'Tanda Tanya Akhirnya Terjawab, Sofia Sah Bukan Anak Kandung Tuan Malik'
Tajuk artikel di surat khabar dibaca. Nafas berat dilepaskan.
"Betul ke apa yang kita buat ni, ayah?" soal Saif. Malik mengangguk.
"Ayah memang menyesal dengan apa yang ayah buat. Tapi, ayah dan mama sepatutnya bagitahu hal ni pada Sofia lebih awal. Kami tak terfikir macam mana bila dia nak kahwin nanti," keluh Malik. Ayah susuan takkan boleh jadi wali kepada anak susuannya.
Malah, nama Sofia juga tak sepatutnya berbintikan nama dia. Sementelah, nama anak itu berbintikan Abdullah sewaktu mak dan abah mengambil Sofia di rumah anak yatim.
"Sofia tak boleh terima. Rania kata, dia mengamuk dekat wad tadi," adu Saif.
"Ayah tahu. Ayah tahu Sofia akan mengamuk sebab sedih dan marah. Tapi, ada ke jalan keluar yang lain?" soal Malik. Sudah tentu tiada.
"Sabarlah, ayah. Zaf yakin, Sofia boleh terima semua ni suatu hari nanti," ujar Zafran. Malik mengangguk perlahan. Itulah yang dia harapkan. Sofia anak yang baik. Dia sayangkan Sofia biarpun anak itu bukan sedarah dengan dia.
Sama seperti....Rania.
"Ada dapat apa-apa berita tentang ibu dan Rania?" soal Malik pada Zafran. Namun, dia hampa saat Zafran menggeleng perlahan.
Entah ke mana dan apa yang sedang dilakukan mereka berdua saat ini. Malik risau kalau ada perkara yang tak elok berlaku pada Fatimah dan Rania.
Bagaimana Fatimah membesarkan Rania seorang diri? Cukupkah makan dan pakai mereka berdua? Apakah Rania sedang belajar atau sudah bekerja saat ini?
Semua persoalan itu bermain difikirannya.
Sebulan kemudian
"Sayang, hari ni mama masak ayam bakar tau! That's why mama suruh jemput you! Rupa-rupanya, dia memang masak special untuk bakal menantu dia, " ujar Saif ceria. Rania disebelahnya hanya tersenyum tipis.
Memang kadang kala, Saif rasa Rania bosan dan malas melayan dia. Tapi, sejak dari awal kenal Rania, wanita itu memang pendiam. Bercakap bila perlu.
"Teruja bukan main lagi, Saif ni. Masa mama suruh jemput Rania je, terus berdesup dia call Rania. Rania sihat?" soal Maria.
"Sihat, aunty," balas Rania mesra.
Ayam bakar yang diletakkan ke dalam pinggannya dimakan dengan rasa muak. Tak berselera langsung mahu makan.
Usai makan, Rania duduk bersama yang lain di ruang tamu. Biarpun mata Zafran dari tadi merenungnya, dia tidak peduli.
"Minggu depan, Rania bolehlah bawa barang ke sini. Letak aje kat bilik Saif tu. Bilik tu dah siap ubah suai dah," ujar Malik. Wajah cantik Rania yang sentiasa mengingatkan dia pada Fatimah dan anak mereka diamati.
Alangkah bagus kalau Rania di hadapannya ini sememangnya Rania yang dia cari.
"Boleh, uncle. Nanti Rania cari orang untuk bawa barang-barang Rania," ujar Rania.
"Kau buat apa dekat sini?!" pekik Sofia. Zahrah yang terkejut melihat tingkah Sofia terus berjalan perlahan ke arah cucu susuannya itu.
"Kamu ni kenapa, Sofia?" sudahlah panggil makan tak mahu, keluar dari bilik terus menjerit begini.
"Ni, perempuan ni buat apa dekat sini?!" jaring ditunding ke arah Rania.
"So-sofia.. Awak..? " Rania berpura-pura keliru.
"Eh, sayang kenal Sofia ke?" soal Saif.
"Siapa Sofia dalam keluarga ni..?" soal Rania.
