17

81 2 0
                                    

"Ayah!" ceria kanak-kanak kecil itu menyebut panggilan 'ayah' buat dirinya. Malangnya, dia tidak peduli akan kanak-kanak itu, biarpun ia anaknya sendiri. Anak kandung.

"Ayah...adik nak cekeyat, boyeh ke?" soal Rania dengan suara serak-serak basahnya itu. Sama seperti abangnya, Zafran. Paha Malik digoncang-goncang manja.

"Ish, jangan sentuhlah! Pergi sana! Suruh ibu belikan," arah Malik tegas. Dia rasa rimas apabila didesak berkali-kali oleh Rania. Bibir Rania yang memuncung itu tidak mencairkan hatinya sebagai seorang bapa sedikit pun.

"Tapi, adik nak ayah beyikan...ayah shelalu beyikan untuk abang..." lagi bertambah muram wajah Rania. Sofa yang sedang diduduki Malik dipanjat sebelum dia merangkul leher Malik, manja.

Walaupun baru berusia 4 tahun, namun dia rasa ayahnya tak seperti ayah kepada rakan-rakannya di tadika. Pelik. Dia lihat, rakan-rakannya selalu dimanja dan disambut mesra oleh ayah mereka. Dia pula, bagaimana?

"Apa ni?! Duduk diam-diam boleh tak?!" pekik Malik. Mujur tiada yang lain di rumah ini. Fatimah keluar beli bahan masakan, ibu mertuanya keluar ke pasar tani untuk menjual barangan kraf tangan.

Jujurnya, dia tak kisah kalau ibu mertuanya yang sudah tua itu mahu berniaga di tepi jalan sekalipun. Ya, sekalipun seperti pengemis.

Dia akan tinggalkan keluarga miskin ini. Buat apa Malik mahu ambil berat tentang nasib mereka? Yang penting, dia cuma perlu bawa Zafran sekali bersamanya sebagai pewaris hartanya.

Rania? Tak guna bawa budak kecil ini. Duduk ajelah dengan Fatimah dan neneknya yang dah tua itu. Atau lebih tepat, menunggu masa saja.

Rania yang tersentak dengan amarah Malik terus menjauhi Malik lalu duduk di hujung Sofa. Air mata ditahan.

"Adik mintak maaf, ayah. Adik lupa..Ibu pesan, ayah penat kerja. Sebab tu ayah tak cengaja mayah adik, kan?" soal Rania polos.

"Ayah tak cayang adik ke?" soal Rania dengan tangisan yang ditahan. Dia tahu, kalau dia menangis, mesti ayahnya itu akan marah dia dengan lebih teruk.

"Eh, sudahlah... pergi duduk tempat lain. Ayah nak buat kerja ni. Jangan kacau!" marah Malik.

Tak lama kemudian, Rania terus berlari ke biliknya. Tangisan yang ditahan tadi akhirnya mengalir. Dia menangis teresak-esak sendirian, tanpa ada sesiapa yang pujuk.

"Ibu kata, ayah penat kerja. Tapi, ayah tak mayah abang pun? Adik asyik kena mayah je..." luah Rania sendiri.

Memorinya semasa kecil entah mengapa muncul tiba-tiba. Memori yang penuh luka dan air mata, yang menguatkan dirinya sehingga kini. Kuat? Ya, kuat dengan dendam.

Senyuman sinis terukir di bibir. Mungkin dia terkesan selepas di halau Malik dari rumah mewah itu usai selesai majlis tahlil buat arwah Maria. Hari ini pula, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Sofia setelah disabitkan kesalahan.

Bukti yang dikemukakan semuanya cukup. Mana perempuan tak guna itu boleh lari bersembunyi? Malik dan keluarganya memang sampah! Lempar batu, sembunyi tangan.

Susuk kaku Fatimah yang terbaring di atas katil ditatap penuh sayu. Tangan tua seorang ibu itu dipegang lalu dibawa ke bibir untuk dicium.

"Ibu...apa yang adik nak, adik tengah berjaya dapatkan. Adik yakin, satu hari nanti, kita akan bahagia. Kita kena buktikan yang kita tak perlukan kasih sayang dari orang macam mereka untuk bahagia. Hanya kita berdua, ibu..." ucap Rania. Haruman dari kulit Fatimah dihirup.

"Ibu tak akan tinggalkan adik, kan?" soal Rania. Biarpun berkali-kali Dr Azmi memberitahu padanya tentang kondisi Fatimah yang tiada perubahan malah semakin teruk, Rania hanya memekakkan telinga.

Dia tahu ibu akan bangun. Ibu akan ada dengan dia sampai bila-bila.

RANIA(OG)Where stories live. Discover now