9

83 2 0
                                    

2005

Puas dia cuba untuk mentabahkah jiwanya demi menghadapi setiap dugaan dalam hidup, dia tetap manusia lemah.

Sudah bertahun-tahun dia meninggalkan rumah milik dia dan ibunya, tapi tetap juga dia tak mampu melupakan Malik. Dia terlalu berharap pada cinta manusia, sehingga dirinya menjadi terlalu lemah.

Setiap hari, nama Malik meniti di bibirnya. Dia berharap agar Malik pulang kepadanya. Mencari dia. Menyatakan yang lelaki itu cinta padanya dan mahu hidup kembaki bersamanya sehingga ke akhir hayat dia.

Angan-angan akan kekal. Lebih-lebih lagi untuk dia. Fatimah merasakan seolah-olah dia tidak layak menerima cinta. Tak layak untuk dikasihi dan disayangi.

Selepas Malik meninggalkan dia, mak pun menyusul pergi. Apa yang tinggal untuk dia? Sedangkan Rania pun, dia tak mampu beri yang terbaik. Lihatlah keadaan bilik sewa yang mereka diami ini, rasanya jauh beza dengan istana yang didiami Malik dan keluarganya yang tercinta.

Fatimah membanting tulang demi menyara dia dan Rania. Rania perlu bersekolah. Susah macam mana pun, dia tak mahu Rania jadi seperti dia. Dia mahu Rania ubah nasib sendiri, biarpun dia sendiri tidak tahu kalau dia dapat dan sempat hidup di waktu Rania berjaya nanti.

Setidak-tidaknya, biarlah Rania hidup dengan baik.

"Fatimah! Berapa kali saya nak cakap, jangan bancuh air manis sangat! Pelanggan semuanya merungut! Lagi satu, anak awak tu! Jangan bawa dia ke sini! Sini bukan taska!" Fatimah hanya menundukkan wajahnya saat dimarahi majikannya di hadapan pekerja lain. Telinga Rania yang terkejut melihat jerkahan majikannya itu ditekup. Dia tak sanggup anaknya itu mendengar segala cemuhan yang dilemparkan.

Rutin hariannya yang sememangnya tiada rehat yang cukup membuatkan dia hilang fokus. Siang hari, dia akan mengambil upah menurap jalan. Malam pula, pelayan di warung ini. Tidak cukup itu, hujung minggu dia perlu menyiapkan tempahan baju.

Apakah yang telah membuatkan dia bersetuju pada Tuhan untuk dilahirkan ke dunia jika ini kehidupan yang perlu dilalui? Semua orang mencemuh dirinya yang ditinggalkan oleh suami. Cerita bahawa dia gemar menemani lelaki lain tersebar di mana-mana saja tanpa sempat dia menafikan.

Kerana itu, bukan sekali dia menerima ajakan dan gangguan lelaki-lelaki yang mahu dia melayan mereka.

Mungkin itulah juga pandangan Malik terhadap maruah dirinya sehinggakan lelaki itu mudah saja memijaknya...



"Doktor Rania," sapa Saif. Lama dia menunggu Rania tamat bekerja, sekarang baru wanita itu keluar.

"Eh, what are you doing here?" soal Rania.

"Saya nak ajak awak keluar, Rania," balas Saif. Banyak kali dia ajak Rania keluar makan malam bersamanya, tapi wanita ini sering kali menolak.

"Please, Rania. Sekali ni je," rayu Saif. Rania mengeluh lalu mengangguk. Apalah yang lelaki ni tak faham? Kalau perempuan tu selalu tolak, maknanya dia tak suka la!

'Tak apa, Rania. Sekali ni je. Lepas ni, tak payah layan dia,' getus Rania. Dia masuk ke dalam perut kereta Saif.

"Saya dah book tempat special tau, Rania. Im sure you gonna like it. Chef yang masak tu pun, chef dari luar negara," ujar Saif. Rania hanya diam sahaja. Tak kuasa dia nak layan Saif.

Bagi Rania, Saif ibarat seorang lelaki yang bodoh kerana terkejar-kejar perempuan yang sudah terang tak sukakan dia. Takkan itu pun tak nampak? Dah berkali-kali dia bagi isyarat yang dia tak sukakan lelaki itu. Tapi, Saif tetap datang mengganggu dia sampai ke tempat kerja.



"How's my mother today?" soal Rania pada Doktor Azmi.

"She is getting worse day by day. Rania, I tak boleh janji apa-apa about your mother. I...,"

"Stop it, Azmi. I tau ibu I akan sembuh suatu hari nanti!" berang Rania. Dia tak suka bila Azmi atau sesiapa pun bercakap sebegitu tentang ibu dia. Ibu dia tak akan pergi tinggalkan dia.

Selama ini, dia menjaga ibu ibarat ibu itu anak, dia mak. Dia jaga ibu macam jaga nyawa sendiri. Sikit pun dia tak bagi peluang untuk ada apa-apa kekurangan pada ibu.

Ibu saja yang dia ada. Ibu tak boleh tinggalkan dia macam mana semua manusia durjana tu buat pada dia, ibu dan  nenek.

Dia tahu, ibu sakit begini gara-gara menanggung rindu dan kecewa yang sarat. Disebabkan itu, dia tak akan lepaskan seorang pun daripada mereka. Semua yang buat ibu macam ni akan menerima akibatnya.

Sakitnya ibu, sakit lagi dia. Kalau ibu pergi tinggalkan dia, dia juga akan mati. Dan dia tak akan pergi begitu sahaja melainkan semuanya terbayar. Itu janji dia.

Sejak dari umur 14 tahun lagi, dia menjaga ibu. Ibu tiba-tiba sahaja jatuh sakit dan tak mampu bekerja. Ibunya hanya mampu terlantar di atas tilam dan mata yang sentiasa merenung ke atas tak berkelip-kelip.

Betapa luluhnya hati dia melihat keadaan ibu begitu. Ibu satu-satunya tempat dia bergantung. Kerana itu, dia bekerja. Ibu perlukan rawatan biarpun doktor sendiri tidak tahu ibunya mengalami sakit apa dan itu sudah tentu memerlukan wang.

Balik sekolah, dia bekerja sehingga ke malam. Ibu dijaga oleh Cik Ta, jiran sebelah rumah mereka. Biarpun Cik Ta baik dengannya dan ibu, tapi dia tetap membayar semampu dia untuk Cik Ta.

Duit lebihan yang ada digunakan untuk membayar tambang teksi dan bas. Untuk apa? Untuk mencari ayah dan abang yang dia rindukan. Merata-rata dia mencari kedua-dua mereka, tapi tak jumpa sekali pun.

Pencarian Rania terhenti pada satu saat itu. Dia ternampak Malik dan keluarga baharu ayahnya itu makan di restauran tempat dia bekerja dulu.

Ayahnya nampak gembira bersama keluarga baru. Malah, pada waktu itu juga dia mengetahui yang dia punya ibu tiri, abang tiri dan seorang kakak.

"Inilah anak perempuan yang saya sayang sangat. Mestilah kena manjakan. Betul tak, sayang ayah?" itulah ayat yang dituturkan oleh ayahnya. Jadi dia, siapa? Bukan anak ayah?

Tak cukup dengan itu, dia melihat abang yang rapat sekali dengannya dulu, menuangkan makanan ke pinggan perempuan yang dipanggil Sofia itu. Sedangkan dia, dia hidup sendiri. Tak berteman selain ada ibu.

Sanggup mereka semua hidup bahagia di atas penderitaan dia dan ibu.

Sejak dari itu, dia tekad untuk menghancur dan meranapkan kebahagiaan keluarga itu. Dan bahagia dia akan datang selepas puas melihat keluarga itu hancur sehancur-hancurnya.

Itu janji dia.

Ayah? Abang? Kakak? Gelaran itu sudah tidak penting lagi buat dia. Malah, tiada makna sikit pun. Yang dia tahu, hati dia sarat dengan kebencian dan dia tak akan terlerai walau sedikitpun rasa benci itu.

RANIA(OG)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang