18

97 3 0
                                    

"Tina, nanti tolong hantarkan rekod-rekod kesihatan patient kita yang baru keluar tadi. Saya nak revise past records dia," pesan Rania sambil menyelak helaian demi helaian kertas yang ada dalam fail pesakit.

"Baik, doktor," ucap Tina, jururawat yang menjaga kaunter.

Waktu kerjanya sudah tamat untuk hari ini selepas berhempas pulas on call sejak malam semalam. Penat tak terkata. Sampai ke rumah nanti, dia akan tidur sepuas-puasnya.

Rania memalingkan tubuh sebelum berjalan untuk keluar dari perkarangan hospital. Tak lama selepas itu, matanya menangkap susuk yang dia tidak mahu jumpa . Keluhan kasar dilepaskan. Apa lagi dia nak? Rania segera mempercepatkan langkah biarpun lelaki itu lebih pantas mendekatinya.

"Rania! Rania, tunggu saya! Please, sayang!" Saif melelar tangan Rania. Pantas Rania merentap tangannya dari pegangan lelaki itu. Saif dijeling tajam.

"You nak apa?! I dengan you dah tak ada apa-apa lagi tau! Jangan ganggu I lagi boleh tak?" bisik Rania keras. Dia memerhatikan orang sekeliling mereka. Risau jika ada yang menonton drama murahan di situ.

"I... I tak tahu yang you dan Sofia ada kisah silam. Tapi itu bukan sebab utama untuk kita kena berpisah macam ni!" ujar Saif.

"Dah tu, you ingat I nak kembali pada you, hah? Eh, you ni dengan keluarga you, memang tak tahu malu tau tak?!" ujar Rania.

"Rania! Watch your mouth! Jangan hina keluarga I sampai macam tu sekali!" tegas Saif. Sabarnya menghadapi Rania seperti sudah mahu hilang. Lelaki itu pantang kalau ada yang berkata buruk tentang keluarganya.

"Apa dia?! For your information, bapak you tu dah halau I dari rumah you! Dia pesan supaya I jauhkan diri dari keluarga you, and now you datang merayu pula dekat I? Saif, dengar sini. I tak akan balik pada you. Kalau adik you dah keluar dari penjara nanti, macam mana? You nak tengok dia bunuh I pulak? Come on la, Saif...think!" kata-kata Rania mematikan bicara Saif. Sofia...tak mustahil Sofia menyimpan dendam pada Rania.

"Oops! I'm sorry, Saif. Family you mesti tengah berduka cita atas pemergian isteri kesayangan Tuan Malik dan hukuman penjara ke atas satu-satunya anak perempuan Tuan Malik. Takziah, Saif...mujur juga you bawa I datang rumah you hari tu. Kalau tak, lama lagi I boleh hukum pembuli I dulu!" ucap Rania sebelum dia meneruskan langkah lalu meninggalkan Saif di situ.

Saif meraup wajahnya kasar. Kesabaran yang kian tipis menggoncang jiwa lelaki itu. Dia tak mampu bertahan apabila Rania tak habis-habis bercakap kasar tentang keluarganya.

"Stop it, Rania! Cukup you bercakap pasal family I!" bentak Saif lantas mengalihkan perhatian orang sekeliling ke arah mereka. Nafas kasar dilepaskan.

"Okay, look. I'm sorry, Rania. I'm sorry. Ayah mungkin tengah bersedih atas apa yang jadi. It is not easy to accept the lost of our love. I akan pujuk ayah untuk kita teruskan hubungan ni, ya? Please, sayang?" pujuk Saif separuh merayu pada Rania.

"Nampaknya you ni memang tak faham bahasa. Macam ni, Saif. We are over. You pujuklah sesiapapun, I tak akan terima you dalam hidup you. Jadilah bermaruah sikit. Orang dah tak nak, terhegeh-hegeh lagi buat apa?" sinis Rania.

Terus saja wanita itu berjalan meninggalkan Saif di lobi hospital itu. Dia tak peduli kalau Saif nak meraung dekat situ sekali pun. Kalau betul-betul terjadi, dia akan ambil gambar dan jadi penyebar berita itu ke seluruh Malaysia.

'Anak tiri Tuan Malik Gila Kerana Putus Tunang'

RANIA(OG)Where stories live. Discover now