13

78 2 0
                                    

"Macam mana Kif? Result DNA tu macam mana?" soal Zafran. Separuh hati gementar, separuh lagi hati takut.

Jujurnya, dia gementar untuk tahu keputusan DNA yang dia lakukan antara dia dan Rania. Takut pula, sebab dia takut kalau keputusan yang keluar mengecewakan dia.

"Bukan, Zaf. Dia bukan adik kau yang kau cari selama ni," jawab Doktor Akif. Keputusan DNA diserahkan kepada Zafran.

Dan Zafran pula, menyambut huluran kertas itu dengan linangan air mata. Dia meneliti setiap isi dalam helaian kertas itu.

Adik...mana adik dengan ibu pergi sebenarnya?

"Aku... nak sangat jumpa adik aku, Kif. Aku terlalu rindu mereka berdua. Entah apa nasib mereka...sedih bila dikenang...," air mata yang mengalir diusap.

"Sabarlah, Zaf. Aku doakan yang terbaik untuk keluarga kau. Insya Allah, akan ada sinarnya tak lama lagi," balas Akif. Bahu tegap Zafran ditepuk kuat demi memberi semangat.



"Ibu, adik sunyi. Bangunlah, ibu. Temankan adik. Bertahun-tahun ibu sakit, adik tak berteman," luah Rania. Dia meletakkan kepala di bahu Fatimah.

Fatimah seperti biasa. Mata terbuka sentiasa dan hanya merenung ke atas tak berkalih.

"Adik sayangkan ibu sangat. Walaupun doktor cakap ibu tak ada harapan lagi, adik percaya ibu akan sembuh. Kan, ibu?" dia menyoal Fatimah. Tangan Fatimah dipeluk.

Ibunya ini hanya satu. Mati ibu, mati juga jiwa dia.

"Ibu tak boleh tinggalkan adik. Adik akan ikut ibu pergi mana-mana pun. Adik tak boleh hidup tanpa ibu.  Ibu tak boleh pergi ikut nenek," pesan Rania.

Katakanlah dia gila. Ya, dia gila. Gila pada jasad yang dimamah usia. Yang dikatakan tak akan mungkin bangun lagi. Dan yang dikatakan akan...mati.

Dia yang menjaga Fatimah selama ini dengan kudrat kecilnya. Tak akan mampu dia lepaskan Fatimah pergi dari hidup dia.

Rania penat. Dia penat dengan permainan dunia. Tapi itu tidak mematahkan semangat dan tujuan dia bertahan sehingga ke hari ini. Baginya,  hanya Fatimah tempat terakhir untuk dia pulang disaat jiwanya rabak terluka.

Sedangkan, masih ada Yang Maha Esa, Maha Mengasihani sentiasa menunggu kepulangan hamba-Nya.

Rania lupa tentang itu. Tuhan? Masih ingatkah dia pada Tuhan saat dia sendiri memupuk dendam yang sarat di dalam hatinya?



"Bang, okay tak ni?" soal Saif. Zafran termenung saja dari siang tadi. Makan malam pun tidak.

"Okay je, Saif. Penat sikit handle company dua tiga hari ni, " ujar Zafran. Saif memandang Zafran dengan riak hairan. Rasanya, itu bukan masalah sebenarnya.

"Tak payah tipu, bang. Jujur je, ada masalah apa?" desak Saif.

"Saif tahukan, abang ada rancang sesuatu pasal-"

"Rania?" Zafran mengangguk.

"Abang buat apa dekat dia? Sejak hari tu, pelik Saif tengok abang dengan ayah, " duduk dilabuhkan di sebelah Zafran. Biarpun umur sebaya, namun dia punya rasa hormat pada Zafran.

"Abang culik Rania untuk buat ujian DNA..., "

"Hah?!" terkejut bukan kepalang Saif dibuatnya. Dah kenapa culik pula?

"Rania, sebiji macam adik abang yang hilang dulu...," ujar Zafran.

"You mean, adik? Adik yang kita cari selama ni?" Zafran mengangguk.

"Tapi, dia bukan adik. Ujian DNA tu sendiri dah disahkan," ujar Zafran lagi. Entahlah, mahu percaya kennyataan itu, rasa seperti tidak sanggup. Hatinya berkeras mengatakan Rania itu adiknya yang dia cari selama ni.

"Saif...Saif tak tahu nak kata apa, bang," sementelah rupa Rania yang mereka cari pun dia tak tahu.



"Sayang, awak nak tema apa untuk wedding kita?" soal Saif. Dia betul-betul teruja dengan majlis mereka yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.

Malah, Saif semakin hari semakin sayang dan jatuh cinta pada Rania. Yang menambahkan lagi kebahagiaan dia adalah, Rania meminta untuk mempercepatkan pernikahan mereka. Mama, ayah dan yang lain juga setuju.

