12

74 3 0
                                    

"Lambat lagi ke kau nak buat kerja kau? Aku ni dah penat bila Ridzwan tu asyik mengekor perempuan tu ke mana-mana je. Apa yang ada kat perempuan tu, tak tahu la!" marah Sofia pada Jinggo.

Suruh buat kerja sikit pun, susah.

"Saya memanglah nak kerja ni bos. Tapi bos tak rasa ke permintaan bos tu, melampau?" soal Jinggo. Banyak kali dia cuba buat, tapi dia masih tak berani. Dia takut nak rosakkan anak orang, walau jahat-jahat dia pun.

Lagipun, dia pernah buat kerja untuk Rania. Kerja apa? Dia dan Rania aje yang tahu.

"Aku tak nak kisah siapa, macam mana nasib perempuan tu. Aku naikkan upah kau. Amacam?" tawar Sofia. Ini aje cara yang dia ada kalau Jinggo masih menolak. Dia tahu, Jinggo perlukan duit. Dan dia ada duit tu. Cumanya, mesti buat kerja untuk dia.

"Macam nilah, Jinggo. Aku bagi masa seminggu. Kau buat kerja kau dan sebarkan gambar dia dekat Ridzwan. Biar Ridzwan tu celik mata sikit. Kalau lepas seminggu ni kerja tak siap, aku bagi  separuh dari bayaran asal," tegas Sofia sebelum pergi meninggalkan Jinggo.

Ridzwan milik dia seorang.



"Saif, abang ada benda nak cakap sikit," tegur Zafran. Bila dia melihat pintu bilik Saif yang tak tertutup rapat, dia pun terus masuk ke dalam bilik lelaki itu.

"Apa dia, abang?" soal Saif. Macam mustahak saja hal abang dia tu.

"Saif tahu kan semua tengah cari ibu dengan Rania?" Saif mengangguk.

"Sebenarnya, abang tak tahu nak cakap macam mana hal ni. Muka Rania, sama dengan muka ibu abang," terang Zafran. Saif terpempan.

"Ayah pun cakap benda yang sama pada abang tapi dia tak nak besarkan hal ni tanpa bukti. Lagipun, boleh jadi pelanduk dua serupa,"

"Muka dia. Kalau ikutkan,  muka adik pun sama dengan muka ibu. Cuma adik sepatutnya ada tahi lalat dekat mata kiri. Cuma, Rania tak ada tahi lalat tu," cerita Zafran. Saif di hadapannya terdiam tak percaya dengan apa yang diceritakan Zafran.

"Saif...Saif tak tahu nak kata abang. Saif pun tak tahu macam mana rupa ibu dengan adik selama ni," wajahnya diraup.

"Abang ada satu cara aje untuk buktikan kalau Rania adalah adik yang kita cari selama ni," ujar Zafran membiarkan Saif tertanya-tanya. Dia percaya dengan Zafran.



Rania yang baru saja tiba di rumah selepas pulang dari kerja terus membuka komputer riba. Ada dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak atasan dengan segera.

Tak sempat mandi apa, dah buat kerja. Sudahlah penat seharian bekerja tak berhenti.

Prang!

Rania yang sedang fokus melihat komputer ribanya terus mengalih pandangan ke luar pintu. Bunyi macam ada yang pecah. Pasu bunga ke?

Rasanya, dia tak pernah tanam pokok di luar rumah teres dia ni. Rumah baru beli. Apa pun dia tak buat lagi pada rumah ni.  Kalau kata jiran sebelah, kenapa bunyi pasu pecah tu macam dekat betul dengan rumah dia?

Tok Tok!

Pintu rumahnya diketuk. Rania terus menanggalkan earpod di telinga lalu berjalan ke pintu utama rumah. Makin dia dekat dengan pintu rumah, makin bertalu-talu pintu rumahnya diketuk. Rania mendengus.

"Siapa tu?" soalnya. Tak sabar betul manusia ni.

Pintu rumah dibuka sebelum...

Buk!




"Ya Allah, aku harap apa yang aku buat ni, betullah," ucap Zafran. Susuk Rania yang sedang lena disebelahnya dia tatap lama sebelum dia terpandang sesuatu di wajah Rania yang menarik pandangannya.

Memang tak ada tahi lalat di sebelah mata wanita itu walaupun Zafran menggosok perlahan sisi wajah Rania yang mungkin dilapisi alat kosmetik. Sejak Rania berkunjung ke rumah mereka untuk makan malam beberapa hari lepas, dia cuma memikirkan dua kemungkinan.

