5

72 2 0
                                    

1991

Lahirnya zuriat pertama Malik dan Fatimah sejak setahun yang lepas, melengkapkan kehidupan sepasang suami isteri itu. Biarpun hidup serba kekurangan, sikit pun tak menganggu gugat kebahagiaan rumah tangga mereka.

"Bu...bu bu," mulut Zafran berceloteh. Fatimah melayankan saja kerenah anaknya itu dengan senang hati.

Dia baru saja pulang dari kedai jahit. Cuma Malik saja yang belum pulang lagi. Malik masih lagi berusaha keras mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan dia.

Ada kalanya, dia pujuk juga agar Malik melakukan kerja kampung sementara menunggu tawaran kerja sebagai jurutera di mana-mana syarikat. Namun, Malik tidak mahu.

Kerana itu, Fatimah faham dan tidak lagi bercakap hal kerja pada Malik. Dia tahu Malik masih belum dapat sesuaikan diri dengan keadaan dia yang sekarang ini sepenuhnya.

Dia tak ada masalah. Upah menjahit yang dia peroleh masih cukup untuk menampung keluarga kecil mereka.

Cuma ada satu perkara yang mula merisaukan hati dia sebagai seorang isteri...

"Abang, susu Zafran dah habis. Nanti kalau ada masa, boleh abang ke kedai kejap untuk beli tepung susu Zafran?" soal Fatimah sambil memujuk Zafran yang menangis. Anak itu kelaparan. Fatimah tak perasan yang susu formula anaknyabitu sudah habis.

"Abang sibuk cari kerja dari pagi sampai ke malam. Takkan Fatimah tak boleh singgah ke kedai kejap masa balik dari kerja? Berdikarilah sikit," balas Malik. Dia mengeluh kerana penat.

Fatimah terdiam. Berdikari? Rasanya jarang dia minta tolong pada Malik. Dia tahu Malik penat cari kerja di luar seharian. Tapi, salahkah kalau dia minta tolong kali ini?

"Lain kali, jimat sikit susu tu. Jangan asyik bagi susu aje dekat Zafran tu. Kita ni duit tak banyak. Abang ni tak ada kerja lagi tau tak?" Malik menyambung.

"Tapi abang, anak kita tak nak benda lain kalau menangis. Mesti nak susu juga," kata Fatimah.

"Susah betul Fatimah ni nak dengar cakap abang! Abang cakap jimat, jimatlah!" marah Malik lalu keluar dari rumah. Pagi-pagi lagi Fatimah sudah merosakkan mood dia.

Adakah Malik sudah mula menyesal kerana perlu hidup susah dengan dia?



"Malik, awak buat apa dekat sini?" soal Maria saat dia ternampak Malik di sebuah supermarket. Malik menoleh mencari suara yang memanggilnya.

"Eh, Maria?"

"Ya, saya. Awak pilih susu untuk siapa?" soal Maria sekali lagi.

"Untuk anak saya," jawab Malik. Maria tergamam. Anak?

"Bila masa awak kahwin?"

"Setahun yang lepas," terang Malik. Malik memandang bayi di dalam dukungan Maria.

"Mana Ikhwan?" soalnya.

"Kami dah bercerai, Malik. Ikhwan ada perempuan lain," jawab Maria.

"Kita pergi minum nak?" Maria mengajak. Dah lama dia mencari Malik, takkan dia mahu lepaskan peluang ini begitu sahaja?

"Jomlah, Malik. Dah lama kita tak berjumpa," ajak Maria lagi. Dia gembira apabila Malik mengangguk lalu berjalan beriringan dengan dia.



"Mak dan abah saya dah halau saya masa saya kenalkan Fatimah. Sekarang, kami hidup dalam keadaan susah. Merata tempat saya cari kerja, tapi tak jumpa," terang Malik saat Maria bertanyakan keadaan dia saat ini.

"Awak tak mahu kembali pada mak dan abah awak?" soal Maria ingin tahu. Sanggup betul Malik hidup susah dengan si Fatimah tu.

"Memang saya nak. Tapi, mak dan abah takkan boleh terima Fatimah," adu Malik.

"Restu mak dan ayah penting, Malik. Mungkin awak rasa susah sangat sekarang sebab mak dan abah awak tak beri restu. Ke mana aje kita pergi, mesti dengan restu mak dan ayah," ujar Maria. Malik mengangguk. Dia memang setuju dengan apa yang Maria cakapkan.

Haih, Maria memang memahami dia. Sedangkan Fatimah, tak pernah sekali pun bercakap soal ini. Fatimah memang mahu mereka hidup susah selama-lamanya ke?

"Saya yakin, kalau awak balik ke keluarga awak sekarang, mak dan abah awak akan terima awak sebaiknya. Tak ada mak dan ayah yang tak sayangkan anak, Malik. Baliklah," pujuk Maria. Air di dalam gelas dikacau dengan straw.

Wajah Malik yang keliru direnung. Kacak masih sama seperti dulu. Tak ada yang berubah. Jambang dan misai dibentuk rapi pada wajah.

Kalaulah dia masih milik Malik sehingga ke hari ini, pasti dia wanita yang paling bahagia...

RANIA(OG)Where stories live. Discover now