3

74 2 0
                                    

Sejak dari hari dia berjumpa dengan Fatimah disebabkan kemalangan yang tak disengajakan hari tu, Malik asyik melekat saja di kawasan rumah Fatimah. Kadang-kadang, dia ada juga ajak Fatimah makan bersama-sama. Tapi, Fatimah menolak dengan baik.

Cara Fatimah yang dia sendiri perhatikan, wanita itu tak suka berdua-duaan dengan lelaki. Balik kerja dari kedai jahit pun, jalan beramai-ramai dengan kawan perempuan. Bila mereka berdua berbual pun, Fatimah tak akan membakas renungan matanya. Bagi Malik, kelakuan seorang perempuan seperti Fatimah agak palik, namun tetap menarik dirinya sebagai seorang lelaki.

Punya dia selidik tentang Fatimah, rupanya Fatimah tiada ayah. Ayahnya meninggal lama dulu sejak Fatimah remaja. Kerana itu, Fatimah tinggal berdua dengan ibu yang buta sejak lahir.

Tapi dia suka tengok gaya hidup Fatimah dan ibunya. Walaupun tak mewah, tapi nampak sempurna dan bahagia.

Dia pula, walaupun dibanjiri kemewahan, tapi rasa kosong. Mak dan abah tak pernah gagal membanjiri kehidupannya dan Ismail dengan kemewahan. Sayangnya, didikan agama tiada.

Ismail, seorang abang sulung, lebih matang dengan bertindak mencari ilmu agama sendiri. Merata-rata kelas agama dia kunjungi. Solat Subuh dan Isyak, wajib di masjid. Bukan Ismail tidak pernah mengajak dia dan ibu bapa mereka ke masjid, tapi mereka sendiri yang menolak.

Sekarang, dia sedang menunggu duduk di hadapan ibu Fatimah yang sedang menganyam ketupat. Mak Cik Normah ni memang peramah, jauh beza dari Fatimah yang pendiam.

"Kamu kerja apa, Malik?" soal Mak Cik Normah.

"Saya jurutera, makcik," Mak Cik Normah terdiam.

"Kamu orang kaya ke? Maaf, mak cik mampu hidangkan air teh kosong je untuk kamu. Rumah mak cik tak ada lauk yang sedap. Mak cik minta maaf kalau kamu tak selesa," Mak Cik Normah berhenti menganyam tikar.

"Eh, tak apa, mak cik. Saya tak kisah minum apa-apa pun. Saya tak cerewet makan dan minum. Mak cik jangan risau,"

"Mak cik benarkan saya berkawan dengan Fatimah?" soal Malik.

"Mak cik tak kisah, asalkan kamu berdua jaga batas. Tapi, mak ayah kamu tak kisah kalau kamu berkawan dengan orang seperti Fatimah? Fatimah bukan datang dari keluarga setaraf kamu, Malik," Malik pula diam. Takkan mak dan abah dia larang dia berkawan dengan Fatimah sebab taraf hidup aje?



"Ikhwan! Kau buat apa ni?" jerit Maria. Dia memukul bahu Ikhwan kuat sampai lelaki itu menolak bahunya.

"Kau tanya aku buat apa? Aku bosan dengan kau ni, Maria. Asyik jaga anak kau tu je. Aku ni lelaki tau? Aku nak kau layan aku. Tapi kau, setiap masa melayan anak kau tu!" jerkah Ikhwan. Baju yang baru saja dibuka tadi oleh Kamila dibutangkan semula.

Sejak Maria mengandungkan Saif, dia bosan. Maria dengan alahan ibu hamil setiap masa sampai dia tak boleh dekat dengan Maria. Baru dekat sikit, Maria akan termuntah.

Kamila, rakan dari tempat kerja dia selalu goda dia. Dia lelaki dan sukakan godaan perempuan.

"Sampai hati kau! Saif tu anak kau! Bukan orang lain...," Maria kesal dengan sikap Ikhwan.

"Argh, aku kisah apa! Kau mesti menyesal kan sebab kahwin dengan aku. Sekarang ni, tak payah banyak cerita. Maria, aku ceraikan kau dengan talak satu!" seusai itu, dia pun pergi bersama Kamila.

Bibir Maria bergetar. Kalaulah dia tak tinggalkan Malik untuk bersama dengan Ikhwan dulu, mungkin hidup dia terjamin sekarang. Dah tentu-tentu Malik cintakan dia.

Malik, awak dekat mana?



"Fatimah, saya nak kenalkan awak dengan mak dan abah saya. Awak sudi?" soal Malik. Besar harapan dia kalau Fatimah sudi ikut dia. Dia dah jatuh cinta dengan Fatimah sedalam-dalamnya.

Fatimah berjaya membuka pintu hati dia untuk kembali bercinta sejak dia dikecewakan oleh Maria dulu. Saat ini, dia berharap yang dia dapat bersama-sama dengan Fatimah dengan ikatan yang halal.

Fatimah yang cantik, sopan dan lemah lembut. Tak ada yang kurang sikit pun pada Fatimah. Mak dan abah pun suruh dia bawa Fatimah ke rumah mereka.

"Mak dan abah awak tak kisah kalau saya datang?" soal Fatimah. Malik ni anak orang kaya. Kalau dia tak diterima dalam keluarga Malik, macam mana?

"Mak dan abah suruh saya bawa awak jumpa mereka. Boleh ya, Fatimah? Saya harap sangat awak setuju," rayu Malik. Bila Fatimah mengangguk, dia menyungging senyum lebar di bibir.

"Terima kasih, sayang. Jumaat malam nanti, awak siap. Saya jemput awak di rumah," ujar Malik. Wajah Fatimah di sebelah sudah merah kerana dipanggil sayang mengundang ketawa Malik.

"Malu la tu," usik Malik.

Dia bahagia bila berada di sisi Fatimah. Dia yakin, Fatimah juga bahagia dengan dia.

RANIA(OG)Where stories live. Discover now