"Sofia ni anak susuan aunty dan uncle. Kenapa Rania?" soal Maria pula. Pelik dengan cara Rania dan Sofia.
"Sofia ni pernah buli saya dekat sekolah dulu! Saya kena buli sampai dibuang sekolah! Dan yang lebih teruk... dia pernah upah orang untuk rogol saya!" ujar Rania dengan tangisan.
Biarpun tangisan palsu, namun riak wajah semua di situ membuatkan dia rasa bangga kerana lakonannya seperti terkesan di hati mereka.
"Tak-tak! Sofia tak pernah buat benda macam tu, ma! Tak! Kau jangan nak buat ceritalah!" jerkah Sofia.
"Saya tak menipu! Sofia memang bencikan saya dari zaman sekolah lagi. Saya tak sangka bila saya rapat dengan Ridzuan atas dasar kerja pun, dia benci!" tangis Rania.
"Uncle tak percaya semudah itu, Rania. Sofia anak uncle yang baik. Dia tak akan buat perkara terkutuk tu dekat orang lain," ujar Malik. Ah! Rupa paras wajah Rania yang sering mengingatkannya pada Fatimah buatkan dia berbelah bahagi.
Mana mungkin dia mahu percaya yang anak dia yang dia tatang selama ini, rupanya berhati busuk begitu?
"Saya tahu uncle tak akan percaya. Tapi, uncle boleh siasat dengan kawan-kawan dia. Satu sekolah pun tahu apa yang dia buat dekat saya dulu. Saif, saya nak kita putuskan pertunangan ni. Saya balik dulu.., " tas tangan di bawa lalu dia terus masuk ke dalam kereta.
Saif juga tidak sempat mengejar dia. Bukan dia tak dengar, Saif panggil dia berkali-kali. Tapi dia memang nak seksa jiwa anak lelaki Maria. Bila Saif terseksa, Maria juga akan terseksa sekali. Malik juga tak akan mampu melihat isterinya juga bersedih atas nasib anak mereka. Zafran pula akan merana melihat keluarga mereka bersedih.
Itu yang Rania nak. Kitaran itu akan berlaku, dan kuasa itu ada di tangan dia. Dia akan tentukan bahagia dan derita keluarga itu. Majid dan Zahrah juga tak akan terlepas.
"Sofia, baik Sofia cakap dengan abang sekarang. Betul ke apa Rania cakap tadi?" soal Saif.
"Cakaplah, Sofia! Abang tak sanggup nak berpisah dengan Rania!" jerkah Saif. Lantas Zafran menarik Saif jauh dari Sofia.
"Sabar, Saif! Saif lagi percayakan orang luar dari keluarga sendiri?" soal Zafran.
"Dia akan masuk keluarga ni tak lama lagi! Saif cintakan Rania sangat-sangat, bang!" ujar Saif. Cincin yang Rania letak di atas meja tadi dipegang.
"Memang! Memang aku yang buat semua tu! Aku benci dia! Dia tak patut ada dekat dengan aku dari dulu! Semua hak aku dia nak rampas!" jerit Sofia.
Pang!
"Malik!" jerit Majid. Porak peranda keluarga dia sekarang.
"Ayah tampar Sofia..?" soal Sofia perlahan. Pipi yang terasa pijar disentuh.
"Sofia.. ayah tak sengaja..., " ujar Malik. Tangannya menggigil.
"Tengoklah apa perempuan tu dah buat dekat Sofia! Ayah pun dah benci Sofia kan?!" Sofia menghamburkan tangisannya.
"Allahuakbar... " ucap Maria perlahan sebelum tubuhnya rebah ke atas lantai.
"Mama!"

ANDA SEDANG MEMBACA
RANIA(OG)
RomanceDia punya satu dendam. Segala kudrat diusahakan demi dendam yang semakin hari semakin membara. Kalaulah dia tak pernah lahir dalam keluarga itu, mungkin dia seorang perempuan yang baik. Jahat? Dia tak nafikan. Memang betul. Mampukah kasih sayang me...