?" soal Malik lembut. Maria mengeluh. Sayang, sayang! Dia dah rimas. Dulu dia suka kalau Malik panggil dia sayang. Sekarang, tak!

"Saya nak kahwin dengan orang lain. Bukan awak," ujar Maria dingin. Wajah Malik berubah.

"Awak main-main kan?" soal Malik. Namun, wajah serius Maria jelas menyatakan yang wanita itu betul-betul serius.

"Siapa lelaki tu?" soal Malik dingin.

"Ikhwan. Kawan awak," jawab Maria.

"Sampai hati awak, Maria. Dengan kawan saya pun awak boleh jatuh cinta!" marah Malik. Tak guna punya Ikhwan! Dalam pada baik berkawan dengan dia, lelaki tu boleh rampas kekasih dia pula.

"Saya harap awak tak ganggu saya dan Ikhwan. Nak buat macam mana kalau saya dah suka dia? Hati tak boleh dipaksa. Saya akan bincang dengan keluarga saya tentang hal ni. Saya pergi dulu," Maria berjalan pergi meninggalkan Malik sendiri di situ.

Dada Malik berombak laju. Dia sedang terlalu marah saat ini. Kalau ada Ikhwan depan mata dia, sudah lama dia kerjakan jantan itu sampai mati.

Tin air yang ada di atas bangku yang sedang diduduki Malik dilempar kasar.

"Lantak kau la! Kau tak nak, tak apa. Nanti kau akan menyesal!" amuk Malik. Orang di sekeliling yang sedang berjalan hanya memerhatikan dia dan berbisik sesama sendiri.

"Kau tengok apa hah?!" Malik semakin berang. Dia terus berjalan ke keretanya lalu memandu pulang ke rumah. Risau kalau lagi lama dia duduk di situ, ada yang terkorban nanti.

Sudah berbulan-bulan sejak dia dan Maria berpisah. Ibu, bapa dan abangnya dah tak tahu nak buat apa dengan dia. Malik dah berubah, tak ubah seperti orang gila. Cuma masih waras sikit lagi.

"Apa nak jadi dengan kau ni, Malik? Nak termuntah aku masuk bilik kau. Busuk! Berapa lama kau tak mandi ni? Dengan jambang, misai tebal serupa sawah padi. Bukan rumput, tapi sawah padi, kau tahu?" soal Ismail, abang kepada Malik.

Malik hanya diam. Makin dia diam, makin banyak pula Ismail membebel. Dia membaling bantalnya ke arah kaki Ismail. Satu lagi bantal dicapai lalu ditekup ke muka.

Sibuk je! Abang dia tu dah kahwin, tapi tak nampak macam lelaki. Lagi banyak membebel serupa perempuan. Sedangkan kakak ipar dia, pendiam dan pemalu orangnya. Tak banyak cakap.

"Dah-dah la tu, Malik. Mungkin bukan jodoh kau dengan Maria. Terimalah takdir Tuhan dah tetapkan. Teruskan hidup macam biasa. Solat, mengaji. Abang tahu, dah lama kau tinggalkan semua tu. Hati kau tak akan tenang bila kau lupa Tuhan. Tuhan lebih sayangkan kau dari Maria sayangkan kau," pujuk Ismail.

Harapnya terkesanlah di hati adik dia ni. Keras hati betul! Harap tak ada anak saudara dia lahir dengan bawa perangai Malik yang satu ni. Keras kepala, keras hati. Semua keras la!

Malik yang menyembunyikan wajah di sebalik bantak tadi terkelu saat Ismail menyebut soal Tuhan. Ya, betul. Bila kali terakhir dia ingat pada Allah? Rasanya dah lama sangat. Bertahun-tahun dia balik dari Amerika Syarikat, dia tak solat lagi.

Mungkin sebab itu dia dan Maria tak berjodoh. Maria perempuan yang baik. Kalau dia yang kahwin dengan Maria, mungkin pegangan agama mereka tunggang terbalik rasanya.

Ismail menggeleng apabila adiknya itu tidak bereaksi. Bantal yang bertaburan di atas lantai dibaling semula kepada Malik. Dia terus berlalu keluar dari bilik itu.

Bunyi derap tapak kaki Ismail yang menjauh membuatkan Malik kembali tenang. Dia menolak bantal yang menekup wajahnya tadi.

Buat apa nak teringat lagi pada Maria? Entah-entah, perempuan itu sedang bahagia dengan Ikhwan. Dia je yang gila di sini.

RANIA(OG)Where stories live. Discover now