"Hitam," balas Rania acuh tak acuh. Tak perlu nak berwarna-warni sangat. Pakai warna kegemaran dia pun, belum tentu lagi dia sudi nak kahwin dengan lelaki disebelahnya ini.

"Sayang! Pilihlah colour lain. Apalah, nak warna hitam pula. Bukannya kenduri tahlil," balas Saif lalu tertawa. Rania sudah mencebik.

Memang kenduri tahlil pun! Aku akan mati kalau kahwin dengan kau.

"Maroon okay tak? Your favourite colour kan?" soal Saif. Lelaki itu kemudiannya berbincang dengan wedding planner yang duduk berhadapan dengan mereka.

"Cepat sikit. Saya nak balik. Mengantuk," ujar Rania. Melihatkan Saif yang masih tak habis lagi dengan perbincangan bersama wedding planner tadi, dia terus mencapai bag tangannya lalu keluar dari butik pengantin itu.

Tindakan Rania itu sememangnya mengejutkan Saif. Saif juga turut berlari keluar dari butik demi mengejar buah hatinya.

"Rania! What's wrong with you?" soal Saif. Sudahlah Rania melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan jalan raya. Kereta pula bukan main laju lagi di kawasan sini. Bahaya!

Pin Pin!

"Bodoh ke?! Nak mati cepat, jangan bunuh diri depan orang!" marah salah seorang pemandu kereta apabila Rania melintas di hadapan van pemandu itu secara tiba-tiba.

"Maaf, bang," balas Saif.

"Rania? Awak okay tak ni, sayang?" soal Saif dengan lembut. Tak sanggup nak marah pada Rania.

"Saya penat sangat. Awak faham tak? Kan saya dah kata, saya tak nak pergi fitting baju hari ni? Eh, sudahlah! Korang semua tak faham aku kan?! Aku bencilah!" jerit Rania. Semua orang memandang mereka berdua dengan pandangan pelik.

"Okay-okay. Kita balik sekarang. I'm sorry, sayang," pujuk Saif. Dia membuka pintu disebelah tempat duduk Rania. Masuk saja wanita itu ke dalam kereta, dia pula masuk.

Nafas dihembus perlahan. Macam ni ke dugaan fasa bertunang? Sifat Rania sudah banyak berubah sejak mereka semakin dekat dengan tarikh perkahwinan mereka.



Buk! Prang!

Pecah berderai cermin dinding gara-gara ditumbuk. Kekura tangan yang teruk berdarah dibiarkan. Sakit ditangan, tak sama dengan sakit di hati.

"Argh! Tak guna! Jangan menyusahkan aku, boleh tak?!" jerit Rania. Kepalanya digosok kuat sehingga serabai seluruh rambutnya.

Rasa benci dan menyampah pada Saif tak surut lagi. Pulang saja dari butik, Doktor Azmi menghubungi dia demi membawa khabar berita yang dia tak mahu dengar.

"Fungsi otak ibu you drop sejak semalam. Be prepared for anything,"

Rania berang. Banyak kali dia pesan pada Azmi, jangan cakap benda yang tak sepatutnya tentang ibu dia. Dia tak suka! Tapi Azmi tetap buat.

Apa gunanya dia hantar ibu dia ke hospital kalau doktor tak bokeh rawat ibu dia? Ibu dia akan sembuh. Ibu dia tak akan mati!

Nafas yang sesak menyebabkan Rania melutut di tepi katil. Seluruh tubuhnya menggigil.

"Tak! Tak! Ibu tak boleh mati. Adik sayangkan ibu. Ibu jangan tinggalkan adik. Tolonglah, ibu," rayu Rania.

"Sayang ibu...," Rania mengangkat wajah. Ibu...ada depan dia?

"Ibu?" soal Rania. Gambaran Fatimah melutut di hadapannya dengan menekup lembut wajahnya jelas kelihatan.

"Jangan bersedih, anak ibu. Ibu sentiasa sayangkan adik. Adik belajar memaafkan, ya?" suara Fatimah.

"Adik tak boleh ibu. Adik tak boleh. Dorang tak boleh bahagia ibu. Dorang kena rasa apa yang kita rasa!" bayangan Fatimah semakin pudar.

"Ibu?"

"Ibu!"

Tangisannya kuat. Jeritan demi jeritan dihamburkan gara-gara rasa marah.

"Ibu... kita jadi macam ni sebab dorang semua...adik akan balas setiap tangisan kita...mereka akan hancur selumat-lumatnya! " bibir diketap kuat.

Setiap kemusnahan, ada pampasannya.

RANIA(OG)Where stories live. Discover now