Pertama, Rania tahu siapa dirinya sendiri dan siapa juga keluarga dia. Mungkin Rania mahu membalas dendam. Kalau tidak, siapa yang berani keluarkan berita yang boleh menjejaskan maruah keluarga mereka? Dan semua itu ditutupi dengan lakonan Rania.

Kedua, Rania melakukan pembedahan untuk buang tahi lalat di tepi matanya sebab mahu ikut trend semata-mata. Dan juga tanpa tahu siapa keluarga sebenar Rania selain ibu kandung mereka dan arwah nenek.

Detak jantung Zafran semakin laju. Tanpa menunggu lama, sebilah gunting yang tersimpan di dalam poket seluarnya tadi dicapai dan dihala ke rambut Rania.

Usai dengan hajatnya, dia memandu pulang segera. Dia perlu hantar Rania ke rumah wanita itu dengan segera sebelum wanita itu bangun.

Dia tak tahu sampai bila kloroform tadi akan bagi tindak balas. Ya, dia tekup muka Rania dengan kloroform.

Berhari-hari dia ikut gerak-geri Rania. Rumah Rania pula tak ada CCTV. Lagi mudah kerja dia.

Kepala yang terasa pusing dia picit perlahan. Badan dia betul-betul terasa lesu sekarang.

Rania bangkit dari perbaringannya. Berkali-kali dia cuba mencerna apa yang telah terjadi tadi walaupun dia tak mampu.

Dia berjalan ke arah pintu rumah. Elok saja bertutup. Kesimpulan yang dia buat, tiada apa yang terjadi. Tak, tak. Rania tak percaya. Dia mencapai telefon pintarnya.

Terpampang rakaman CCTV yang jelas menunjukkan kepalanya dipukul dan dia dibawa jauh dari rumahnya  dengan Zafran. Apa yang Zafran nak? Atau Zafran sudah tahu apa-apa tentang dirinya?

Silap besar apa yang Zafran buat ni. Dia ingat, Rania bodoh? Memang tak ada CCTV yang tergantung di atas siling luar rumah. Tapi, ada sebatang pen yang terpacak di sebalik pokok yang Rania susun di luar. Dan pen itu sebenarnya CCTV.

Rania pasti, lelaki itu mahukan sesuatu yang boleh membenarkan tanda tanya keluarga itu tentang dirinya. Sama ada dia anak yang pernah ditinggalkan masuk dulu atau bukan.

Rania ketawa besar sambil menggeleng kepala. Keturunan Malik memang bodoh, kecuali dia yang sentiasa satu langkah ke hadapan.

Telefon yang berdering menandakan ada pesanan yang masuk. Rania terus membuka aplikasi Whatsapp.

Jinggo
-Dia tak puas hati dengan kau. Dia arahkan aku rosakkan kau dan sebar gambar kau pada Ridzwan. Aku rasa kau tahu Ridzwan tu boyfriend dia. Aku bagitahu kau hal ni sebab aku lama kenal kau daripada dia. So, jauhkan diri dari dia.

-Image

Rania mengetap giginya saat melihat wajah yang berada dalam gambar yang dikirimkan Jinggo.

Kurang ajar! Perempuan ni nak rosakkan dia pula? Sofia memang spesies tak reti berehat. Dari dulu lagi.

Rania tersenyum sinis. Baik, dia akan terus bermain dengan permainan ni.

Jujurnya, dia tahu Jinggo tak akan tikam belakang dia. Dia dah lama kenal Jinggo.  Mujur Jinggo bagitahu hal ini pada dia.

Yang menyebarkan berita tentang khabar angin Malik ada dua isteri pun, Jinggo buat . Dia yang upah Jinggo. Rania ketawa sendiri. Permainan yang dia rancang semakin menyeronokkan.

Rania
-Kau cari gambar mana-mana perempuan. Edit bagi nampak muka aku dan buat macam yang dia nak. Sebarkan dekat Ridzwan. Bayaran kau, aku transfer ke akaun esok.

Jinggo
-Seriously? Thanks Rania.

Jadi, inilah anak perempuan kesayangan Tuan Malik dan Puan Maria? Cucu perempuan kesayangan Tuan Majid dan Puan Normah?

Apa agaknya reaksi mereka bila tahu yang mereka bela syaitan selama ni?

RANIA(OG)Where stories live. Discover now