7

77 2 0
                                    

1993

"Sofia, anak ayah!" Malik memanggil anaknya dengan ceria. Si kecil yang baru tumbuh kaki berlari laju ke arahnya lalu memeluk kakinya erat.

Sofia anak susuannya bersama Maria. Maria jatuh sayang pada anak itu sehingga membuat keputusan untuk menyusukan anak itu. Dia sudah setahun mendirikan rumah tangga bersama Maria.

Tak dinafikan, hidup dia bahagia. Dia banyak meluangkan masa bersama Maria, Saif dan Sofia. Hidup dia bertambah senang apabila dia mendapat tempat kembali dalam syarikat ayahnya.

Keadaan Fatimah dan Zafran juga bertambah baik. Dia baik pulih banyak pada rumah yang didiami Fatimah, Zafran dan ibu mertuanya.

Tentang dia dan Fatimah, dia masih tidak memikirkan hal itu. Sebabnya, dia terlalu gembira dan berpuas hati dengan hidup dia sekarang. Sampai dia terlupa ada yang masih menunggu dia.



"Fatimah, ini duit belanja untuk bulan ni. Belilah apa yang patut. Barang dapur dan keperluan Zafran, nanti abang belikan," sejumlah duit bernilai RM 2000 diletakkan di atas meja. Fatimah memandang wajah Malik dengan riak tidak percaya.

"Banyak ni, abang. Mana abang dapat duit banyak macam ni?" soal Fatimah. Suami dia dah dapat kerja ke?

"Abang dah dapat kerja lama dah. Cuma abang tak mahu beritahu sesiapa lagi, risau tak bertahan lama. Duit ni abang dapat lebih sebab kerap kerja di luar," bohong Malik.

Dia bukan kerja luar. Dia ada bini lain dekat luar. Itu yang dia rahsiakan selama ini.

Fatimah tersenyum girang. Dia terus memeluk tubuh sasa Malik.

"Tahniah, abang. Semoga kerja ni yang terbaik untuk abang. Fatimah sentiasa doakan yang terbaik untuk abang," ujar Fatimah. Pipi kiri suaminya dikucup lembut. Dia tumpang gembira buat kejayaan Malik.

Itulah doa dan harapan dia buat Malik. Bukan untuk kesenangan dia dan anaknya semata-mata, tapi demi kebaikan Malik. Dia kagum dengan Malik. Malik belajar tinggi dan berkebolehan tinggi. Tak seperti dia, hanya mampu belajar sehingga di tingkatan 3.

"Malam ni, abang ada kerja dengan bos abang. Fatimah siapkan barang abang ya?"  Fatimah mengangguk. Dengan senang hati dia turutkan permintaan suaminya itu.



1995

Wajah si kecil Rania yang baru lahir semalam ditatapnya. Entah kenapa, dia seperti tiada perasaan melihat anak yang baru lahir itu.

Dia sedang dalam usaha untuk meleraikan semuanya. Tiba-tiba sahaja, Fatimah memberitahu dia yang wanita itu hamil kali kedua. Semalam, anak ini sudah lahir.

Kalau dia pergi, dia akan tinggalkan Rania bersama Fatimah. Mak dan abah tak mahu dia bawa anak perempuan, melainkan Zafran yang dia sudah kenalkan pada mak, abah dan Maria tanpa pengetahuan Fatimah.

Kalau macam ni, macam mana dia nak ceraikan Fatimah? Malik meraup wajahnya tanpa lepas memandang wajah Rania yang sedang lena. Anak ini mengikut sepenuhnya raut wajah Fatimah yang cantik. Cumanya, ada tahi lalat di tepi mata kiri yang mengikut dirinya.

Tak, tak. Dia sudah ada Sofia. Sofia sudah cukup untuk jadi satu-satunya anak perempuan dia dan Maria. Keletah Sofia juga cukup untuk menghiburkan hati dia.

Malik mengeraskan hatinya. Dia perlu patuh pada mak dan abah. Dia tak mahu hidup susah lagi sekali kerana anak ini pula.

Dia tak perlukan Rania. Zafran, Saif dan Sofia sudah cukup buat dia dan Maria.

"Abang, anak kita ada tahi lalat sama macam abang. Mesti abang sayangkan dia sangat. Sebab tu, ada tahi lalat abang pada dia walaupun muka dia ikut sama macam Fatimah," ujar Fatimah ceria.

"Ya...," balas Malik sepatah. Tak tahu nak balas apa. Dia hanya melihat Fatimah yang leka mengusap wajah Rania seperti wanita itu terlalu bahagia.

Sedangkan dia? Dia tak bahagia dengan situasi sekarang ini!

Dia sepatutnya dah ceraikan Fatimah beberapa bulan yang lepas! Tapi sebab Fatimah mengandungkan budak ni, semuanya jadi tertangguh! Tak guna betul!

Memang patut mak dan abah suruh dia tinggalkan anak perempuan dia dengan Fatimah. Memang tak bawa apa-apa keuntungan untuk dia.



1999

"Ibu, adik nak coklat ni, boleh ke?" soal Rania yang berdiri disebelahnya. Mata bulat Rania berkedip-kedip menatap wajahnya. Tak sampai hati mahu menolak permintaan Rania.

"Boleh, sayang. Tapi, satu je. Tak elok makan coklat banyak-banyak," ujar Fatimah.

"Okay, ibu. Terima kasih!" satu paket coklat Cadbury dicapai lalu diletakkan ke dalam bakul.

Bukan soal duit yang Fatimah risaukan. Wang yang Malik bagi memang cukup untuk dia belikan coklat yang banyak untuk Rania.

Tapi, anak dia ni suka sangat makan coklat. Sekali dah dapat, memang tak akan berhenti makan. Fatimah kembali mencari barang dapur yang sudah dia senaraikan di atas kertas.

"Ibu, ayah dengan siapa tu?" soal Rania. Fatimah menoleh lalu memandang ke arah yang ditunjuk Rania.

Dia melihat Malik merangkul pinggang seorang wanita. Wanita itu cantik dan bergaya. Dan di dukungan lelaki itu pula, ada seorang kanak-kanak perempuan.

Itu anak Malik ke? Mustahil budak tu anak kepada Ismail, abang iparnya. Wajah Malik dan Ismail sama, namun langsung tak seiras kanam-kanak itu.

Ya Allah, apa yang dah jadi ni?

RANIA(OG)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang